Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca di kasihi..
Pertama sekali saya meminta maaf kepada subscriber melalui emel kerana mendapat banyak emel dari ligakampung pada bulan ini.. Almaklumlah tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Terpaksa ditaip sebelum ianya luput dari minda ini..
Hari ini saya terjumpa sebuah blog yang menarik hati saya.. Bukanlah disebabkan rekabentuknya, kerana ianya blog simple tetapi ianya dibina oleh salah seorang pelukis yang pernah diminati oleh saya suatu masa dulu.. Kartunis Ubi, merupakan salah seorang bekas kartunis Majalah Ujang yang popular sekitar tahun 1990-an sehingga kini.. Secara jujurnya saya sudah agak lama tidak mengikuti perkembangan karya si Ubi ni.. Almaklumlah sekarang ni sudah lama tidak membaca majalah kartun jadi memang agak ketinggalan tentang persekitaran kartunis Malaysia ni.. Walau bagaimanapun syabas kepada beliau kerana menghasilkan blog ni.. Dan lebih cantik tu beliau telah memberi percuma sebuah ebook katun ‘ Aku, Dia & Test ‘.. Saya telah mendownload ebook tersebut namun masih belum membacanya lagi..

Atas permintaan ubi saya menepek cover ekatun pertama beliau…
Bercerita tentang kartun ni saya pernah bercita-cita untuk menjadi kartunis satu ketika dulu tetapi atas sebab ketidaklayakan yakni dari segi strokes dan lawak maka ianya terbengkalai. Ingat lagi saya pernah menghantar karya saya ke majalah APO? dalam ruangan karya pembaca( Ye kot tajuk.. dah lupa).. 2 kali kartun saya dipaparkan tapi mendukacitakan markah saya terlalu rendah iaitu bawah 40 %. Jadi setelah menilai keupayaan dan kritikan tersebut saya redha bahawa bakat kartunis tiada dalam diri ini. Dan saya hanya layak untuk menconteng di buku nota ketika dalam kebosanan sahaja… Walaubagaimanapun jiwa seniwati tetap wujud dalam diri ini.. Mungkin ianya akan dipaparkan dalam bentuk lain.. Sajak pertama dan kedua.. Er sajak pun kira seni jugak kan???








