Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

image upload
Minggu ni heboh mengenai kes artis luar negara diharamkan kerana melanggar sensitiviti agama rakyat Malaysia. Nampaknya bermacam cerita tentang kes tersebut. Ada yang menyokong dan tak kurang yang membantah. Masing-masing cuba mempertahankan pendapat sendiri sehingga menimbulkan ketegangan antara satu sama lain.
Secara peribadi, saya menyokong tindakan pihak bertanggungjawab untuk mengharamkan konsert tersebut. Antara sebabnya ialah :-
1. Sensitiviti terhadap agama bukanlah boleh di kompromi terutama oleh umat Islam. Kalau dibenarkan juga persembahan tersebut ia secara tidak langsung membenarkan perbuatan orang luar menghina kesuciaan Islam itu sendiri. Ada yang marah dan mengatakan pembuat keputusan itu kolot dan sebagainya. Tapi beliau kena bertindak begitu kerana sebab agama, politik dan sebagainya. Sudah pasti serangan peribadi akan dilakukan oleh pihak lawan sekiranya konsert tersebut dilepaskan.
2. Negara kita dah terlalu banyak hiburan. Mana bandar takde disko, kelab dangdut dan sebagainya. Tak cukupkah? Lagipun dari bersesak kat konsert tu setakat nak dengar lagu atau persembahan, cukuplah dengar kat radio atau tv.
3. Pembaziran duit yang diberi kepada orang luar. Mungkin ramai yang tidak setuju tetapi kalau untuk memberikan berjuta ringgit kepada artis luar adakah berbaloi? Sedangkan ramai lagi rakyat negara yang meminta simpati untuk mencari sesuap nasi. Ataupun bagilah peluang pada artis tempatan. Bukan takde artis tempatan yang hebat pun/
Memang ramai yang membangkang keputusan ini. Ada yang mengatakan bahawa yang dipersembahkan adalah seni dan bukan tatto tersebut.. Oooo. cuba anda bayangkan orang tidak dikenali memijak gambar bapa/emak anda, adakah anda tidak ada perasaan terhadap beliau? Pasti ada perasaan marahkan? Kecuali kalau hati anda telah mati….
Okay cukuplah setakat ini. Ini sekadar artikel kosong untuk mengingatkan diri ini. Minta maaf kalau ada yang terasa hati.
Sekian.
RSS Feed
Twitter



March 2nd, 2012
zool
Posted in
Tags: 

