Blog yang selalu dilawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya 2-3 hari ni agak kekurangan idea.. Almaklumlah gaji belum masuk, duit-duit online pun dah abis, utang streamyx tak bayor lagi, baju reunion pun belum dibeli, utang kawan-kawan masih ada, atap kete masih lum diganti, umah belum dibuat apa2, minggu depan meeting Ahli Lembaga Pengarah,, Waduh-waduh makin botak lah kepala si Zool ni.. Makin larilah ….

Hari cuti biasanya artikel santai yang saya tulis memandangkan otak perlu berehat.. Jadi kali ini saya nak berkongsi blog-blog yang memang menjadi pilihan saya ( blog dibawah Zool Network dan ahli keluarga dikecualikan). Blog-blog ini merupakan pilihan berdasarkan topik memasing…

1. Blog Kartun
Kartunis Ubi –> Blog Ubi, kartunis yang popular di majalah sedikit masa dahulu.. Walaupun sekarang ni jarang-jarang singgah kat sana.. Tapi ini adalah antara blog katun yang saya cadangkan untuk anda..
2. Blog Politik –> Sebol –> Ini adalah blog yang menarik kalau nak baca pasal politik.. Walaupun mungkin ideologi politik berbeza tapi idea yang ditulis oleh bro Sebol agak menarik.. Dan walaupun kadang-kadang tak paham apa yang ditulis tapi layan gak..
3. Blog Motivasi —>Kalau nak memotivasikan diri biasanya saya akan membaca blog Imotivasi.com. Walaupun ianya ditulis bukan dari pro dalam bidang motivasi tapi tulisannya seperti orang yang cukup berpengalaman dalam bidang ini. Tahniah bro Shueqry..
4. Blog Makan –> Hm.. biasa kalau saya tengah boring-boring akan ke Makanmalaya. Blog yang berkonsepkan mencari makan di Malaysia (ala2 jalan2 cari makan) oleh bro Knizam (orang sedaerah ni) memang menyelerakan.. Terus je pegi dapur masak megi.
5. Blog Informasi Komputer dan Teknologi –> Blog Amanz merupakan blog yang paling bagus sekali kalau nak dapatkan info-info teknlogi dalam bahasa Melayu. Banyak benda baru yang ditulis dalam blog beliau menyebabkan kadang-kadang terasa yang diri ini tertinggal jauh ke belakang.. Almaklumlah si Zool ni ada kelulusan dalam bidang IT tapi bila baca blog beliau banyak yang tak tau.. Huhuhuhuhuhu..
6. Blog Ebay –> Sebagai seorang yang ingin belajar tentang bisnes di internet sudah pastinya ebay antara tempat yang perlu diterokai.. Blog Noorizam menjadi tempat untuk belajar.. Walaupun masih terkial-kial lagi tapi tak mengapa.. Insyaallah tak lama lagi saya akan bermula dengan lebih serius terutamanya ada rakan yang mempunyai produk untuk dijual.. Apa dia?? Tunggu..
7.Blog cari duit online –> Memang banyak blog-blog yang memaparkan camne cari duit online tapi saya mula mengemari blog rohaizad.. Beliau memang handal sekali dalam bidang cari duit online ni.. Dan tak lokek berkongsi ilmu.. Baru-baru ni dah mula ber’ym’ dengan beliau .. Mungkin dapat sedikit sebanyak korek ilmu dari dia.. Harap-haraplah..

Rasanya cukuplah tulisan saya hari ni.. Kepala masih belum cukup enzim untuk memikirkan keserabutan di dalam minda ni.. Harap dapat mengumpulkan dana tenaga untuk lebih cergas lagi.. Ops. Nak pegi melawat YB cacing dulu ek..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :832
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Blog yang selalu dilawati”

  1. menteilNo Gravatar says:

    heh.. aku pon jarang masuk blog ubi tu..
    tapi bila masuk aku akan mengambil masa yang lama kat situ..

    aku peminat dia dulu..
    cool!

    Reply

  2. azwanNo Gravatar says:

    byk-byk blog kat atas, aku selalu masuk blog Knizam dan rohaizad.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Blog aku tak selalu ker lawat?? Sampai ati ko.. He hehe

    Reply

    azwanNo Gravatar Reply:

    ha..ha.. kan ada komen aku ni .. kalau ada, maksudnya aku singgah, tapi kadang-kadang tu ada, tak tingalkan ‘jejak’ aje :)

    Reply

  3. amanNo Gravatar says:

    thanks sebab featured kat sinie.. :D

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    aku selalu terhibur bila baca pasal pertanian kat blog ko
    jadi semangat nak tanam pokok. hehe :)

    Reply

  5. terima kasih sebab backlinks. :)

    Reply

  6. budeenNo Gravatar says:

    kalau politik, dulu2 aku suka masuk blog roslan sms..
    skrg dah kurang skit..
    kalau makan, tak lain tak bukan..hehe.. spt kau juga!! knizam la siapa lagi…

    Reply

  7. spattNo Gravatar says:

    wah, produk fizikal ke?
    hebat ni…leh expose sket x zool?hehe

    Reply

Leave a Reply