LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bila atlit sukan kena gossip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nampaknya kalau dulu hanya artis ataupun ahli politik sahaja yang menjadi bahan gossip di hadapan surat khabar tabloid namun kini atlit sukan menjadi sasaran akhbar. Kalau dulunya kisah atlit sukan berada di muka belakang suratkhabar namun sekarang atlit sukan mampu menjadi bahan utama suratkhabar. Kalau kisah yang kejayaan atlit yang dipaparkan takpelah juga tapi yang dipaparkan adalah kisah peribadi yang tidak berkaitan dengan sukan. Berita mengenai percintaan atlit sukan, perceraian atlit sukan, kisah keluarga atlit dan terbaru mengenai atlit muda yang dikatakan sebagai ‘playboy’.

Secara peribadi saya amat tidak setuju dengan fenomena media pada waktu ini. Atlit sebenarnya membawa nama negara dalam bidang sukan. Seeloknya mereka dinilai dari segi prestasi semasa dan bukan tentang hal peribadi. Apabila kisah peribadi digembar gemburkan di media masa mungkin akan memberi tekanan kepada atlit tersebut. Ditambah pula dengan tekanan di gelanggang/padang pastinya keadaan ini mampu menjadikan seorang pemain itu bertindak di luar dugaan. Tidak mustahil juga pemain yang mempunyai potensi jatuh dan tidak mampu untuk bangkit kembali.

Walaupun saya bukanlah pengamal media ‘mainstream’ namun rasanya pihak media perlu mengelakkan gossip liar di kalangan atlit ini.Tak perlulah kita mengikut media barat sana yang mana atlit dikejar paparazi. Tak gitu?

Sekian.

p/s :- Salute dengan Safee Sali yang dapat menyelesaikan kes perceraian tanpa gossip yang berterusan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)