Blog mesti mari versi 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama tidak menulis entri mengenai blog-blog rakan-rakan. Jadi entri kali ini menyambung kembali review untuk kali keempat. Terdapat 4 blog telah dipilih iaitu :-

1. Blog Kak Ina KL
Photobucket

- Kak Ina atau lebih ‘glamer’ dengan nicknya Kak Ina KL adalah salah seorang blogger tegar yang mungkin seusia Kak Jie… He hehe. Dengan taglinenya ‘ Tertunailah Hasrat Di Hati’ Kak Ina beliau banyak menulis mengenai resipi yang best-best. Pergh !! Boleh try resipi-resipi yang dicadangkan tapi si Zool ni malas.. Huhuhuhuhuh..Tapi jangan ingat Kak Ina tau pasal masakan je, kadang-kadang ditaip juga isu semasa dan kata-kata berguna untuk budak-budak remaja dan lebih remaja (cam si ZOol). Entri pilihan si Zool adalah ‘pecah kaca pecah gelas , sudah baca harap balas ‘ (kaya agaknya Kak Ina ni.. Kaca dia pecahkan, gelas pun sama , hahahaha). Dalam entri ni, cerita pasal kad raya dan salah satunya dari si ZOol.. Bangga jap. Pernah jumpa di gathering gengblogger kat Putrajaya dulu. Tapi tak bertegur sapalah, tak tau nak cerita apa.

.

2. Blog Ery
Photobucket

Salah seorang blogger wanita yang sedang meningkat naik. Antara yang rajin meninggalkan komen-komen kat blog-blog. Blog beliau lebih bersifat personal dan menceritakan kisah seharian hidup. Tapi kadang-kadang dia bagi info kat blog dia seperti entri Beza Migraine dan Sakit Kepala. Bagus info ni. Dah 2 kali berjumpa kat gathering gengblogger tapi tak bertegur sapa.. Biasalah si Zool kan,, huuhuhuhuhu..

3. Blog AzizanKadir
Photobucket
Blogger popular yang memang selamba dan sempoi.. Dengan tagline ‘lebih hawt dan kewl’ (ntah apa maknanya si Zool tak faham de..). Mempunyai blog yang ramai pengikut. Almaklumlah mesra alam mesti ramai yang komen blog dia.. Rajin juga berblogwalking kat blog ligakampung ni. Pernah jumpa dan tegur masa perjumpaan gengblogger kat Shah Alam. Jejaka yang pelat Kelantannya masih kuat. Kadang-kadang tak faham apa disebutnya. Ha haha sori bro.. Entri pilihan adalah dapatkan komen yang banyak setiap artikel.Tips menarik yang patut menjadi panduan blogger-blogger cikai cam si Zool ni.. Memang terer dia ni.. Rupa pun ada iras-iras pelakon Hindustan ala-ala Salman Khan. Ha hahaha,,
4. Blog Mohd Hafizuddin
Photobucket
Tagline dia ‘Aku X-PO, Tiada Kaitan Dengan Ekspo Murahan’. Member twitter dengan nick Judinbo yang rajin ReTweet entri rakan-rakan lain. Seorang lagi jejaka Kelantan yang terer. Entri-entri dihasilkan memang cukup menarik sebab membincangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kehidupan seharian. Entri pilihan, Orang Sudah Tidak Suka Tidak Perlu Terhegeh-hegeh Lagi .. Memang menarik dan rasa terkena gak.. Huhuhuhu.

Okay, cukuplah untuk kali ini. Mungkin bulan depan versi ke 5 akan muncul. Siapa bakal terkena?? Tunggu dan lihat..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :978
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

28 Responses to “Blog mesti mari versi 4”

  1. luthNo Gravatar says:

    wahahaha 4 je? nanti letak banyak g bro. aku blog orang laki tu je aku selalu masuk. blog dua pompuan kt atas tu jarang masuk :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku memang letak 4 je.. kang byk2 susah nak ingat sapa yg penah review nanti.. he hehehe .. insyallah tiap2 bulan ada

    Reply

  2. zikNo Gravatar says:

    wah semua dah pergi… syok2… blogger azizan ngan xpo , yang selalu datang…yang kak ina ngan ery tuh jarang..huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh lah jengok blog kak ina ngan ery tu skg

    Reply

  3. x-poNo Gravatar says:

    oooo tulis entry psl aku tanpa kebenaran aku ye? aku akan amik tindakan mahkamah dan saman blog ni.. :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala.. cikgu jgn saman saya.. saya tak berduit.. kalau nak menyanyi duet bolehlah.. tapi dengan pompuan la.. lelaki tak leh..
    huhuhuh

    Reply

  4. serolNo Gravatar says:

    mereka di atas memang best lah.. :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang2 best.. ko pun best gak.. tunggu masa je aku review blog ko plak

    Reply

  5. mrnamieNo Gravatar says:

    haha.. aaron aziz nak saman..hati-hati bro.. :p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. takut sekarang ni.. kang dia saman, aku kalah sapa nak bagi makan bini aku (eh bila masa aku ada bini ??)..

    Reply

  6. azizan4444No Gravatar says:

    bukan pelat kelantan tu bro.tu pelat hindi..maklum la iras hindustan kan.hahaah…thanks bro review blog aku kat cni..terharu..hehee..

    ada mase boley sembang lame2 skit bro.x sempat sgt artu:)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo pelat hindi ek?? bagus tu.. nanti blh join Datuk Shah Rukh Khan

    Reply

    ery fariehaNo Gravatar Reply:

    weh zizan
    nak jadi hero tamil gak ke?
    ngahahaha!

    Reply

  7. qimieNo Gravatar says:

    selalu ikut blog x-po dan azizan.. best..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    blog diorang memang power..

    Reply

  8. YiedpoziNo Gravatar says:

    dalam banyak2 tu, blog kak Ina KL jerk aku x kenal…

    p/s: aku xde ke dalam list neh… hehe…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ko kena selalu dtg sini le kalau nak masuk senarai

    Reply

    YiedpoziNo Gravatar Reply:

    ok….

    Reply

  9. ery fariehaNo Gravatar says:

    aiyoyoyoyoyo
    tak sangkanye tersenarai
    sebab rasa cam x layak je

    huhuh

    thanx bro!
    terharu biru ni
    hehehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hehehehe. layak tak layak tu saya je yang boleh bagi.. hahahhaha

    Reply

  10. mijaeNo Gravatar says:

    tahniah bro,
    bro berjaya nak kene saman ngan aaron aziz haha..

    aaron aziz,tumpang lalu ahaks

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. nanti kalau naik mahkamah ko tolong jadi translator aku ek.. aku tak berapa reti cakap bahasa kelantan ni. kang dia speaking terkial aku. hehehehe

    Reply

  11. tolong jangan review blog bro yg xde pe2 nie

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yela.. blog ligakampung ni tak popular .. tu yg bro tak sudi nak review kan.. takpelah sedar diri..

    Reply

  12. Hadi RofieeNo Gravatar says:

    Salam merdeka.

    Blog ke 3 & 4 memang mesra alam. :-)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    blog 1 & 2 pun mesra jugak.. rajin2 la singgah kat sana

    Reply

  13. kak ina klNo Gravatar says:

    ooohhh baru tau kamu ada buat review blog akak..terima kasih bebanyak yer..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    lama dah kak.. tahun lepas lagi

    Reply

Leave a Reply