Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Uploaded with ImageShack.us
Cantik gambar ni tapi takde kena mengena ngan tajuk…..
Saja je tulis entri yang ada sikit-sikit hangat (hangat ke??).. Sebenarnya perkara ni tak menjadi pelik memandangkan yang penulis blog itu adalah manusia yang lemah. Pastinya ada bermacam-macam jenis blogger dalam alam maya ni. Tak terkecuali juga blogger-blogger yang mempunyai kaedah masing-masing dalam mencari komuniti masing-masing. Kadangkala bila bercampur dalam komuniti masing-masing akan wujudnya puak-puak antara satu sama lain.
Jadi untuk entri kali ini si ZOol nak berikan pendapat mengenai blogger yang memilih kawan. Sebagai seorang individu yang lebih kepada memerhati memang secara amnya ramai manusia sebegini dalam dunia. Mereka memilih blogger yang popular atau tinggi rankingnya mungkin atas sebab ‘nak menumpang populariti’, ‘menambah traffik’,'menambah ilmu’. Kadangkala bila terlalu rapat dengan blogger top tu menyebabkan perasaan hebat mula berasak dalam dada. Blogger yang cikai-cikai (cam si Zool) langsung tak dipandang. Blog mereka langsung tak dijenguk apatah lagi nak tinggalkan komen sepatah dua kata.
Berdasarkan pengalaman, terdapat puak-puak tersendiri dalam blog yang kadangkala kononya berada dalam level yang berbeza. Ada blogger yang hebat-hebat dengan traffiknya memandang lekeh dengan blogger yang rendah tarafnya. Macam golongan bangsawan dengan golongan marhaein la. Bukan dalam cerita P Ramlee je ada, dalam dunia blog pun ada. Bila wujudnya jurang tu, akan timbullah blogger yang digelar sombong, pendengki, batu api dan sebagainya. Suasana ini tidak baik, sepatutnya setiap blogger tidak perlu mempunyai perasaan ini. Blog perlu dijadikan sebagai medium berkongsi sesuatu dan bukannya menjadi tempat untuk mewujudkan puak-puak tertentu.
Tapi tak mengapalahkan, setiap orang ada pendirian dan cara tersendiri. Ini hanya sekadar cakap kosong je. Jangan ada yang kecik ati plak. Semoga berbahagia selalu. Sekian.




Prejudis ini memang dah lama gua perhatikan.Ah tapi takpa,itu lantak.Janji feel berblog kan?
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 00:05
betul2.. aku sapa nak kawan, kawan je.. tak nak sudah.. nak buat camne kan..
Reply
suke berkawan dengan bloger yg ikhlas mahu berkawan
xkire traffic tgi ke, xde traffic ke
yg nak kawan
kita kawan
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 00:06
betul2… tapi tak semua camtu..
Reply
wah..cam ni pun ade ke….hmm..kenapakah??
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 00:05
biasalah.. nama manusia mesti bermacam kan..
Reply
agak lah
boleh diobserve time gathering hari tu
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 00:15
mungkin gak.. tapi yg gathering hari tu kejap je.. first time.. mesti ramai yg segan2 lagi… lepas tu baru leh buat kesimpulan..
Reply
bagi aku la kan, sume ni terjadi sbb kerapatan sahaja..tidak ada soal org tu sombong ke apa..sama gak dgn member di alam nyata..kita mesti la rapat dan baik dgn member yang kita rapat kan..yang kita kureng rapat tu, mesti akan ada jurang kat situ..tu je pendapat aku hehe
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 00:16
ok je pendapat ko tu. dlm dunia ni pun memang ada manusia yang memilih kawan yang hebat je.. ntahlah masing2 ada idea sendiri
Reply
Biasa la bro..aku harap ada la orang nak berkawan dengan aku,terharu sungguh lau ada yag sudi,almaklumla blog aku pn baru nak up..
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 10:30
ko kira dah masuk kawan aku le … apedehal.. aku bukan blogger baru tapi masih tahap2 cikai je lagi
Reply
not all like that
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 14:36
tak semua,.. tapi ada kan?
Reply
benda ni kite dah utarakan kat twit kan.
benda ni mmg ada. biasalah blogger kan ramai, macam2 ragam la.
arap2 kite x berada dlm gol tu
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 14:35
he ehehe.. memang sebenarnya idea dari twitt lolly ari tu le …
tak marah ek ..
Reply
thats life mang~
gyahahahahahah~
Reply
zool
Reply:
August 13th, 2010 at 19:55
betul2.. masing2 ada sifat tersendiri
Reply
aku pun selalu terfikir bnda2 cmni..tp apakan daya..bia la mereka dgn cara mereka..janji x kacau kita kan..tp x besh la..septotnya blogger malaysia bole bersatu semua..br masyuk..
Reply
zool
Reply:
August 14th, 2010 at 13:26
ntahlah setiap manusia ada cara sendiri
Reply
zool mcm buat cerita pasal sy je???blogger amatur..haha
Reply
sepatutnya,kite kene berkawan dengan suma org.berkawan biar seribu, bercinte biar berjuta.eh betol ker???bercinte biar sejuta..hentam jela
Reply