Bila Piala Dunia dah habis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Rasanya semua dah tau yang Piala Dunia telah pun sampai ke penghujungnya dan diketahui pasukan mana yang menjulang piala tersebut. Pastinya ada yang bergembira dan tidak kurang yang berduka. Bermacam-macam cerita berlaku di musim Piala Dunia. Dari pasukan pilihan yang tumbang hinggakan nujum Sotong bernama Paul. Untuk entri kali ini si Zool ingin berkongsi beberapa situasi yang mungkin terjadi selepas Piala Dunia. Antaranya ialah :-

1. Peminat bola yang muka lesu sebab tak cukup tidur pasti akan meng’qada’kan waktu tertunggaknya. Ada tu kat opis pun boleh tidur. Nasib baik boss takde. Boleh je lah..
2. Pasti ada sedikit bengang bagi penyokong yang kalah. Penyokong yang menang pula mengutuk yang kalah. Kadang-kadang mampu menaikkan amarah bagi mereka yang tak mampu mengawalnya sehingga mengakibatkan pergaduhan.
3. Ada yang kopak sebab duit habis bertaruh sana sini. Dah tu tak ikut ramalan Paul si Sotong. Lesap habis duit ( AMARAN !! BERJUDI ADALAH HARAM DI SISI UMAT ISLAM. MEMPERCAYAI RAMALAN JUGA ADALAH SYIRIK BAGI UMAT ISLAM..)
4. Sunyi seketika kedai-kedai mamak. Ye lah. World CUp dah habis. Liga EPL, La Liga pun belum mula lagi. Lebih-lebih pun boleh layan Liga M je lah (eh. support bolasepak Malaysia. Kalau anda tak sokong siapa lagi – gaya shebby)…
5. Jersi mahal-mahal disimpan dalam almari. Mungkin akan digunakan untuk EURO, COPA Amerika, Confederation Cup, etc.
6. Mulalah ramai bebudak kampung bermain bolasepak di padang kampung. Kononnya nak jadi seperti idola mereka Andreas Iniesta, David Villa, Xavi Hernandez , Arjen Robben, Wesley Sneidjer, Diego Forlan dan ramai lagi. Tapi 2-3 minggu lepas tu padang sunyi semula.. Hangat-hangat tahi ayam je la ni..
7. Ramai yang mengkomplen pasal Piala Dunia. Dari pemain yang kononnya main cam kayu, padang yang cam padang ragut dan pengadil yang buta kayu. Macam-macam kritik, sana tak betul sini tak betul. Tapi bila suruh main futsal, nak lepas ngan si Zool pun tak mampu.. Huhuhuhuhuhu.. Nak suruh jadi pengadil lagilah. Tiup wisel pun mengigil. Nak buat padang lagi la.. Rumput kat rumah sendiri pun tak bersabit… Huhuhuhu
8. Blogger pencari keyword (termasuk yang taip entri ni) pasti pening sebab terpaksa memikirkan keyword lain yang sesuai untuk mendapatkan pengunjung sesat. Waduh.. Nak tulis gapo ek lepas ni? Takkan nak pakai keyword yang ariffshah guna tu?? Tak maulah.. huhuhuhuhu

Okay cukuplah setakat ini. Marilah kita bersama-sama menyokong Liga M pula lepas ni..


Uploaded with ImageShack.us
Tahniah kepada pasukan Sepanyol yang berjaya menjulang Piala Dunia untuk kali pertama dalam sejarah.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1593
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Bila Piala Dunia dah habis”

  1. yayy spain menang~ haa setuju dengan situasi2 kat atas tu..hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq singgah sini..

    Reply

  2. haritzNo Gravatar says:

    Pemain yg menonton bola dia tahu situasi, manakala penonton yg tak main malah kaki bangku mana ada pengalaman, main hentam je. Malah undang2 bola pun tak tahu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe. biasalah tu… ramai nak jadi commentator..

    Reply

  3. JersiNo Gravatar says:

    mmm..sepatutnya germany boleh menang piala dunia nih..
    performance bagus.. hurmm..

    Reply

Leave a Reply