Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bila Selesema datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
selesema
Sekarang ni cuaca agak kering dan mengakibatkan kesihatan terganggu. Saya sekeluarga mengalami masalah selesema dan batuk ni. Rasanya ramai yang menghadapi masalah selesema dan batuk ni. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada ketidakmampuan untuk menulis artikel dengan baik.
Sambil selesema tu, saya membelek beberapa info tentang selesema dan rasanya elok kalau berkongsi bersama disini.

3 Gejala Selesema yang paling biasa

1. Tersumbat Hidung
2. Bersin
3. Hidung Berair

Tanda-tanda Selesema

1) Sakit tekak,
2) Sakit kepala,
3) Batuk,
4) Lelehan hingus,
5) Mata panas,
6) Sakit otot,
7) Hilang selera makan .

Gejala selesema dikesan pada 1-5 hari dan biasanya tanda pertama adalah gangguan di dalam hidung atau perasaan gatal ditekak diikuti oleh bersin dan hidung berair dalam tempoh beberapa jam.
Dalam masa 1-3 hari rembesan hidung biasanya menjadi tebal dan mungkin berwarna putih atau kuning. Selesema biasanya akan mula baik dalam kira-kira 7 hari, mungkin batuk yang berlarutan untuk satu minggu lagi. Jika selesema melebehi 14 hari, berkemungkinan anda mengalami jangkitan sinus atau alahan.
Sumber : Cybermedik

Selesema ni penyakit berjangkit. Kalau ikutkan, pembawa awal kat rumah adalah anak buah yang berumur 1 tahun. Hampir satu keluarga saya terkena jangkitan ni. Harap-harap dapat sembuh dengan cepat sebab tak lama lagi nak masuk kerja ni..

3 thoughts on “Bila Selesema datang lagi

  1. bila mula bersin berkali-kali je dah kena bersedialah biasanya memang akan kena selsema. musim panas nak kena minum air putih banyak-banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.