BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » Blog » Bila bandwith dah habis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
2 hari lepas mengalami masalah bandwith untuk hosting. Jadi dapatlah error seperti berikut :-
bandwithlimit

Inilah cabaran bagi blogger yang menggunakan hosting berbayar. Masalah had bandwith sering menghantui lebih-lebih lagi bila blog semakin meningkat traffiknya. Secara jujurnya, pakej bandwith yang dibeli oleh si Zool agak kecil iaitu 13GB. Ditambah dengan 1 lagi blog yang berkongsi dalam hosting tu menambahkan lagi kehilangan ruang untuk ‘bandwith’ hosting.

Sebelum tu, amende bandwith tu?
Mengikut apa yang Zool tau, bandwith ni merupakan jumlah bilangan data yang boleh dipindahkan dalam sesuatu tempoh. Dalam perkiraan hosting, ianya dikira dalam tempoh sebulan (sila betulkan kalau salah..).

Berbalik kepada masalah bila bandwith dah habis, ia pasti akan merencatkan perjalanan sebagai seorang blogger. Bila tiada bandwith, bermakna anda tidak boleh mengakses hosting termasuklah blog, website dan pelbagai bahan didalamnya. Alhamdulillah, penyedia hosting (sempoihosting) bermurah hati dengan memberikan bandwith sebanyak 1GB secara percuma untuk 2 hari ni. Ianya mencukupi sebelum memasuki bulan April.

Sekarang ni timbul beberapa persoalan dalam diri :-

1. Adakah perlu menambahkan pakej bandwith ? Buat masa ni masih berkira-kira samada nak tambahkan bandwith. Ini kerana blog ni bukanlah memberi pendapatan sangat. Kalau tambah bandwith bermakna kena tambah duit. Lagipun tak pasti samada bulan April nanti traffik masih meningkat (bulan Mac traffik tinggi sebab keyword ‘Raja Lawak’).
2. Menjual blog yang lagi satu. Blog tu adalah blog niche dalam bahasa Inggeris.Walaubagaimanapun kena tengok samada ianya berbaloi atau tidak sebab blog ni ada pengunjung tetap walaupun traffik tak tinggi mana. Sambil tu kena tengok harganya. Kalau tak balik modal memang kena tahan dulu lah..
3. Pengurangan perkara-perkara tak sepatutnya dalam blog. Secara amnya, hampir kesemua gambar dihostkan di tempat lain. Tapi kena tengok juga plugin yang sedikit sebanyak mungkin memakan bandwith. Lepas ni kena selidik juga dimana bandwith tersebut banyak digunakan dan adakah ianya berbaloi?
4. Cuba menggunakan cdn . Dulu MrKay pernah menerangkan tentang CDN ni tapi belum bersedia menggunakannya.. Amende CDN ni? Tak berapa mahir, cuma yang pasti ianya mampu mengurangkan masalah bandwith. Sebab tu ada website yang tinggi traffik menggunakannya cam Kak Jie.

Okay cukuplah setakat ini. Apapun ini merupakan salah satu cabaran bagi seorang blogger yang menggunakan hosting berbayar.
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :822

12 thoughts on “Bila bandwith dah habis

  1. suffer8zineNo Gravatar says:

    kene fikirkan juga kos dan pendapatan berblog ni kan bro

    Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul.. kalau tak .. tak berbaloi je..

    Reply

    suffer8zineNo Gravatar Reply:

    huhu tu la, serba salah juga kadang2

    Panas!!! : Debaran Ahad Ini, Siapa Agaknya Yang Bakal Menang?

    Reply

  2. bro sedaya upaya mengurangkan bandwidth tetap terasa bahangnya apabila mendapat amaran bandwidth tgl 98% kul 4 ptg tadi he..23x

    20Gb tanpa di kongsikan dengan mana2

    tadi.. call pihak hosting maybe cadang nk upgrade pakej kepada yang lebih mantap.. rm350 setahun

    erm bro ade 4 hosting bernilai rm350/satu untuk dijual. berminat roger la..

    pasal CDN tue

    amat sesuai untuk website yang trafik tinggi.. tetapi bukan untuk trafik yg banyak datang dari mana website kita di hostkan…

    if website kita di host di USA (contohnya), boleh la kita langgan CDN di malaysia supaya memudahkan orang di malaysia access website kita tanpa berat mengload n bandwidth pun terkawal

    sekian..

    terima kasih… rajin pulak aku komen panjang2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo gitu ye.. tq untuk tips.. buat masa ni belum cadang nak pakai hosting lagi..
    blog bro ribu2 traffik sehari memanglah 20GB pun tak cukup

    Reply

  3. Bb HussainNo Gravatar says:

    Bb kurang memahaminya since hanya menggunakan blogspot saja.. Semoga zool dapat membuat pilihan yang terbaik..;)

    Reply

  4. AdaAkuKesahNo Gravatar says:

    aku malas la dah nak pakai hosting yg berlimit ni, bikin sakit kepala je.. aku pakai no limit tahap gaban.. no limit bandwitch n no limit domain.. terbaek.. hostgator..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oooo.. harga mesti tahap gaban gak kan>

    Reply

  5. Ismail NNo Gravatar says:

    Belum pernah lagi alami masaalah ni he he.. Nampak benar lah kawe ni tak aktif sgt berblogging. Mungkin downgrade sikit la hosting tu… tak pakai sangat pun :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo.. kena prepare akan datang.. mana tau tetiba blog traffik menggila kan?

    Reply

  6. chiiNo Gravatar says:

    err..chii x sure chii punya ada bp..kena tanya admin ni..eeheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kena tanya .. nanti tetiba dapat error cam kat atas tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge