LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Blueprint Hoki Malaysia untuk 5 tahun

Badan induk , Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah mempunyai strategi jangka panjang untuk merealisasikan impian bagi layak secara automatik pada Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo. Ini selepas kegagalan skuad hoki negara untuk layak secara merit untuk menyertai Sukan Olimpik 2016, di Brazil.
Langkah pertama adalah menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pasukan hoki no 1 dunia, Australia. Kerjasama ini meliputi pertukaran pemain, pembangunan akar umbi, pengadil, jurulatih serta pentadbiran dalam hoki.

malaysia-hockey

Perancangan lima tahun dibuat meliputi segala aspek termasuk untuk pasukan senior, wanita serta skuad remaja termasuk sasaran untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2018. Menurut Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal kerjasama antara Malaysia dan Australia ini merupakan peluang terbaik untuk meningkatkan kualiti sukan hoki di Malaysia.
Berikut merupakan sasaran blueprint MHC untuk 5 tahun :-

2016
– Sasaran skuad hoki remaja lelaki untuk layak ke kelompok terbaik Piala DUnia Remaja 2016 di New Delhi, India

2017
– Sasaran skuad hoki senior lelaki layak ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India
– Sasaran skuad hoki senior wanita layak ke Piala Dunia 2018 di London, England

2018
– Sasaran skuad hoki senior lelaki berada di kelompok 10 terbaik Piala Dunia 2018 di Kalinga,India
– Sasaran skuad hoki senior lelaki kedudukan podium Sukan Asia 2019 di Jakarta, Indonesia
– Sasaran skuad hoki senior wanita peringkat separuh akhir Sukan Asia 2019 di Jakarta, Indonesia

2019
– Sasaran skuad hoki senior lelaki layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun
– Sasaran skuad hoki senior wanita layak ke Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia
– Sasaran skuad hoki remaja lelaki layak ke Piala DUnia Remaja 2020
– Sasaran skuad hoki remaja wanita layak ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2019

2020
– Sasaran skuad hoki senior lelaki lapan terbaik Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun
– Sasaran skuad hoki senior lelaki menghuni kelompok ranking 10 dunia
– Sasaran skuad hoki senior wanita ranking 16 terbaik dunia
– Sasaran skuad hoki remaja lelaki kelompok enam terbaik Piala DUnia Remaja 2020

– Kosmo

Sasaran yang cukup baik bagi pasukan hoki negara. Sepatutnya, sukan-sukan lain juga mempunyai blueprint sebegini. Ia penting sebagai KPI bagi pencapaian sesuatu persatuan sukan itu. Sekiranya dalam tempoh ini, peratusan sasaran tidak tercapai adalah tinggi, maka mereka perlu melakukan rombakan terhadap Persatuan Sukan masing-masing.
Semoga pasukan hoki negara berjaya mencapai sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Ini bagi memastikan pasukan hoki negara menjadi antara pasukan yang digeruni dalam sukan hoki antarabangsa.

Kerjasama dengan persatuan Hoki Australia juga perlu dipergunakan sebaik mungkin. Pasukan Australia yang diketahui merupakan kuasa besar sukan hoki mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang boleh diambil bagi memajukan sukan hoki di negara kita ini.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Blueprint Hoki Malaysia untuk 5 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)