Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebelum cerita panjang, tahukan anda apakah itu PTD? Pejabat Tanah Daerah? Pusat Tanam Duku? Pak Tam Duda?? Sudah pastinya jawapan itu semua melencong dari matlamat tajuknya. Okaylah mungkin ramai tahu dan tak kurang yang ‘blur’.. PTD merupakan singkatan bagi Pegawai Tadbir Diplomatik. Ia merupakan antara jawatan yang mampu memberikan peluang yang besar kepada penjawat awam untuk menaiki tangga ke kedudukan tinggi dalam organisasi kerajaan..
Sebenarnya saya tidak berminat lagi untuk mencuba peluang dalam jawatan gred M41 ni tapi terasa nak berkongsi ilmu kepada kawan-kawan yang mungkin berminat terutamanya Catzer yang akan mengambil peperiksaan PTD.
Mungkin juga ramai dari anda yang masih kurang arif tentang kerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. . Mungkin ada yang ingatkan bahawa kerja PTD ni adalah berkenaan dengan urusan luar negara seperti duta dan sebagainya.Walaupun saya bukanlah PTD tapi pengalaman di jabatan kerajaan selama hampir 5 tahun memberikan sedikit ilmu tentang jawatan ini. Sebenarnya jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam sesuatu jabatan. Bagaimanapun setiap sesuatu ada kelebihan dan keburukan. Bersama-sama ini saya kongsi sedikit sebanyak kelebihan dan keburukan mengejar jawatan ini.
Kelebihan
1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.
2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..
3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..
4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.
Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menyebabkan si Zool tidak lagi berminat untuk menduduki peperiksaan ini.. Antaranya
1. PTD akan menghadapi situasi berpindah terutamanya bagi kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain. Walaupun saya ni bujang namun sukar rasanya berhadapan dengan situasi tersebut..
2. Suka atau tidak, kadangkala terdapat situasi gangguan dari politikus.. Terutamanya kalau anda PTD di bahagian yang agak berisiko.. Bahaya woo..
3. Sentiasa kena keje lebih. Tiada kerja lebih masa (OT). Disebabkan PTD merupakan pegawai elit, waktu kerja tak tentu masa.. Biasa rasanya kalau malam-malam dipanggil meeting oleh pihak atasan..
4. Lagi-lagi mesyuarat.. HUhuhuhuhu.. Sebagai ketua sesuatu jabatan memang PTD akan selalu menghadiri mesyuarat.. Samada kena puji, hentam, kutuk dan sebagainya.. Kena bersedialah..
5. Ketrampilan diri yang menarik. PTD adalah suatu jawatan elit jadi kenalah berpakaian kemas.. Tak boleh pakai kasut murah-murah ni..

Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tentang sedikit perihal mengenai PTD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai PTD ni cubalah tanya mereka sendiri di jabatan-jabatan kerajaan..
Sekian..
Jika anda berminat untuk menjadi PTD, cuba dapatkan ebook ini.. Pasti dapat membantu

RSS Feed
Twitter



February 12th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


member2 aku ramai ptd neh. hehe
Reply
ade 2-3 org kawan jd PTD ni..mmg nmpak diorang macam bz semacam je..sib baikla diorang bujang lagi..emm,baru2 ni saye ade gak dapat panggilan utk menghadiri exam PTD..tp erk,rase malas la nak pegi..nak try jd Cikgulah..mungkin lagi best..hehe
Reply
zool
Reply:
February 13th, 2009 at 17:10
PTD memang bz amat..
Kesian diorang..
Reply
errr..aku student lg..tapi rasa nya mcm penah gak terpikir nak amik ptd nih..tapi lambat lg la kot..dgr cite peringkat temuduga dia fuhh..ngancam..hehehe
yg syok maybe tang gaji kot..ahaks
Reply
zool
Reply:
February 13th, 2009 at 17:16
nak try tadahal punya…
belajo pandai2.. kena banyak baca suratkhabar…
penuhkan ilmu di dada..
Reply
hie! zool… tqsm for visiting my blog. i have just added you to my blog rolls
Reply
ohh al kisah tak penah tau pun sbb aku org swasta. Good info
Reply
heheh..memang cepat naik pangkat dan gaji..
tapi lebih berpeluang cerah gak nak masuk jail..
kalo terikut salah jalan
Reply
zool
Reply:
February 13th, 2009 at 17:19
nasib le kan.. kena berhati-hati selalu..
Bila plak kawan PTD kita nak bagi komen ni.. aku dah beritau ..
Reply
betul tu PTD ni mmg menyibukkan..
Reply
oh ye..kwn sy pun ada nak amik exam dia gak…
gaji masyuk..
Reply
Thnks for the info! Tak pernah tau pn sebelum ni. Ptt ler orang keje pn kene amik exam. Ingat student je.huhu
Reply
kabar nya pegawai PTD ni cerah masa depan hehe
Reply
Jadi PTD nie kena pro dalam berpolitik… silap arus… kantoi.. kalau mengikut arus… sure jadi orang besor… hahaha
Reply
Thanks sbb linkback ke post aku, aku tak pernah fikirkan kelebihan atau keburukan tu sbb misi aku lebih kpd menjadi penjawat kerajaan yang boleh membantu sesuatu organisasi tu lebih berkembang. Aku tak aimed pun PTD asalkan dapat keje gomen dah ok sbg satu permulaan yg baik. Niat aku baik, but kalau tak dpt Allah lebih tahu apa yg lebih utk aku di masa hadapan. Aku rasa sebagai seorang yang berilmiah aku aset pada negara selagi aku tak sambung study kat oversea.
Reply
zool
Reply:
February 17th, 2009 at 16:20
aku just bagi pendapat berdasarkan pengalaman.. Masing-masing ada jalan hidup memasing..
Reply
Yup org yg dah keje gomen lebih memahami, dan sewajarnya rasa beruntung sbb skang even keje gomen dibenarkan untuk buat keje luar tambah income..masa dilarang pun still buat so better allowed. Good luck pada mereka yg akan mengambil exam utk 15 jawatan esok. Aku sekadar buat yg terbaik sbb exam ni sebagai pemanas kepala hotak aku fikir benda selain dari IT dan engineering.Dalam masa yg sama memahami pentadbiran negara, sejarah, perlembagaan, raja2..etc..pengalaman yg menyeronokkan sebenarnya kerana waktu inilah kita fikir “itulah dpt ezam br nak baca paper, tgk berita..hehehe”
Reply
zool
Reply:
February 21st, 2009 at 18:00
Tentang nak buat keje luar tu.. Ramai yang buat haram sebab banyak susah nak dibenarkan..
Keje kerajaan ni agak selamat.. tapi pelanggan sekarang tak cam dulu…
Memang byk karenahnya…
APahal pun good luck semua
Reply
camane nak apply ptd neh??ak pon nak!
Reply
korang silap..PTD tu Pegawai Tadak Duit kekeekeke..
Nak jd PTD ni ckp main ssh…aku sndri dah g exam lbh drpd 5x n best stage yg aku dpt smpi PAC jer..mulai thn nie jwtn ptd akn ditawarkan sec kontrak..
tu yg pening kpala aku sbb aku dah berjwtn ttp di jbtn krjn cuma nk tkr skim pkhdmtn jer..bt apa nk pertaruhkan jwtn ttp dgn kontrak..btl x???
utk makluman PTD nie cpt naik pngkat sbb sgla dasar dierog yg pegang n kawal..dioerg akn bt bnd yg memihak kt dieorg la..KSN,KPPA sndri pn dr PTD..
dioerg nie byk d ngri2 yg xdak Suruhanjaya Pkhdmtan Awam sndri – Melaka,N9,,Penang n Perlis..
mintak maaf ckp dierog ni la yg byk slh guna kuasa..maklumla sbg ketua jbtn n pgw bpenbgaruh..kwn aku sndri yg jd ADO, Pen Pgrah Pjbt Tnh byk salah guna kuasa n kepentingan diri dlm perkara bkaitan tanah-jual beli tnh dll..ingt x kes bks pgrh jpj kedah dgn bdk prpn muda yg kerja sbg pen pgrh di jbtn pljrn kedah/pen pgrh kementrian kesihatan.dua2 nie ptd la hhehehe…tpi bdk nie da kna buang la sbb blm sah dlm jwtn..
akhir skali mntk maaf byk2 la kpd yg terasa ok..
Reply
tengku
Reply:
January 29th, 2010 at 00:46
hai,
tak baik cakap macam tu. tak semua ptd mcm tu dan tak semua orang yang tak jadi ptd baik. pucuk pangkal dia diri sendiri. kalau tak jadi ptd pun you all boleh makan rasuah and salah guna kuasa. di swasta pun ada salah guna kuasa. pengawas kat sekolah pun ada salah guna kuasa. di merata-rata ada salah guna kuasa. tepuk dada tanya selera.
Reply
ptds are waste of taxpayers money…govt should take care of the professionals like other developed countries.think..ptds are only employed by the govt, r they marketable in multinational companies or overseas?
bodohlah bodohwi
Reply
tengku
Reply:
January 29th, 2010 at 01:00
hi
yes there are. the are well known by most MNC on overseas companies. Lot of PTDs officer work with MNC company before they decided to quit and join the government. one of the reason why they quit and join the goverment even they are highly paid there is because they want to serve the nation.
you has beeing trying so hard to join PTD, dont be sad, maybe the time hasn’t come yer. keep trying. no harm in trying. with trying, you are not losing anything but you learn something new.
do you know who is thomas edisson?? read about him and think wise.
Reply
Dina nak sangat jadi PTD…sape boleh bagi dina jadi post PTD, dina akan layan u all..free of charge…apa yg u nak semua dina akan buat kan…plss…contact or emel me..
Reply
zool
Reply:
March 8th, 2009 at 18:26
APakehal plak ni??
Reply
tengku
Reply:
January 29th, 2010 at 01:06
dina, menjadi seorang PTD tidak bermakna bagus tapi you kena bagus untuk menjadi PTD.
tak siapa yang boleh bagi you jadi PTD free-free, tak ada PTD yang masuk main cable. You have to attend test, PAC, Interview and last but not least, you have to attend kursus 6 bulan yang sangat stress.
Reply
PTD….i juz know bout this post from my mom..
my mom ckp, try apply PTD, sema kos blh apply
(i’m pure math student)..
basically, my knwledge bout PTD is zero..
my mom juz ckp jawatan tu bgs..
rupanya susah jugak nk jadi PTD ni..tu pun belum tentu dpt..
btw, dari blog en.zool ni, sy dpt sikit info bout PTD..
thankz to u..(ptd…ptd…)
Reply
tanx,lot of info sy dpt dri blog bro.zool ni…
autie sy ad y kje PTD n sy mmg kgum sgt ngn dyer
Mner tau one day nt syer plak jd ptd n..amin
Reply
well…to all the ptd wannabe…good luck
word of advice….
(1) pretty tuff to get into the service….every year about 35000 applied for the job but intake roughly only about 300
(2) When sitting for the exam…just be yourself….dont put extra unnecessary pressure on yourself…i sat only once…alhamdulillah
(3) May seem glamor from the outside…trust me..im a ptd myself…but in truth its just another government job…some guys will be in the foreign service, some doing human resource, some finance….it varies and the keyword is “Saya yang menurut perintah”
(4) Misconception on the salary scale…ptd doesnt earn the highest pay…cant beat doctors, engineers, lecturers etc…as for the promotion a lot of it depends on vacancy…i would think lecturers earn quicker promotion
(5) If you all still want to join…by all means but just be prepared…good luck
Reply
rasanya kelebihan utama ialah sebab ianya jawatan kerajaan dan dalam penjawat awam, ptd adalah jawatan paling berprestij sbb susah nak dapat dan ianya ialah shortcut utk naik ke jawatan2 penting dalam pengurusan dlm kerajaan. KSU tu kira the utmost target la. huhu
Reply
zool
Reply:
April 24th, 2009 at 22:16
Betul la tu.. Tapi saya mungkin sudah tidak berminat lagi untuk jawatan PTD bila tgk keadaan rakan2 PTD di kawasan sekeliling ni..
Pressure yang amat.. Dan kadang2 sebelah kaki hampir ke penjara..
Reply
Can anybody tell me any true story about the job as PTD on the NEGATIVE SIDE??? Mostly I only hear the good ones, which make everyone chase this job. I still hope to hear the bad ones, which might make everyone run away from this job. I’m a temporary teacher now, and I suffer because I have to scream everyday (and students don’t want to listen). It practically affects my voice cords. So I’m hoping to find an administrative job, like PTD.
Reply
zool
Reply:
May 26th, 2009 at 08:40
Keje PTD ni tanggungjawabnya lebih.. BUkan sekadar duduk kat pejabat je.. Tengok mana Kementerian yang anda dpt..
Kalau kena bahagian negeri mungkin byk kejenya..
Malahan jgn terkejut kalau PTD pun keje siang mlm…
Untuk keterangan lanjut cuba tanya PTD berhampiran.
Reply
e_jalin
Reply:
June 3rd, 2009 at 13:54
ha ha. syok baca org ckp psl ptd. banyak yg salah anggap jerk. ptd adalah cam post management trainee kat the very big company. tengok bahagian mana u kena. kalau finance, pening la ngan macam-macam peraturannya. kalau marketing ngan macam-macam programnya. kalau hr ngan karenah pekerjanya. kalu penasihat undang-undang dengan macam-macam peraturannya. aku tak rasa jadi ado boleh tipu dalam hal-hal tanah dsb. yg buat keputusan majlis undangan negeri. bukan ado atau do bergantung kpd kanun atau undang-undangnye. ptd hanya ada lebih kurang 3000 orang++. so, tak ramai. tu yang keje macam org giler bz sgt tu. skim lain penting dari sektor operasinya. org nak jadi ptd pasal dia M (management). org mudah cemburu sebab susah nak dapat!!! “kenapa org lain dapat? kenapa bukan aku? Kenapa dia?”
tapi aku setuju lecture lagi cepat naik pangkat, umur 39 tahun dah jadi JUSA. satu masa dulu, L (Law), baru-baru ni bebudak F (IT) cepat juga. Peg. Hal Ehwal Islam pun dasyat baru-baru ni lompat dari S44 ke S52. so, PTD hanya pegawai yang jaga administration yang kita tengok mudah, tapi payah kerjanya. kita kena suci hati kalau nak jadi ptd. ikhlas yg tak berbelah bagi berkhidmat untuk negara. so, itulah tips kalau nak jadi ptd….
Reply
jd PTD mmg susah…sgt mencabar..tp pekerjaan yg lain pun ada cabarannye kan…org yg ditakdirkan jd PTD xmungkin sesuai jd cikgu, nurse, technician, mekanik dsb…setiap org ada kepakaran dan kelebihan masing2 kan…ape pun sy sbnrnya br pas intview PTD…rsult kuar 13/07 ni…hm…kalo dpt alhamdulillah…kalo xdpt sy xkisah…cz sy sbnrnya xberharap jd PTD…sy berharap dpt jd seorang cikgu
… ape pun, kalo Allah da bg kita sesuatu, maknanya itulah yg terbaik tuk kita…
sekadar sedikit tips utk lulus exam, PAC dan intview PTD:- ms jwb esei, PAC @ dlm intview, jwb dengan hujah yg teratur. kemas dan bernas…maknaya kena byk ilmu pengetahuan dan kena pandai merancang, menyusun, dan mengolah idea…jangan berat sebelah (‘bias’) dlm berhujah kerana seorang PTD perlu bersikap terbuka,mempunyai kritikan yg membina dan berkeyakinan…
tu je la..moga2 sesiapa yg nk jd PTD tu bersiap sedia fizikal dan mental, bukan setakat berangan nk keje yg gji besar dan pangkat tinggi je…:)
Reply
fainie
Reply:
July 23rd, 2009 at 13:17
aku br dpt surat tuk g exam m41.ble bce cite2 kat blog ni,aku jd cuak lak.seriau lak rs.trk sgt ke msk ptd?ssh sgt ke exam die?kwn aku pun kte cam 2.eh bg ar aku tips2 yg ptt.tkt ni…
Reply
zool
Reply:
July 23rd, 2009 at 18:08
hm..
terpulang kepada anda..
jgn cuak sbb kalau nak gaji besar mesti pegang t/jawab lebih.. kalau tak nak kena jadi org bawahan yang keje lebih t/jawab kurang..
Keje PTD ni paling penting rasanya PR.. mesti pandai cakap, putar belit sikit..
kalau cam saya yang PR hancur memang tak layak..
Reply
sesaper yg interested nk beli e-book panduan exam ptd sila email ke hanna_ashraf@yahoo.com
Reply
zool
Reply:
July 29th, 2009 at 00:15
er… minta maaf.. lain kali kalau nak promo produk, minta izin dulu ye tuan arm….
Reply
zildjian
Reply:
July 29th, 2009 at 00:20
beli? bagi la kt sy neh tuan. sy x keje.. pliz.. 8/8/09 ni exam..
tq
Reply
encik zool,
mana lagi baik keja PTD atau engineer kat swasta?
keja swasta kan tak berapa nak stabil la ni…
saya tak tau nak pi exam atau dak ni.. masih dok pikir.
Reply
zool
Reply:
July 29th, 2009 at 21:32
pegi je dulu exam tu…
lulus x lulus lain citer..
Reply
negative side ptd
ingat tak yg kes pegawai JAS kt sabah yg mati tu…tu PTD la tu…dia nak buat bende jujur, tapi kesian….
Reply
salam… just nak share pengalamn sikit.. last year sy berjaya sampai ke peringkat interview PTD.. namun, gagal.mungkin masa interview tu sy tak buat preparation & hati sebenarnya masih berbelah bahagi..bayangkanla..esok nak g interview..mlm tu masih belum decide nak pergi atau tak..sebabnya,sy dlm masa yg sama sibuk dengan projek akhir master.taktau mana nak fokus… maka, nasihat sy, apa yg penting..tanyalah diri sendiri apa yg anda mahu..pada sy..utk jawatan PTD ni adalah pekerjaan yg mencabar..mcamana mencabarnya utk kita dapat jawatan PTD ni.. mcm tu jugalah kerjayanya…apapun.. just be ur self & semua pekerjaan memerlukan keikhlasan…
Reply
ada yang dpt ptd sebab pakai kabel..setuju tak?
Reply
zool
Reply:
October 26th, 2009 at 21:55
kurang setuju.. sebab dia kena lepas peksa dulu..
kalau lepas peksa tu kena g kursus ..
kena pandai cakap..
kalau ada kabel tapi mulut senyap cam si Zool memang haram tak dapat.
PTD lain dari jawatan lain.. kalau jawatan negeri, badan berkanun, etc memang diakui ada kabel…
terpulanglah pada tanggapan anda..
Reply
Saudara,
Saya seorang PTD dan bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Nak jadi PTD bukannya mudah, seseorang itu perlu berpengetahaun, berkarisma, sanggup tempoh cabaran dan banyak lain. Banyak dugaan untuk jadi sorang PTD sebenarnya. Kerja sgt mencabar, sy kene jaga projek-projek Kerajaan seluruh Malaysia dan perlu menyiapkan rancangan Malaysia untuk lima tahun. Kerja xtentu masa sabtu/ahad pun keje, selalu balik lewat2 malam. PTD kene byk bersabar krn byk tekanan… Lepas lulus interview PTD akan di lantik dan di posting ke Kementerian/Jabatan dan PTD akan dihantar ke kursus 6 bulan di mana akan di latih dari pelbagai2 aspek terdapat juga modul2 luar seperti, tentera, polis, bomba, OBS dan lain2 untuk melihat ketahanan diri dan semangat berjuang serta setia kawan.
Reply
tengku
Reply:
February 6th, 2010 at 23:51
bro….
kalau setakat kat Federal tak deal dengan public bawa parang tak payah gebang lebih ler. banyak PTD masuk tempat gua dari federal tapi tak tau nak handle pakcik tengah mengamuk, cakap je lebih dengan pakai kot. korang ni tak pasnas ker pakai kot pakai tie tengahari buta. lagi satu, korang tu kat federal ingat bagus sangat, buat proposal 5 tahun lah tapi tak turun padang, buat proposal yang tak logik yang bila implement kat peringkat state and district, menyusahkan lagi rakyat. duduk buat proposal buat minit, gua kat uni pun dah expert buat.
hehehe………..jangan marah. terima ajer lah hakikat.
Reply
zool
Reply:
February 7th, 2010 at 18:15
aku bukan PTD..
tapi jawatan sokongan je kat state
he hehe. keje state memang byk karenah kan.. public memacam hal.. tu yg pakcik.. yg educated, sikit2 nak bawa kat SPR..
tapi jadi PTD t/jawab berat woo.. sebelah kaki dah ada kat penjara.. tu yg malas nak minta PTD tu…
p/s :- Adik2 lain jgn plak ikut si ZOol.. berani2 le…
Reply
PTD penuh dengan air mata, darah dan keringat…
Betul rakan-rakan PTD?…
Hanya yang cekal dan tabah mampu menghadapinya…
Adik2 yang nak cuba nasib…cuba..kalau tak diuji, mana anda tahu kemampuan anda setakat mana.
Kami PTD sudah melaluinya..hanya yang terbaik akan berjaya.
Kepada yang sinis terhadap PTD, silakan jadi PTD dan lihat jika pandangan anda akan kekal atau berubah.
Reply
Betoi la tu..dah 5 thn jd PTD ni aku dah jadi tua sebelum usia. Tapi ada gak budak2 PTD baru yg eksen..terutama kat Putrajaya. Keja setahun jagung dah nak tunjuk power…dengan senior pun x tahu hormat. Kepada yang ada logo PTD kat plat keta tu…fuyoooo..excellent PTD tu. tapi aku sori la nak pasang…poyo.
Reply
Pada aku suma skim penting dalam gomen..tak kisah la PTD atau bukan PTD. masa apply dulu aku pun blurr apa tu PTD..bila keja kat EPU masa 1st posting baru la rasa langit tinggi rendah. Sebelum masuk gomen ingat dtg 8pg balik 5 ptg…tapi bila masuk keja br padan dengan aku…sampai balik time subuh pun penah..fuhhhh…nasib msh kategori bujang.
Skrg service kat state..lagi pening…bukan pening dengan kerja tapi dengan orang-orang tikus…siapa?
Reply
Ikhlas pandangan ku…
Aku setuju dengan sesetengah komen..
kerja PTD…melibatkan menangis tak berlagu….kena banyak bersabar….membuat dasar tak boleh syok sendiri,…kena consult dengan public…
“Berkhidmat Untuk Negara” – Cogan kata yang perlu diamati..kenapa?
- Balik lewat…hari-hari..
- Hujung minggu pun kerja
- Must be well prepared and ready for anything -kerana berurusan dengan orang yang bermacam-macam latar belakang.
- Tahap diplomasi kena tinggi dan jangan berlagak.
- Di tekan, di himpit, di beduk dari semua arah jika tidak perform.
Akhir kata….PTD is underpaid ….tapi itu lah artinya “Berkhidmat Untuk Negara “. Bukan gaji yang dikejar.
Team Tips PTD is WRONG!!!PTD bukanlah bergaji besar, dan jadi KSU sekali pun tidak padan dengan tanggungjawabnya yang cukup berat, tidak seimbang ratio beban dan gaji KSU ini jika di “benchmark”kan dengan CEO MNC.CEO of Banks, President of Chamber Commerce etc etc di Malaysia…di malaysia yer..bukan oversea…
Tetapi, Itulah artinya “Berkhidmat Untuk Negara”.
Kenapa saya cakap macam ni…..Becoz i am a PTD too (6 years in service).
Your Obedient Servant.
Reply
aku pertengahan tahun 2008 telah diterima menjadi PTD….umo aku dah 30….after grade ms umo 23 aritu smpailah skrg aku keje swasta(one of the GLC actually)…….ms dapat haritu mmg la hepi,but time tu intake ptd 1st skali yang contract……in term of salary m41 mmg la turun ‘bnyak’ dengan salary yg aku dapat skrg ni…..ms dpt offer ptd tu post aku kat cmpany swasta ni is Senior executive…..dlm dilema jgk la coz problem nyer is contract…last2 bila aku fikir,tnya pndapat parents,wife n solat istikharah,aku let go je offer ptd tu…smpai skrg surat tu aku simpan dlm meja…hehe..alhamdulilah,tahun 2010 ni start januari aritu aku promotion ke assistant manager……gaji of coz masyuk n kje pun bertmbah mcm ape je…huk huk…
nasihat aku pada yg nak mohon jd ptd ni,make sure u all mmg btul2 nak kan keje tu,berkhidmat pada negara…jgn jadi mcm aku yg mengapply,g exam,pac,interview sebab suka2…..pastu bila dah dapat,xmahu plak.sian kat org len yg nk sgt jd ptd…huhuhu…..
tp if position dia tak contract,aku rase mmg aku kan accept..hihi..anyway,pd aku no regret pun….rezeki ada dimana2 n if keje keras sure will success whatever yg kite buat…
Reply
hmmm…bila da baca pendapat kat blog ni…saya rasa saya da buat keputusan….saya nakk stay jadi tutor di salah sebuah IPTA,sambung blaja sampai PHD dan diserap sebagai pensyarah tetap….sebenarnya, 2 kali saya da tolak tawaran PTD kontrak lantikan JPA ni….
doakan saya berjaya sambung blaja sampai PHD yer….aminnn
Reply
Aku baru jer dapat post pensyarah tetap kat UITM tapi 18 hb ni kuar result PTD kontrak aku heran tu nape laaa JPA letak kontrak basic.. Pensyarah aku dapat post tetap.. ai aku tetap pening gak ni…
Reply
zool
Reply:
March 9th, 2010 at 09:15
terpulang kat ko lah.. kalau nak cabaran blh cuba PTD…
tapi kalau nak selamat dengan post tetap pilih pensyarah..
Reply
Aslkm,
Bagus komen anda semua terhadap jawatan PTD ni. Saya sebelum PTD kerja sebagai peguam danbanyak naik turun mahkamah. 2004 I join PTD dan sekarang dah lebih 5 tahun kerja. Sepanjang 5 tahun kerja di Kementerian zntara paling besar, cabaran utama adalah kekuatan mental, kekuatan menghadapi tekanan, kesabaran melayan publics, kesabaran menyelesaikan masalah rakyat, cabaran dgn orang atasan dan politik, kerja seawal 7.30 pagi, balik biasa 8 ke atas, kerja lebih masa tiada dapat elaun dan claim ot, meeting yang asyik kena marah, kena pantau macam2, kena selesaikan masalah staff yang demoralize akibat kerja yang berat, terpaksa tinggalkan anak bini, kadang2 dah plan balik kg kene cancel last minit dan macam2 la. Gaji dan naik pangkat ke gred 48 pun rasa x berbaloi sebab kerja yg melambak2. Hanya tuhan sahaja yg tahu n my advise is if u have good job outside there, never approach or join PTD coz u will regret with the nature of work…All e best to those really think PTD makes Money..
Reply
hanif KDN
Reply:
April 2nd, 2010 at 20:40
saye baru join PTD tahun 2009…setuju sgt dgn bekas lawyer ni.skrg PTD kat Kementerian Dalam Negeri.jage projek upgrade balai2 polis.naik turun bukit aman.nak dpt claim mmg berjanggut la..lagi satu duit bnyk kuar nak blanje pak2 polisi la,JKR la,datuk2 la,YB la ni.mcm2 karenah.nasib masih bujang.utk kementerian lain x tau la camne pulak..keje ni ade pro and cons.kena pandai manage time and kena improve communication skill.gud luck for fresh PTD =)
Reply
setuju dengan bekas lawyer jd PTD.
yang penting kerja kena ikhlas jgn pk nak cepat kaya n ikut jalan yg slh.
Reply
Salam, pada yang ingin mengambil exam PTD(khususnya) dan peperiksaan Gred 41 (amnya) pada 10 APRIL 2010 dan seterusnya,sy nak share link dimana, saudara dan saudari boleh membuat contoh2 soalan peperiksaan bertulis. Saya dah beli satu dan amat berguna. Ia menerangkan proses peperiksaan, PAC dan tips temuduga dan dll. Banyak contoh2 soalan untuk Seksyen A hinggalah Seksyen E.Klik the link:
http://www.tipsptd.com/index.php?ref=norulez83
Hanya nak membantu pada sesiapa yang sedang mencari Latihan Peperiksaan Gred 41 ini. Gud Luck to all of u too..
Reply
salam… sy br je lapor dr as PTD on 5 April yg lps. skrg sy ditempatkan di JPA unit BMI. sy minta PTD2 yg dah lama tu ce cite ckit psl kontrak kt diorang neh sbb bile sy bc coretan n keluhan kt atas diorang mcm xphm nape PTD dikontrakkan. mksd nye bkn juz keje 2 thn pastu hbs cmtu je tp ade sbb nape PTD jd kontrak. TQ…
Reply
bapak sdara ak jgk PTD,pos dye sbgai chief deputy of mission at Malaysian embassy in Geneva,,
hnya beberapa tahun baru dpt blik ke M’sia,,busy gler keje dye,,
tu je ak nk ckp..bye
Reply
Aku da setaun leby join PTD, batch aku merupakan 1st batch yang JPA lantik secara kontrak. FYI, tujuan sebanar JPA buat lantikan secara kontrak ni adalah untuk menilai kemampuan dan disiplin kita. Sebelum nie terdapat byk masalah yang melibatkan PTD yang baru dilantik, so JPA buat secara kontrak bagi memudahkan “buang kerja” (ayat kasar) jika pegawai tersebut bermasalah. Kontrak selama 2 tahun, in this 2 years ade beberape assessment yang pegawai perlu pass termasuk DPA sebelum dilantik tetap. Kira kontrak 2 tahun nie probaion period la.
Nak jadi PTD tak susah.. tapi tak senang. Bila dah jadi PTD banayk susah dari senang. Tp bagi aku, aku gembira jadi PTD, it’s not about the money, pangkat or kuasa..
Tetapi nasihat aku, kalo korang nak jadi PTD sebab gaji besar, better forget bout it.. once u have that feeling, selangkah kaki dah masuk dalam penjara. PTD nie godaan die luar biasa.. Engko ade kuase yang boleh menentukan banyak perkara.
Nak crite pasal ptd memang 3 hari 3 malam tak abis.. hehehe so.. gud luck kpd sesiapa yang bakal jadi/xm/test/interview PTD!
Oh ya! Aku kantoi 3 kali xm dan 1 kali PAC.. Cubaan keempat baru aku berjaya! So, kalo sekali 2 gagal xm tue biasa la!
Reply
huhu challenging nyew jd PTD..huhu btw nk taw laa..sapa2 taw ape beza PTD N41 dgn d new gred M41???
Reply
Mak aii…seram la plak aku bace komen2 kat atas ni..aku baru nak g PAC tp bile dh bace semua komen ni mcm nk kensel la plak…keje hari2 blk malam…kene bantai dlm meeting…dh le yg komen ni semua yg keje PTD…ayoyo..mesti benar belaka…xde ke yg best jadi PTD ni???
Reply
@ella chumell
N41 = Pegawai Tadbir (bukan PTD)
M41 = Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)
Reply
guys,
i am an overseas grad, been with private over 10 years and i quit my job 2 years ago. Ive heard PTD is full of **** but love to sample them myself. Ahaks. Ive passed the M41 xm and so looking forward to try the PAC on 2nd week of July. What is your advice and recommendation? No harm but i do like to hear your input.
rgds
me
Reply
Been a PTD since last 6 years, this is my summary about this service compared to private:
PTD is like buying convertible bonds, your income is guaranteed, less risky and at least you know your direction, but why I said convertible…there are many cases, PTD officers quit, after got experiences dealing with private and some knowledge, becoming politicans, businessman and professional. Work in private is like buying stocks, the income is high, the sky is a limit but there is also issue of uncertainty.
Is PTD marketable to outside world and MNCs? Yes they do, but it depends on how this PTD accumulate useful experiences and knowledges which make them marketable outside. Kalau PTD just makan tido…sama ja la mcm unemployed graduate..tak laku kat luar.
The same mistake always happen when become PTD, we just plain busy with our duties and sometimes dont have time to equip ourselves with knowledge and skills and this is considered a loss if this PTD considering to build succesful future outside PTD career. Or simply, u can be a PTD that focus on your job and relationship with your boss and sail all the way to the top. It depends to you how do u want to be.
Reply
pijat, you are make few interesting points there. I agreed with the fact that if PTD just makan tido then he or she won’t go far! But PTD is a guaranteed bond for those who can stand its work pressure and non-fixed working hrs too? I am so excited to try them myself. yeah want to serve my own nation some said so? thanks
Reply
Saya juga pernah mengalami konflik : Pensyarah or PTD. Namun setelah hadiri PAC 2010 saya berpendapat pengambilan PTD kontrak sebenarnya merugikan pemohon yg dah ada master. tiga tahun kontrak boleh digunakan untuk sambung pHD. Insyaallah..Siap pHD boleh trus masuk DS 51.yg penting dapat skim pensyarah dan tajaan utk buat pHD.
++ dengan pelaksanaan kontrak ini sebenarnya PTD tidak mengalukan pemegang master kerana dengan mudah pegawai PTD dihantar sambung master dlm perkhidmatan.
++ kepada yg minat kerja admin, skim pensyarah juga berpeluang terlibat admin seperti pengerusi rancangan, dekan dan VC.
++ nak kata keje susah…kat mana2 pun mencabar. baik PTD or pensyarah. Yg penting. USAHA.
++ Akhir sekali…APA yg kita cari dalam HIDUP. Ada doctorate or jd PTD. Tepuk dada tanya diri.
Reply
I think PTD kinda similar to management trainee (PVT) where they would mould you into mastering in respective dept and let you lead the division. Just that PTD stands out among the other govt posts coz some said its hiring process are a bit strict and requires you to attend bla bla kinda courses and trainings before you are really settled down. Whats important is to give it a shot when you got the chance! heck with what you might get from it coz i belive most malaysians can stand marah and sangat penyabar!!! riight? Just my thoughts….
Reply