Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bersukan dan Kematian Mengejut

Ligakampung.com terbaca satu artikel paparan dari Facebook mengenai kematian mengejut dalam sukan. Rasanya ramai peminat sukan yang pernah membaca kematian mengejut di atas padang yang berlaku terutama pemain bola sepak.
Jadi kita baca artikel yang ditulis oleh pakar perubatan iaitu Dr Khairil Idham Ismail

BERSUKAN DAN KEMATIAN MENGEJUT

  1. Tioté yang ketika itu berusia 30 tahun, bekas pemain bola sepak Twente dan Newcastle mengejutkan arena bola sepak apabila mati mengejut di China ketika sedang menjalani latihan.
  2. Bahkan, ada beberapa lagi kematian mengejut melibatkan atlit di dalam padang mahupun di luar padang menarik perhatian awam termasuklah kematian Marc-Vivien Foé, 28, ketika mewakili Cameroon menentang Columbia di dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2013. Bedah siasat autopsi menunjukkan punca kematian beliau adalah disebabkan oleh hypertrophic cardiomyopathy, faktor keturunan yang diketahui mengakibatkan sudden cardiac arrest (sca) ekoran beban kecelaruan aktiviti elektrikal di dalam jantung.
  3. Tak kurang juga kisahnya di dalam Malaysia yang melibatkan orang awam ketika bermain futsal, badminton dan sebagainya. Kisah-kisah ini menarik perhatian media yang meluas dan mendapat reaksi yang pelbagai.
    Persoalannya, adakah tidak boleh bersukan kerana wujudnya risiko kematian mengejut?
  4. Secara insidennya, sudden cardiac arrest (SCA) ketika bersukan sangat-sangat jarang berlaku tetapi selalunya mendapat perhatian media yang lebih kerana sifat counter intuitive nya – “Macam mana ahli sukan yang “fit” boleh sakit jantung?”
  5. Sudden cardiac arrest (SCA) bermaksud jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Di dalam situasi SCA, fungsi elektrikal jantung yang menentukan ritma serta kadar jantung berdegup, secara tiba-tiba berhenti atau mengalami kecelaruan ritma yang dipanggil Fibrilasi Ventrikel (Ventricle Fibrillation). Di dalam banyak kes yang melibatkan atlit terutamanya di bawah 35 tahun, ia berpunca daripada struktur atau abnormality di jantung itu sendiri.
  6. Aktiviti fizikal yang mendadak atau berlebihan pada jantung yang tidak normal ini, meningkatkan risiko kepada terjadinya SCA. Jika dianalogikan, kalau kereta yang memang ada masalah wiring atau spare part rosak, jika dibawa juga dengan laju, akan menyebabkan kereta rosak dan tak dapat bergerak.
  7. Sungguhpun demikian hangatnya liputan berkenaan kematian mengejut ketika bersukan, kajian dari tahun 2002 – 2013, terhadap 1247 pesakit SCA berumur 35-65 tahun, oleh Eloi Marijon et al menunjukkan, SCA ketika bersukan adalah sangat-sangat rendah, berbanding SCA bukan berkaitan sukan.
  8. Selain itu, kajian menunjukkan, kebanyakan punca SCA bagi umur 35 tahun ke atas adalah disebabkan masalah salur darah jantung / “coronary artery disease” (CAD). Manakala umur 35 tahun ke bawah, terutama di kalangan atlit, kebanyakan SCA adalah disebabkan masalah “elektrikal” atau struktur jantung yang tidak normal sebagaimana yang terjadi kepada Marc-Vivien Foé.
  9. Journal antarabangsa American Heart Association, melaporkan, aktiviti fizikal atau senaman yang berkala (habitual physical activity) sangat bermanfaat dalam mengurangkan risiko sakit jantung disebabkan CAD yang menjadi punca kebanyakan SCA di kalangan mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Jika dibandingkan antara risiko dan manfaat, ini jelas menunjukkan kebaikan senaman jauh lebih baik dari risikonya.
  10. “Habitual physical activity” boleh dilakukan dengan senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit, dengan intensiti rendah atau sederhana, seperti “brisk walk” setiap hari atau kebanyakan hari seminggu.
  11. Manakala senaman berintensiti tinggi (HRmax >75%) juga boleh dilakukan dengan beberapa saranan seperti berikut:-

i. berjumpa doktor atau dirujuk kepada pakar perubatan sukan bagi membuat pre-participation examination (PPE) atau medical checkup terutama mereka yang aktif bersukan atau yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau penyakit yang berkaitan

ii. perlu tahu dan merujuk kepada doktor sekiranya terdapat tanda-tanda awal sakit jantung sebelum memulakan senaman

  1. Rundingan dengan doktor atau pakar perubatan sukan juga amatlah penting kerana saranan aktiviti fizikal atau senaman yang sesuai boleh diberi atau ‘tailor’ buat mereka yang berisiko tinggi.
  2. Adalah disarankan juga penganjur sebarang kejohanan sukan supaya menyediakan khidmat perubatan bagi meningkatkan survival pesakit SCA.
  3. Bagi orang awam pula, terutama mereka yang aktif bersukan dinasihatkan agar mempelajari CPR / BLS supaya dapat memberi bantuan awal kepada mereka yang memerlukan ketika SCA terjadi waktu bersukan. Ini disokong oleh kajian yang menunjukkan survival pesakit SCA adalah lebih tinggi dalam acara sukan kerana adanya “by stander CPR.”
  4. Orang awam juga dinasihatkan supaya menjalani gaya hidup yang sihat menjurus secara holistiknya termasuklah pemakanan yang seimbang, kekal aktif, tidak merokok mahupun vaping, hindari tabiat alkohol, tabiat tidur yang sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan diri.
  5. Kesimpulannya, manfaat melakukan aktiviti fizikal jelas terutamanya di dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCDs) dan risiko penyakit kardiovaskular. Kejadian Sudden Cardiac Arrest (SCA) berlaku di kalangan atlit atau mereka yang aktif bersukan adalah sangat rendah insidennya dan ia lazimnya berpunca daripada struktur jantung itu sendiri yang sememangnya tidak normal.
  6. Maka relatif waktu untuk bersenam sama ada pada malam, pagi atau petang bukanlah menjadi masalah. Jom kekal aktif dan sihat!

Dr Ahmad Munawwar Helmi

Facebook : https://www.facebook.com/khairilidham.ismail
Pegawai Perubatan,
Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN),
Institut Sukan Negara (ISN)

Dr Khairil Idham Ismail
Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD),
Calon DPhil Kesihatan Masyarakat
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Rujukan:

  1. https://www.ahajournals.org/…/10.…/CIRCULATIONAHA.111.023861
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4406826/…
  3. https://www.ahajournals.org/…/10.…/CIRCULATIONAHA.107.181485
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4969030/

Bila membaca artikel ni, kita kenalah berilmu dalam bersukan. Jadi kekal sihat , bersenam, jaga makan dan tidur kita..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)