Bila lelaki menangis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Click Image to Enlarge
Image Hosting
Rasanya entri ni dah beratus blogger tulis tapi tak salah kalau si Zool nak memberikan pandangan sendiri. Kebiasaannya kalau kita lihat persepsi masyarakat, lelaki yang mengeluarkan airmata dikatakan tidak ‘lelaki’,'lembut’ dan sebagainya. Adakah anda bersetuju dengan tanggapan itu? Secara amnya bukan semua lelaki yang mudah menitiskan airmata itu lembut atau sebagainya. Kebanyakannya mempunyai jiwa naluri seorang manusia yang mempunyai perasaan gembira, sedih, sakit dan sebagainya. Kebiasannya kita banyak melihat lelaki menangis disebabkan oleh situasi gembira dan kecewa dalam sukan. Untuk entri ini perbincangan lebih tertumpu terhadap menangis akibat perasaan sedih. Lihat situasi di bawah dan adakah lelaki akan menangis? :-

1. Anda melihat di tempat kejadian seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 tahun yang terselamat dari kemalangan. Menjerit-jerit memanggil ibu dan bapanya dalam kereta sedangkan ibu bapanya tidak bersuara dan telah mengadap ilahi.
2. Melihat ahli keluarga yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang aib sekali. Balasan dariNya atas perbuatan yang dilakukan di atas muka bumi..
3. Anda disahkan terpaksa memotong kaki anda akibat kemalangan jalanraya. Apakah anda tidak sedih melihat satu anggota pancaindera yang berjasa besar akan meninggalkan anda?
4. Isteri anda yang disayangi telah meninggal dunia setelah bertungkus lumus, sabar menahan segala seranah ketika menjaga anda yang lumpuh. Adakah anda masih tidak mengalirkan airmata?
5. Sahabat karib anda yang sering membantu anda dalam hidup diberitakan telah meninggal dunia dalam kemalangan. Anda baru je jumpa beliau 10 minit sebelum tu. Kejutan itu mungkin akan menyebabkan anda kaku seketika. Tapi adakah airmata mengenang kembali kisah lalu tidak tertumpah?
6. Melihat ibubapa dibuang di rumah orang tua-tua tanpa dijenguk oleh anak-anak yang berpendidikan tinggi-tinggi. Meniti hari-hari tua tanpa anak tercinta walaupun di hari Raya.

Okay, cukuplah dengan beberapa situasi. Memang banyak lagi yang boleh dikumpulkan tapi rasanya cukuplah banyak ni. Banyak-banyak nanti tak larat nak baca pula.

Bagaimana ? Adakah situasi di atas tidak mampu meruntuhkan airmata lelaki? Jika benar, sesungguhnya jiwa anda cukup keras. Lebih keras dari batu. Wallahualam.

Mengalirkan airmata bukanlah pelik bagi lelaki tetapi disebabkan kadar ego yang tinggi jarang sekali kita lihat lelaki menangis. Walaupun emosi telah sampai ke tahap kemuncak tapi berpura-pura tiada apa yang berlaku. Apa pula pendapat anda? Bincang-bincangkan disini..
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2887
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Bila lelaki menangis”

  1. uuhhhh, x aku nafikan, aku memang senang mengeluarkan air mata. adakah aku lelaki lembut? muahahahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak la… kita lelaki sensitif.. huhuhuhuhuhu

    Reply

  2. zikNo Gravatar says:

    kalau keadaan diatas memang mengalir air mata le jawabnya..huhuh

    Reply

Leave a Reply