Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Bersenam di pasar malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Gambar tiada kena mengena dengan cerita..
Pinjam dari Skyangels-travel

Agak lawak bunyinya tapi memang itu yang akan cuba dilakukan oleh saya dalam minggu ni.

Ops bukan bersenam maksudnya buat stretching, jogging dan sewaktu dengannya ye.. Sekadar berjalan kaki 2-3 round lepas tu pandang sana sini.. Kira bersenamlah tu.. ha haha.. Jangan tertipu ye.. < ayat ini dikemaskini kembali pada pukul 12.27 pagi 19.11.09 setelah kekeliruan berlaku..> Jangan marah ye…

Entah kenapa tetiba terfikir untuk melaksanakan aktiviti merayau ke pasar malam dalam minggu ni. Walaupun merayau di pasar malam mampu menarik keluar duit anda namun rasanya cara ini dapat mengurangkan keseronokan tidur selepas balik kerja. Ye lah biasanya kalau balik rumah je mesti mengadap bantal atau pun PC ‘blackend’ ni.. Jadi lebih elok kalau pergi ke pasar malam. Selain dapat tengok makanan yang menarik dapat juga melengguhkan kaki setelah duduk di kerusi pejabat sekitar 8 jam. Sekurang-kurangnya pergerakan sekitar 100- 200 meter dapat mengoncangkan pergerakan jantung sekaligus melancarkan peredaran darah.

Okay, untuk hari ini saya singgah ke pasar Malam Ayer Molek . Pasar malam ni dekat dengan stesen minyak Petronas Ayer Molek dan berhampiran rumah Chokilala. Memang ramai juga yang berniaga di sana. Seperti pasar malam lain di Melaka, ayam percik, ayam rangka, bebola ayam, buah-buahan, baju-baju, mee/kuetiaw goreng banyak di jual. Saya hanya membeli jagung bakar dan bebola ikan bakar. Layan sambil melihat-lihat suasana pasar. Promoter ASTRO pun giat mencari pelanggannya dan terdapat pakcik-pakcik memohon derma.

Teringin juga nak mencuba pizza buatan tangan pasar malam tapi bila dimaklumkan perlu menunggu kerana ramai pelanggannya maka hasrat dibatal. Takpe kat pasar malam Jasin pun lebih kurang je pizza tu.. Boleh je beli satu masa nanti..

Okay cukuplah membebel setakat ini. MUngkin minggu hadapan akan mencari lagi pasar malam berdekatan untuk bersenam secara tidak langsung. He hehe.. Apakata mari kita bersama-sama memeriahkan pasar malam di tempat anda?? Kalau nak best, jangan bawa duit. Parking jauh-jauh 1 km dari tempat pasar malam tu. Pasti berpeluh dan bertambah sihat.. Ops jangan lupa, duit jangan bawa banyak-banyak ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 55
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

14 comments to Bersenam di pasar malam

  • hoho..takk tau plak ko duk melaka..pg jln2 kat psr mlm ni best apa..dpt cuci mata n kurangkan rasa kebosanan..huhhuu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala ko jarang singgah sini.. tu yang tak tau tu..
    berapa puluh dah entri aku pasal melaka…

    Reply

  • menarik jugak teknik ni.. bersenam di pasar malam? pelik jugak orang tengok npe la lebat je berpeluh ni.. hehe~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. jgn le berstretching.. jalan2 pusing 2-3 round..
    lepas tu lepak dekat ngan api org buat sate/ ayam percik.. insyaallah mampu berpeluh.. ha haha.. lupa nak buat tips ni kat artikel..

    Reply

  • ari ni aku x smepa nak g pasat malam air molek..
    tiap2 minggu gak pergi. selalu beli popia basah. ekekeke

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo.. ko ada kat mana ye??

    Reply

  • i wont bersenam at the pasar malam! =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha…
    misunderstood la.. bersenam kaki ja.. just walking.. not heavy exercise ma….

    Reply

  • nice to meet u too orhx!!:D~*

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    thanks..

    Reply

  • syok pegi pasasr malam, macam-macam ada (ha3). apatah lagi tempat cuci mata, tengok pelbagai ragam manusia.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jgn terlalu cuci mata.. nanti rosak retina mata.. :)

    Reply

  • zino ke pasar malam hari jumaat je nak cari nasi tomato yg sedap hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak sikit..
    kat melaka ni byk pasar malam.. dari isnin – ahad boleh cari pasar malam..

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>