Blog dan kaya
Written by zool on February 18, 2008 – 3:53 pm -Assalamualaikum…
Salam sejahtera kepada semua pembaca semua.. Sudah pastinya hari anda penuh dengan pengisian yang menarik dan bermakna.. Nampaknya hari ini merupakan hari pertama dalam seminggu dan sudah pastinya saya akan banyak berurusan dengan orang awam yang banyak ragamnya..
Dan ketidakpuasaan hati individu pastinya berlaku.. Banyak permintaan yang terlalu diinginkan oleh orang ramai yang kadangkala tidak mampu untuk diselesaikan oleh jabatan namun jalan penyelesaian mesti dilakukan bagi memastikan orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi..
Okay cukup sudah bercerita mengenai kisah di pejabat .. Sebenarnya hari ini saya cuma ingin menjawab persoalan x-classmate dan beberapa orang rakan saya .. Persoalannya ialah :-
” Aku nak tanya ko pasal blog, aku dengar cerita bloger boleh buat duit. Camne ha ? Aku tengah usha line”

Bila saya terbaca emel x-classmate ni, secara jujurnya saya memaklumkan kepada beliau bahawa mungkin betul dan mungkin mitos.. Kenapa ye saya begitu??Kerana ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang gagal. Saya memaklumkan begitu supaya beliau tidak terlalu ghairah dalam usaha mencari duit dalam blog. Pengalaman saya sendiri mendapati bahawa terdapat beberapa individu yang tersungkur dalam penghasilan blog ini disebabkan matlamat utama untuk mencari duit.

Baru-baru ini saya terbaca bagaimana kejayaan Darren Rowse ( Problogger.com) bahawa beliau bermula dengan minat… Pada mulanya beliau sekadar membina blog untuk catatan harian tetapi tanpa disangka salah satu topik menarik minat pembaca.. Dan dengan kadar pembaca itulah yang memberikan beliau pendapatan sehingga kini menjadi blogger sepenuh masa.. Hebat bukan.. Walau bagaimanapun cuba tanya pada diri kenapa nak kaya sangat ?? Dan kalau ketemu jawapannya mungkin anda boleh mengikut jejak langkah beliau untuk menjadi seorang blogger berjaya.. Untuk saya, lebih selesa sebagai semi blogger yang hanya menulis tidak sepenuh masa..
Pada pandangan saya yang sedikit kabur ni ( tak pakai spek) ramai blogger di Malaysia yang telah berjaya dan mendapat pendapatan yang hebat.. Mereka cukup komited terhadap perjalanan hidup mereka sebagai blogger..
p/s : Rasanya isu ni dah selalu sangat di tulis oleh otai blogger.. Mesti ramai yang bosan kot.Bukan pandai mana pun.. Walau bagaimanapun ini saja artikel yang dapat dikeluarkan hari ini.. Harap-harap ada insan yang sudi membaca post ni.. Saya juga menggalakkan beliau dan lain-lain mendapatkan video interaktif dari rajablog atau panduan membuat blog dari smartzul..
Posted in Blog, kehidupan |
11 Comments to “Blog dan kaya”










February 18th, 2008 at 5:04 pm
blog+kaya= aku tak reti..
February 18th, 2008 at 10:20 pm
kalau aimnye nak jadi kaya memang la tak boleh buat duit.. better just aim nak bagi info dan SHARING is CARING
February 19th, 2008 at 1:20 am
afham –> aku pun tak reti…
syia —> betul tu.. sokong 99 peratus..
February 19th, 2008 at 3:38 am
aku sokong syia 200%, bermula dgn minat then baru fikir nak monetize ke apa ke.
February 19th, 2008 at 4:18 am
tapi xleh nak kate minat gak, sometimes dia melibatkann business. well, different person come with different view. ^_^
February 19th, 2008 at 2:12 pm
buat suka-suka dulu, kekadang kita mempunyai minat tapi tidak mempunyai motivasi utk berjaya tak guna juga. aku dah nak masuk 2 tahum membloggin, tak lah kaya mana pun, tapi ada jugaklah rezeki drp blogging sedikit sebanyak,
February 19th, 2008 at 5:14 pm
Apa2 yang kita buat kat dunia ni…yang paling utama sekali mestilah minat yang mendalam.
Sekadar contoh…..
1. Nak tackle awek…mestilah ko minat kat dia dulu..baru ada rasa nak tackle kan
2. Nak buat bisnes…mestilah ko buat bisnes yang ko minat.
3. Nak buat duit by blog…mestilah ko minat berblog.
Daripada minat,rasa cinta pada bidang yang kita buat pasti semakin mendalam..dan daripada rasa mendalam tu akan membuat ko semakin rajin untuk mendalami ilmu dalam bidang yang ko lakukan tu.Setelah ilmu yang diperoleh,dibaja dan disiram setiap hari…pasti akan membuahkan hasil yang ko sendiri tak jangkakan.
ehh,betul ker apa yang aku tulis…salah kawan2 perbetulkan ekk
February 20th, 2008 at 2:16 am
2 3 minggu lepas, isu ni cukup hangat…
February 20th, 2008 at 11:56 am
Pa yg hangat En. Azhar Ahmad, suspen je
February 20th, 2008 at 12:46 pm
afzai –> minat pun kalau orang punya terpaksa le pandang je.. He he he
tips yang menarik ..
azhar –> hangat ker?? sehangat pemilihan calon ??
August 5th, 2008 at 12:57 pm
elok gak tu.