BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » EMosi » Bodohkah Bela kucing ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ini saya mendapat cerita tentang seorang manusia yang mengumpat seorang ibu kerana membela kucing. Beliau mengatakan bahawa ibu tersebut bodoh kerana membela kucing.

Pada pendapat saya, yang bodohnya ialah orang yang mencela tu sebab si ibu tu dah tentu mendapat pahala mudah. Selain dari pahala membela kucing, beliau juga mendapat pahala dari kutukan orang tersebut. Malang sungguh orang tu.. Mungkin bela kucing tidak memberikan keuntungan secara material (walaupun ada yang dapat duit masuk pertandingan) tetapi nilai kasih sayang lebih dari itu. Kadangkala berkawan dengan kucing lebih baik.. Mampu menjadi terapi jiwa yang bercelaru..

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah anda merasakan pembela kucing itu satu kerja yang bodoh??

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :4258

42 thoughts on “Bodohkah Bela kucing ?

  1. nzms_einNo Gravatar says:

    sape ckp bela kucing 2 budus, org 2 ler yg budus..ni yg nak mrh…bela kucing ni best sgt2..teman sejati hdp ein..kat rumah ein je ade berbelas ekor kucing…mmg duit byk hbs kat mereka..tp pahala yg kt dpt, kt xtau…rezeki kt jd lg murah..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu..
    tapi kadang2 org tak paham..
    mungkin yg cakap tu tak de ilmu tentang tu..
    memang murah rezeki bela kucing ni.. walau byk abis..

    Reply

    mabNo Gravatar Reply:

    Ye duit banyak habis, tapi yang penting hati bahagia lihat kucing-kucing kita sihat dan bahagia.

    Reply

  2. MakLaNNo Gravatar says:

    Bukankah kucing itu salah satu binatang peliharaan Rasulullah?.. Maaf kalau tersilap.

    Reply

    safarNo Gravatar Reply:

    @MakLaN dengar katalah.tak tahu betul atau tidak.

    Apa pula bodoh bela kucing.mungkin orang itu bela anjing kot.
    anjing kan garangg.boleh gigit pencuri.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    maklan –> tak pasti plak tentang tu.. tapi pada saya bela kucing tu kira ok…

    safar–> mustahil org yang cakap tu bela anjing.. dia Melayu.. ops…

    Reply

    Papa meowNo Gravatar Reply:

    Eh,
    apa pulak mustahilnye melayu bela anjing, sye pun bela anjing, tp kucing lagi banyak. Mmmm…

    Yg kata bela kucing tu bodoh sebab dia x suka kucing, lama2 nanti dia suka lah tu, sbb dulu sy pn x ske kucing, tp sekarang, pantang nampak dimana2 nk bawa balik.

    zoolNo Gravatar Reply:

    papa meow –> mustahillah sebab kucing pun tak bela lagikan anjing kan…

  3. keiroroNo Gravatar says:

    errr… apa yang tak kene dengan orang yang cakap sedemikian rupa tu ? sampai kata orang bodoh bela kucing ? jiwa sasau betul la orang tu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang sasau pun dia tu… tapi takpe sekurang2nya orang yang bela tu dapat pahala free…

    Reply

    keiroroNo Gravatar Reply:

    betul, betul, betul… tapi kalau kucing yang dibela tu dibiar terkurung dapat pahala ke ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    seeloknya janganlah kurungkan.. kalau kurung pun mungkin tempoh tertentu je.. jgn 24 jam.. dia pun nak bergerak ke sana ke mari gak.

  4. x-poNo Gravatar says:

    walaupun aku ni xbela binatang, tapi pe salahnya org bela kucing..tu pun ada gak org tak puas ati..pelik btl la

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    manusia ni memang berbagai ragam.. ada je yang tak betulnya..

    Reply

  5. afhamNo Gravatar says:

    tak suka pun tak perlu la nak mengumpat..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ni la manusia bro.

    Reply

  6. KreugerNo Gravatar says:

    hehehe… tuh la pasal kan.. mane lak bodo.
    ok per bele kucing. aku pon lepas 7E nanti
    nak bela kucing kat umah. kucing dah ade dah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    baguslah dapat pahala percuma..

    Reply

  7. syinrayafaNo Gravatar says:

    abu hurairah dekenali sebagai bapa kucing…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye ke. tq 4 info tak ramai tau..

    Reply

  8. tED|No Gravatar says:

    salam admin..

    aku tertarik dengan tajuk ini.
    aku tertarik juga sbb ada yg berfikiran dangkal mengatakan bodoh jika membela kucing.

    bagi aku tiada untung dan tiada ruginya membela kucing. kucing aku hanya kucing kampung yang di kutip di tepi jalan dan di jaga serta di beri rawatan.

    pernah mencecah hingga 10 ekor. tapi sekarang hanya 4 ekor jantan sahaja.

    mungkin pada pemikiran org yg mengatakan bodoh itu adalah sebab kita terpaksa memberi makan dan tempat tinggal pada kucing.

    aku bukan bergaji besar. tapi setakat ini alhamdulillah. aku mampu memberi makan dan tempat tdo yg baik untuk kucing2 aku.

    mungkin yg berkata seperti itu pastu mencuba membela kucing sehari.. dua.. selepas itu minta dia menilai..

    bodohkah membela kucing?

    Terima kasih! :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    salam.. tak perlu panggil admin.. Saya Zool..

    kucing kat rumah aku semua hasil buangan orang…yang teruk tu, anak kucing baru beberapa hari dia buang kat umah..

    aku pernah alami cam ko.. kucing berbelas ekor.. tapi Allah tu adil. dia tau kami tak mampu membela sebanyak tu. dimatikan sekor demi sekor. ada yang hilang ntah kemana. sekarang tinggal 4 ekor ibu dan 5 anak…

    orang yang berkata bodoh membela kucing tu pada aku takkan membelanya sebab bukan itu sifatnya…

    ada sorang budak pernah ambil sekor kucing tapi lepas seminggu dah pulangkan.. kucing tu siap kena pukul lagi.. bela kucing bukan senang..

    jawapan aku tidak bodoh membela kucing… :0

    Reply

  9. finalcrossNo Gravatar says:

    Kucing adalah makhluk Tuhan yang paling comel & banyak mendatangkan manfaat kepada tuan yang memeliharanya. Kucing bila kita jaga dengan baik,beri makan & minum,dia akan membantu kita tak kira di dunia & akhirat. Cume kita tak nampak saje. Pada aku,memiliki seekor kucing sgt bertuah kerana ia bukan saje makin rapat ngan kita malah sentiasa mendoakan kebaikan kepada kita…salam

    Reply

    mabNo Gravatar Reply:

    aku selalu nampak, kucing tak bertuan, kalau aku beri makanan kepadanya, dia akan makan dan kemudian pandang ke muka aku. Kemudian makan lagi dan pandang lagi ke muka aku. Kemudian makan lagi dan pandang lagi ke muka aku. Lepas dua tiga kali pandang barulah dia teruskan makan sehingga habis.

    Kat padang mahsyar nanti masa kita berpeluh, kucing itu akan jilat peluh kita so kita tidaklah banjir peluh. Kalau kita haus daripada ekornya akan keluar air. Ni aku terbaca satu hadis. tapi dia tak sebut kucing, tapi hadis tu sebut binatang peliharaan/ternakan. Tuhan tidak menjadikan satu-satu itu dengan sia-sia. Bunyi dengkuran kucing yang kita letak dibadan kita boleh menyembuhkan.

    Reply

  10. abdfatahaNo Gravatar says:

    aku dah banyak dah bela kucing nih. namun satu per satu gerenti akan datang dan pergi. pelbagai ragam kucing bleh kita tengok, terhibur jugak ler. sedihnya time kucing hilang dan pergi tak kembali.

    sayangilah kucing anda sebaiknya.

    Reply

  11. beliamudaNo Gravatar says:

    apa ke bodoh orang tu gi cakap bela kucing ni bodoh? bela kucing ni suatu benda yang bagus.. cbe tgk kisah Abu Hurairah..

    Reply

    anieNo Gravatar Reply:

    betul. saya setuju

    Reply

  12. LieyaNo Gravatar says:

    Kenapa nak mengatakan seseorang yg membela kucing tu bodoh?? Waimah binatang lain sekali pun. Siapa kite nak mengatakan begitu sedangkan Rasulullah sendiri mengasihi kucing juga binatang2 lain. Aku akui memang ade manusia jenis benci pada kucing, aku x tau la dimana sikap perikemanusiannye pada binatang. Contohnye ade sorang kawan aku yg membela 3 ekor kucing yang sangat comel, tp sayang kucing tu mati 2 ekor sekali gus kerana di racun oleh jiran mereka yg tidak ada rase sayang pada binatang. Kalau pun kucing tu ade buat salah, kenapa kucing tu harus diracun!!! Pergilah jumpe tuan punye kucing tu, betul tak?? Kenapa binatang yg tak punye akal seperti manusia yg harus dihukum!!! Heran aku dengan manusia yg bersikap begini.

    Reply

    mabNo Gravatar Reply:

    Dulu kucing aku banyak mati. salah satu tanda ialah keluar air liur macam kena racun. Satu masa bila kena lagi, aku bawa ke klinik haiwan. Doktor cakap kucing itu kena hawar kucing. Penyakit kucing yang tidak boleh diubati tetapi boleh dicegah melalui vaksinasi. Satu penyakit yang mudah berjangkit kepada kucing-kucing lain. Mulai dari itu aku vaksinkan semua kucing aku dan alhamdulillah setakat ini kucing-kucing aku terjauh dari penyakit itu. Kalau nak jimat, vaksinkan kucing betina (ibu kucing) semasa mengandung, maka anak yang dikandung akan dapat juga imun terhadap penyakit itu.

    Reply

  13. nilamsamadNo Gravatar says:

    saya sayangkan kucing saya…mcm anak saya jgak..x pernah mengharap pahala utk membelanya,klu allah nak bg pahala sbb bela kucing bg lah…klu x bg pun saya ttp akan menjaganya dgn baik,sbb saya mmg sayangkan kucing.

    Reply

  14. asriyatiNo Gravatar says:

    Saya orang Medan. Sangat sayang dengan kucing.Saya tidak bisa melihat kucing dibuang orang.Saya pelihara dirumah.Saya dijuluki umi hurairah Semakin hari semakin banyak orang yang jahat sama kucing. Rumah gedung besar dimilkinya,tetapikucing numpang bernaung dirumahnya tak dikasinya.Manusia sombong. Saya senang dengan sifat saudara-saudara di Malaysia,penyayang binantag Semoga Allah melapangkanr ezeki kita yang rajin memelihara kucing

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak kisah orang mana, bangsa dan agama apa sekalipun.. yang penting perlu sayang menyayangi..
    kucing juga berhak untuk hidup di dunia..
    memang ramai manusia sombong yang menjahati kucing di mana2 pun.. mereka lupa bahawa kucing tu mampu memberi ketenangan.
    tq kerana melawat blog ini.. selalukan singgah ya

    Reply

  15. MunawwarahNo Gravatar says:

    Assalamualaikum,
    Sy adalah slh srg animal lover terutama kucing…sy sgt sygkan kucing..kat umh sy skg ade 6 ekor kucing yg sgt baik dan peramah,hehe…dulu sy ade byk kucing tp ade yg da meninggal dan ilang camtu je.kucing adalah sebahagian daripada idup sy.sy x leh idup tanpe kehadiran kucing.sy da biase dgn adenye kucing.ramei yg ckp sy tlalu obses dgn kucing,tp bg sy itu adalah anugerah tuhan kpd sy.sy amat mhargai perasaan syg sy pd kucing dan haiwan.sy x pnh pedulikan ape pun anggapan org thadap sy kerana bg sy menyayangi haiwan terumtame kucing adalah satu perbuatan yg mulia.sy suke bcakap dgn kucing2 sy sbb stiap kali sy bcakap dgn mereka,mereka seolah2 fhm je,hehe…kucing2 sy jugela yg akan mbuat sy ketawa bile sy tgh bsedih.sy slalu kena perli dgn kwn2 yg bg sy langsung x pnh atau xnk cube memahami perasaan org yg sygkan haiwan spt sy.mereka pnh ketawakan sy sbb sy menangis bile kucing sy mati.salah ke klu sy menangis bile ape yg sy syg da tinggalkan sy?bg sy,org camtu org yg xde perasaan langsung..klu x suke kucing,sy x pakse suh suke.tp hormatla ckit perasaan org yg syg kucing ni…sy mmg hepi dgn ape yg sy lalui skg bersame kucing2 sy…impian sy skg ialah nk sgt bjpe dgn kucing yg bername HERO dan kucing2 PAPA MEOW…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kadang org tak paham.. main cakap je

    Reply

    anieNo Gravatar Reply:

    Sbg pencinta haiwan, saya memahami perasaan saudari kerana perasaan kasih sayang saya terhadap haiwan2 ini sama seperti yang saudari rasa.Teruskan niat baik saudari itu.Tahniah…

    Reply

  16. MunawwarahNo Gravatar says:

    thanks zool…

    Reply

  17. denaNo Gravatar says:

    saya sokong dengan anda semua.biarlah apa orang nak kata tentang kita yang menyayangi binatang terutama kucing.yang penting allah dah tiupkan hati kita dengan perasaan kasih dan sayang kepada binatang.apa yang kita buat di dunia tak akan nampak di dunia tapi di akhirat kita akan tahu..saya sayangkan kucing.saya mudah merasa kasihan kepada kucing yang terbiar.alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang juga memahami dan menyayangi binatang.kami akan membawa balik kucing yang terbiar ini terutamanya yang masih kecil begitu juga suami.sekarang di rumah saya ada 10 ekor kucing yang semuanya kami kutip di merata tempat..

    Reply

  18. anieNo Gravatar says:

    Saya salah seorang penggemar kucing (animal lovers).Membela kucing tidak bodoh, yg bodoh adalah org yg beranggapan sedemikian.Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi. Kita akan mendapat kebaikan dan pahala apabila kita berbuat baik sesama makhluk Allah di muka bumi ini termasuk juga haiwan kesayangan Rasullulah ini.Bagi penggemar kucing dan ‘animal lovers’, teruskanlah menyayangi dan membuat kebaikan kepada haiwan2 kat dunia ini, jgn pedulikan mereka2 yg beranggapan bukan2 pd kita.Saya juga menyeru pd semua org agar berbuat baik pd haiwan2 kerana setiap yg kita lakukan akan mendapat balasan dari Allah SWT.

    Reply

  19. KanaNo Gravatar says:

    Jika tidak tahu cerita yang sebenarnya, lebih baik jangan buat kesimpulan. Mungkin dia mengata ibu itu bodoh kerana tidak menjaga kucingnya dengan baik. Siapa tahu. membela kucing mmg baik, tapi jika tak dijaga dengan baik, merayau ke rumah orang lain, dan membuat kekotoran, saya juga akan menganggap bela kucing itu bodoh.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    pandangan masing2 berbeza.. terima kasih kerana memberikan pendapat.. :)

    Reply

  20. MeraNo Gravatar says:

    Sayaa suka pada kucing. saya pun memang takleh tgk kucing yg terbiar especially anak2 kucing. apabila ada anak kucing yg mati bawah jagaan saya, saya rse sedih sgt dan saya salahkan diri sendiri sbb x pandai jge. saya nk tnye, kucing tu benci x pd kita, marah tak pd kita? sy takut dia akan membalaz dendam hari akhirat nanti D: tapi sy x mungkin kejam pd kucing tp kucing tu bwh jagaan saya, dia mati, salah sy lah kan? D:

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak salah la.. bukan awak dera dia..
    tak semua anak kucing akan berjaya hidup sampai besar.. kebiasannya separuh akan mati.. itu adalah kehidupan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge