Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sedar tak sedar telah 3 tahun blog ini berada di alam maya ini. Ianya juga telah memuntahkan lebih dari 922 entri (hanya 922 yang tinggal sebab terdapat entri lama-lama yang telah dibuang). Alhamdulillah ianya masih bertahan walaupun kadangkala terasa nak berhenti tapi ditekadkan hati untuk meneruskan jua perjuangan dalam blog. Walaupun dalam tempoh itu terdapat banyak blog-blog baru yang muncul dan menjadi lebih popular dari blog ini namun tetap bersyukur kerana masih mempunyai segelintir pembaca. Kiranya masih ada jua insan yang sudi membaca blog picisan dari seorang penulis kelas bawahan ni.
Memang bermacam-macam entri yang ditulis bermula dari hal emosi, penternakan, sukan dan sebagainya. Pelbagai komen diterima samada yang positif mahupun negatif. Komentar juga silih berganti. Ada yang setia dan tak kurang yang telah tiada. Semua itu memberikan pengalaman kepada diri ini. Memang bukan mudah untuk mencanai idea dalam blog. Kadangkala mampu memberikan impak kepada pengunjung dan tak kurang juga yang syok sendiri. Terima kasih yang amat kepada pembaca samada yang aktif , pengunjung senyap mahupun pengunjung sesat. Ianya memberikan inspirasi kepada diri ini..
Secara amnya, pencapaian blog ini masih belum memuaskan hati. Sasaran untuk mencapai 1,000 pengunjung sehari secara konsisten masih tidak tercapai. Bukan mudah bagi blog picisan yang tidak mempunyai keistimewaan tersendiri. Memang tabik spring kepada blogger-blogger samada otai atau pun yang baru tetapi berjaya mengikat ribuan pengunjung sehari untuk melawat blog masing-masing. Memang diakui mereka berbakat dalam bidang penulisan blog berbanding si Zool yang terpaksa berusaha lebih. Walaupun sedikit cemburu tetapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Mungkin blog ligakampung.com akan berjaya juga mencapai angka tersebut.
Okay, cukuplah setakat ini. Harap-harap mendapat sokongan dari pembaca bagi menaikkan semangat perjuangan si Zool untuk meneruskan tugasan ini. Boleh juga melawat blog lain seperti OhPemandu , Rear-wheel dan lain-lain yang dimiliki si ZOol ye..

Uploaded with ImageShack.us
RSS Feed
Twitter



June 22nd, 2010
zool
Posted in
Tags: 


Salam ziarah,
Selamat ulang tahun ke 3 blog Zool.Teruskan blogging jangan putus asa.cheers!
Reply
Tahniah2. Dah 3 tahun dah ye. Kalau ada anak dah beso dah tu.
Reply
zool
Reply:
June 22nd, 2010 at 16:09
uhuk2.. terbatuk jap..
Reply
Jangan berbloging sajek…berjogging pun kena buat jugek untuk kesehataannn……..
Reply
zool
Reply:
June 22nd, 2010 at 16:08
ok.. nanti aku jogging ..
Reply
Wah tahniah! Dah 3 tahun rupanya
Reply
zool
Reply:
June 22nd, 2010 at 23:09
tq
Reply
takpe, ok la tu
pendapatan melalui blog ni pun tinggi kan?
Reply
zool
Reply:
June 23rd, 2010 at 21:27
hohohoho. tak tinggi mana pung..
Reply
blog bukanlah hakmilik kekal.. ehehe
Reply
zool
Reply:
June 23rd, 2010 at 21:27
takde apa yang kekal en_me oit
Reply