Assalamualaikum semua.. Mungkin minggu ni agak banyak artikel yang ditulis oleh saya.. Jadi saya meminta maaf berbanyak-banyak kepada subscriber yang melanggan artikel blog ini samada melalui reader atau emel.. Diharap anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis dan sentiasa setia dengan blog ini..
Ops.. mungkin ada yang pelik sikit.. Adakah Zool ingin mengubah dari blog tentang kehidupan ke blog hiburan.. Almaklumlah tajuk ini berkait rapat dengan sebuah lagu yang popular dari kumpulan Hujan (takde nama lain ker??).. Sebenarnya saya bukanlah peminat kepada kumpulan ini atau berminat dengan nyanyian kumpulan ini.. Tapi ntah kenapa tatkala mendengar lagu yang mempunyai lirik yang agak mendalam sekali.. Mesti penulis lirik mempunyai nilai-nilai emosi yang agak mendalam…
Okay bersama ini disertakan lirik lagu tersebut untuk dihayati..
Silakan teruskan
Hujan – Bila Aku Sudah Tiada
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selaluMungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan akuPagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanyaTakkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnyaGelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Hm.. puitis bukan lirik tersebut.. Walaupun mungkin ianya lebih kepada kisah cinta namun lirik lagu ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa sampai masanya kita akan meninggalkan semua yang disayangi .. Jadi berpada-padalah menyayangi sesuatu kerana kelak kita akan meninggalkan ia walaupun seluruh jiwa telah diserahkan padanya.. Pada saya lagu ini sepatutnya dinyanyikan sambil dihayati dan lagu ini rasanya lebih menarik dari lagu cinta tiga segi hazwan yang kerap didengari di opis saya.. Ha ha ha.. Jangan marah …
Kadang-kadang pernah terfikir adakah orang akan menangisi kehilangan saya?? wallahualam..Sama-samalah kita mengingati kematian yang pasti akan tiba..

Source pic :- http://paraxixth.blogdrive.com
RSS Feed
Twitter



April 28th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


oh,penah dengar lagu ni tapi jarang2.. mendalam lirik dia,kan.. baru perasan. hehe
Reply
Tajuk post ko sama ngn tajuk post blog megat
mengingati mati membuatkan kita selalu menginsafi yang bahwa kita ni kerdil sekecil nasi (bak kata sajak ko….)
Reply
awat sedih nau post kau nih..
Reply
mengingati mati membuatkan kita selalu ingat padaNYA…
Tiap yang bernyawa pasti akan merasainya…tiada yang terlepas.
Semakin kita mendekatiNYA, semain terasa betapa hinanya diri kita…seorang hamba yang sentiasa bergantung 100% padaNYA…tetapi kekadang kita lupa, walaupun DIA sentiasa bersama kita.
Reply
Betul tu,mengingati mati itu penting tapi jgn sampai kita pula mematikan org cthnya buang baby dan sebagainya. Sebagai Pegawai Belia aku kekadang bengang bila dengar kes buang baby ni.Tak insaf-insaf lagi jual diri ngikut jantan ke sana ke mari,merempit tak ingat mati.Kebanyakannya anak bangsa Melayu pulak tu.Geram betul.
Reply
ixora –> saya pun baru perasan.. agak2 camne ye bila kita tiada kat muka bumi ni.. ada ke orang ingat???
afzai –> aku pun baru perasan sama tajuk dengan megat.. mungkin sama2 orang yang beremosinal kot.. tu yang suka lagu2 berlirik emo ni..
tech blog –> aku memang sentiasa dalam kesedihan..
adilla –> betul tu dan saya sentiasa lupa padaNya.. sedangkan manusia lebih diingati..
CD PEG BELIA –> Er.. website tu letak le alamat blog… itu lah tanda akhir zaman…
Reply
Zulazri,kayanyer ko ada 2 hp.Tempek ler sekali hp aku,Nokia E90 kat atas tu.
Reply
KPSU (PA ) –> handphone aku murah je.. tak sampai rm500 pun .. tapi tetap bahaya kalau ilang sebab kat dalamnya kadang2 ada ratus2…
Reply
lagu nie naik hafal dah..
tapi tak penah try menghayati..
hehe
Reply
ada rahsia ke posting ni..
Reply
menteil –> sesekali tengok le lagu nie.. dengan liriknya sekali..
zino –> rahsia?? takde rahsia apa2.. kalau ada rahsia pun takkan beritau plakkan….
Reply
Hi Zool,
Lagu ni begitu simpel dan macam tak bermutu lagaknya. Namun liriknya jua yg menjadi penarik utk kita terus mendengarnya…
p/s: Baca komen abgjas dlm ‘main2 dgn janji’
Reply
Lagu simple ni dalam jugak maksudknya kan
Reply
betul jugak tu kalau dah rahsia mana boleh bagi tau hehe
Reply
Memang best woo lagu ni..
Reply
awat aku rasa macam pernah tengok jer tajuk nie!? wakaka patut sampao salah komen.
apa-apa pun lagu hayati lagu ini sedalam-dalamnya kerana ia memberi kesan kepada aku uhuhu
Reply
nama band ni agak kool la,bg sy la,HUJAN.org indon gigi pon jadi,nnt sape2 ade la tu wat band hidung
Reply
ya, aku juga menyokong kumpulan ini walaupun, mcm2 cerita buruk yang aku dengar, tapi tak kisah la, janji diorang ada hasil karya yang boleh buat orang ramai berfikir
Reply
megat –> he h ehe.. ye lah.. lepas aku dah post baru tau ko pun buat post lagu ni,…
nuur –> band hidung .. ha ha ha..
razifmustapha –> suka atilah.. aku tak berminat ngan band2 mana pun.. yang aku tertarik pada lirik lagu nie.. tapi ramai ke yang sedar bila dengar lagu ni?? wallahualam
Reply
mgkn ada kot tapi mgkn sorang dua je la yg ingat kita nnt bila kita dh takde =(
Reply
ixora —> bertuah le kalau camtu… dan harap2 camtu la hendaknya
Reply
lagu ni mmang sedih..dan ia mengingatkan kita kepada kematian & juga org tersayang…muka bf aku mcm noh la…hehehe
Reply
What a very wonderful song..
Well done Hujan.. especialy the singer Noh.. Cuz his voice is so wonderful…
Reply