Blog Mesti Mari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi blog-blog yang menjadi kemestiaan yang dilawati oleh saya pada setiap hari. Meminjam tagline kumpulan Mamu dari Raja Lawak ‘ Mesti Mari’, blog-blog yang dikongsikan adalah berdasarkan kesukaan si ZOol jadi mungkin ianya berbeza dengan anda ye..

Berikut adalah senarai blog-blog yang menjadi kunjungan si Zool setiap hari..

1. Megat.net
- Siapa tak pernah melawat blog Megat? Jika belum silalah melawat sekarang. Blog beliau memang jujur menceritakan pengalaman dan pengetahuan beliau tentang sesuatu bidang. Dari teknik meningkatkan traffik, blog sehinggalah aspek kehidupan dikongsikan bersama dalam blog beliau. Dari segi rekabentuk pula, blog beliau memang simple namun ayat yang dikarang cukup mendalam sehingga mampu menyelinap ke dalam hati…
Walaupun menulis dengan bersemangat namun Megat mengalami kepayahan dalam hidupnya. Mengalami penyakit ditambah lagi dengan dugaan melanda kehidupan pasti mampu menitiskan air mata sesiapa yang membacanya.
Walaupun mengalami kesusahan namun ramai rakan-rakan blogger yang membantu mengurangkan penderitaan dengan menyumbang sedikit sebanyak..Saya berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau sekaligus mampu menyinari hidup beliau.. AMIN..
2. Kujie2.com
Kalau anda seorang pelawat blog tegar pasti mengenali blogger yang juga surirumah sepenuh masa. Tapi jangan perlekeh dengan kakak ni, beliau cukup handal dalam berblogging. Bukan setakat beri nasihat dan leteran sebab anda tak basuh pinggan lepas makan (eh relevan ke ayat ni??) tapi siap boleh buat tutorial menggunakan blog. Samada blogspot atau wordpress beliau memang cukup mahir.. Selain itu boleh juga mengikuti perkembangan percintaan jarak jauh beliau dengan suami tercinta... Romantik woo..
3. Redmummy.com
Blog bertaraf emak yang paling ‘vogue’ sekali.. Bahasa dalam blog beliau memang sempoi sekali sampai kadang-kadang si Zool pun tak paham makna tersiratnya. Blog beliau memang menjadi tumpuan para pengiklan sebab traffik yang beribu-ribu tu.. Walaupun blog beliau popular tahap maharani tapi beliau tak kerek. Pernah juga dia singgah kat blog ni.. :)
4. Knizam.com
Blogger yang berasal dari daerah yang sama dengan si Zool, tapi dia lebih popular dan hebat. Menyandang jawatan besar di sebuah syarikat GLC negara namun masih mampu berblogging. Blog beliau memang sempoi dengan gambar-gambar amatur tapi hidup ditambah dengan ulasan yang selamba..
Beliau kini lebih banyak blogging tentang kawasan di Pakistan. Almaklumlah telah ditugaskan di luar negara namun masih sanggup melakukan lawatan ke blog-blog member Malaya.. Dia ni pun pandai masak woo.. Jadi sumber inspirasi si Zool untuk belajar masak (tapi masak megi dan goreng2 je yang si Zool ni buat pun..)
5. inibelogsaya.blogspot.com
Kalau tengok tajuk dan header blog ni mesti ingat blog budak sekolah tadika. Tapi jangan salah anggap, blog ni ditulis oleh seorang awek yang dah akil baligh. Cun plak tu..
Blog ni memang meletup dengan traffik yang tinggi. Almaklumlah awek cun,
Tapi cun bukan sebarang cun, awek yang sedang belajar kat UiTM Segamat ni bijak pandai. Malahan kehebatan blog ni mendapat perhatian suratkhabar mewawancara beliau..
Saya rajin singgah blog beliau bukan sekadar untuk membaca atau melihat gambar sahaja tetapi mencuba nasib mencuri sedikit pengunjung. Almaklumlah blog beliau ramai peng’komen’, mungkin ada yang tetiba je melawat blog ini dari sana… :)
6. OhPemandu , OhTidak.com
Blog yang di bina oleh blogger top, dak Khai ni memang memberi inspirasi. Blog ni banyak berkisar mengenai gambar-gambar yang memaparkan keunikan, kepelikan, keinsafan dan banyak lagi ‘ke’.
Kejayaan blog ini memungut pengunjung sehingga belasan ribu sehari menyebabkan saya membuat blog OhPemandu yang sedikit sebanyak mendapat idea dan konsep dari blog OhTidak.
7. arsenalmalaysia.blogspot.com
Disebabkan saya peminat kelab bolasepak Arsenal jadi sudah pasti info mengenai pasukan kegemaran ni akan dicari. Blog ArsenalMalaysia memang menjadi pilihan kerana ianya memberi banyak info terkini mengenai pasukan bergelar ‘The Gunners ni’. Blog yang dibuat oleh sedara (dua pupu – bukan kupu-kupu ye) Kapt Afham memang selalu dikemaskini. Pernah juga menulis disana tapi tu pun kalau berkesempatan.

Sebenarnya ada beberapa blog lain yang sering juga disinggahi oleh si Zool tapi disebabkan jumlah perkataan dah pun melebihi 600 rasanya elok di berhentikan saja entri ni.. Nanti melalut panjang pula..
Bagaimana pula dengan anda? Pasti ada blog yang ‘mesti mari’ yang menjadi kegilaan anda untuk membacanya… Kongsikan lah sama..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1772
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

24 Responses to “Blog Mesti Mari”

  1. eyriqazzNo Gravatar says:

    menarik..ada antaranya blom pernah saya singgahi..

    Great Teacher Onizuka

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    cuba la lawak

    Reply

  2. firusNo Gravatar says:

    inibelogsaya eh?? heheeh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jgn gelak woo.. blog tu satu hari pengunjung avg 6 ribu datang woo..

    Reply

    firusNo Gravatar Reply:

    heheh.. gua tau koko. Gua pun pengunjung setia blog tu, setelah dia kuar surakhabar arituh. Best baca cara penulisan dia.. Dan dia dah buat duit dengan blog tu. Duit tu diguna utk bayar yuran UiTM Segamat dia tuh… Mmg dahsyat beb..

    Reply

  3. KujieNo Gravatar says:

    blog makcik pun ade – sebenarnya popular ke terbaik ke bergantung pada komuniti tersendiri – blog ada berbagai jenis dan tujaun, pengunjung blog pun ada berbagai jenis dan tujuan- tak ada satu blog yg dpt memenuhi kesemua jenis dan tujuan.

    btw – terimakasih backlink

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. blog makcik terbaek.. kalau ada award utk blog makcik popular dah tentu kak jie pulun habis..

    terima kasih gak sebab datang beri komen.

    Reply

  4. Luth TextileNo Gravatar says:

    hahha.. nice2..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nice dengan mice lebih kurang je bunyinya kan.. he ehhe

    Reply

  5. miss lollyNo Gravatar says:

    me punya belog ? WAKAKAKAKAKa

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    u punya belog baru je kenal.. nanti2 la review ye.. :)

    Reply

  6. AcaiiNo Gravatar says:

    thanks zool..:) aku rasa ada beberapa tu memang aku tak pernah singgah langsunglah,hehe…besar sbnrnya komuniti ini..:)

    Reply

  7. ShaffikNo Gravatar says:

    Thanks zool. aku suka blog arsenal tu..memang cool.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup sedara aku kapten dia..

    Reply

  8. loqNo Gravatar says:

    memang hebat blogger2 atas tu.macam selebriti
    :)

    Reply

  9. KNizamNo Gravatar says:

    owh aku sungguh terharu, malu pun ada. hehe :)
    thanks zool. nanti kita jumpa kat din corner, ajak sekali ejam ngan loqnerd.

    Reply

  10. [...] yang biasa dilakukan berdasarkan kepada populariti dan kualiti blog. Jika sebelum ini saya pernah mereview 7 blog tanpa mempedulikan samada pemilik blog tersebut merupakan pembaca blog ini atau tidak . Untuk review kali [...]

  11. dr.aku.laNo Gravatar says:

    semuanya best-best belaka.

    Reply

  12. megatNo Gravatar says:

    patutlah tu hari tersedak. rupanya ada yang mengata aku (ha3). bagi aku keunikan bergantung kepada kreativiti seseorang. sebenarnya melihat dari arus masa kini, blogger baru lebih ramai yang kreatif sehingga boleh sebabkan blogger lama tenggelam.

    sudah masanya memikirkan strategi baru ;)

    p/s – terima kasih atas sumbangan entri zool. bila agaknya aku nak sampai melaka (he3)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah lama aku tulis entri ni . baru ko perasan ek..

    Reply

  13. afhamNo Gravatar says:

    tq 4 tagging me bro..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lama dah entri ni.. baru perasan ek.?

    Reply

  14. afhamNo Gravatar says:

    aah.. hehe..

    Reply

Leave a Reply