Bermulanya projek cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini sedikit kepenatan kerana setelah bercerita dalam blog tentang cacing akhirnya saya telah pun mendapatkan bekalan cacing di IKS Paya Rumput.. Rasa gembira bercampur sedikit takut. Gembira kerana akhirnya projek telah bermula manakala takut jika ianya tidak berjaya.. Walau bagaimanapun kena berfikir positif untuk berjaya.. Jika saya masih dengan sikap lama yang layu sudah pastinya keadaan saya akan sama dan tiada perubahan.. Insyaallah walaupun penternakan cacing saya ini dalam skala yang kecil ( hanya sekilo) namun pelajaran yang akan saya timba pastinya akan dapat mematangkan diri terutama dari segi disiplin, keyakinan dan juga kualiti diri seperti tips dalam buku Enhacing Personal Quality yang bakal dijual..
Walaupun mungkin masih baru dalam bidang ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan mengenai projek ini.. Insyaallah akan berjaya.. Sedikit ilmu dari otai-otai cacing dari Zaws.Agro, Azam Agrotech, acai serta sumber dari internet dapat dijadikan panduan untuk lebih maju dalam bidang ini…
Tak lupa juga pada rakan sekerja yang memberikan sokongan moral.. Kepada syia, insyaallah kalau projek ni berjaya bolehlah buat rombongan ke kandang saya.. He he he.. Boleh saya belanja makan mee sambil melihat cacing.. :) .. Kepada CD PEG BELIA, bro gua bagi masa dalam 10 hari kalau kandang projek gua sesuai nanti lu boleh jadi pekongsi lelap.. Gua kena pastikan share partner tak rugi.. Kalau tak malu gua nanti…
Kepada rakan-rakan lain yang sentiasa memberi sokongan moral, saya amat berterima kasih.. Doakan saya supaya berada di landasan yang betul.. ” Pertanian adalah perniagaan”

p/s :- Insyaallah lepas ini saya akan menceritakan tentang teknik penjagaan dan penternakan cacing saya.. Buat masa ni nak rehat dulu dan berdoa agar projek ini berjaya… Tengoklah gambar-gambar saya bersama anak angkat saya..








Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1345
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

22 Responses to “Bermulanya projek cacing”

  1. Tech BlogNo Gravatar says:

    aku memang support habis orang wat business ni..Semoga berjaya Zool..Aku doakan kau dapat jadi antara penternak cacing berjaya di Melaka. You can do it..Believe in yourself..

    Reply

  2. syiaNo Gravatar says:

    waaa.. ye .. ye pastikan berjaya dulu tau nanti sure nk gi tgk.. eh awk.. mak,ayah tlg sekali ke..ke solo buat?

    Reply

  3. t.a.t.aNo Gravatar says:

    Yeah yeah projek dah start. harap teruskan hingga berjaya ya.

    Reply

  4. olieNo Gravatar says:

    Hi Zool. Nak bisnes cacing plak ke? Bagus sangat tu Zool. Permintaan cacing memang tinggi skang nih. Semoga berjaya.

    Reply

  5. a.k.uNo Gravatar says:

    bgs2…sy igt sy pon nk start wat penternakan cacingni…sy dok melaka gak…hope leh kongsi ape2je ngan sy utk start bisnesni…

    Reply

  6. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    Good luck n go sukses zool

    Reply

  7. kumb@ngNo Gravatar says:

    gemok-gemok cacing tu..goreng stail mamak pon sodap… :D

    Reply

  8. Princess LiyanaNo Gravatar says:

    wow!cacing..huhu

    Reply

  9. Mohd IsmailNo Gravatar says:

    wahh.. da start bela cacing.. alhamdulillah.. aku doakan ko berjaya dengan ternakan cacing ni.. pelan2 kayuh insyaAllah.. sabar tu no.1..

    Reply

  10. zoolNo Gravatar says:

    Tech Blog –> tq.. ko pun sama.. semoga ko berjaya dalam projek ko..
    syia –> ok.. nanti dah banyak2 saya hadiahkan awak dlm 20 ekor.. ok?? mak tolong tgk2 kan..
    olie –> cuba2 lah olie.. kalau tak cuba tak tau kan. tapi cuba secara serius bukan main2.. AMIN..
    t.a.t.a –> tq..
    a.k.u –> boleh je.. rajin2 lawat blog ligakampung .. nanti saya akan kongsikan update terbaru..
    kumbang –> memang sodap..
    Princess Liyana –> apa yang wow?? Nak seko ke??
    Mohd Ismail –> tq.. aku pun doakan ko berjaya dengan apa jua ko ceburi..

    Reply

  11. menteilNo Gravatar says:

    ingat nak wat gak projek cacing..
    pape pon..
    good luck ok…

    Reply

  12. wah, menarik sungguh ni. teruskan usaha. semoga berjaya.

    Reply

  13. acaiNo Gravatar says:

    slm bro, aku curik2 masa tengok blog ko time render project multimedia aku tu,hehe..:) waaaa, bravo bravo..aku gembira dan teruja betul tengok ko dah start ni..same2lah kita berkongsi ilmu pasal ni..even aku start awal tapi tak semestinya aku tahu semuanya,sb benda ni mmg perlukan pengalaman..

    Insyaallah kalau berfikiran positif semua benda boleh mendapatkan hasil yg kita inginkan..:) fikir dari sudut positiflah..aku doakan smoga berjaya bro ye..aku sbnrnya dah nak start jual cacing aku nih,hihi..sbb ada org nak beli..dalm 5kg camtu..nnti ada masa aku cerita ye..

    slmt berjaya dan salam vermikompos bro,hehe..

    Reply

  14. UbiNo Gravatar says:

    Cayalah lu! Walau start secara kecil-kecilan kau tetap tabah dan tenang start bisnes sebagai penternak cacing yg terlampau…

    Respek!!

    “An ounce of action is better than a ton of theory…”

    Reply

  15. zaki blogjerNo Gravatar says:

    Moga berjaya!! Usaha tangga kejayaan.

    Reply

  16. merahijauNo Gravatar says:

    hi .. macamana perkembangan cacing tuh ?
    nak tanya la .. dekat mana kita boleh jual cacing nih dengan harga rm450?

    Reply

  17. [...] timer in my list. Zool just started small worm farm project. Good [...]

  18. mAt The RaceNo Gravatar says:

    Saya ada stok cacing RM350 sekilo
    call 0129556620

    Reply

  19. pah_bedahNo Gravatar says:

    beagus la awak..sy minat gak nk wat biasnes..skg ni tgh nk carik info & kumpul modal tuk buat bisnes ni..leh la kongsi idea dan pengalaman..kunjungilah blog sy kalau ade masa..http://tamanfirdausi.blogspot.com

    Reply

  20. hamzah kumasNo Gravatar says:

    Abg Zool…… cacing tu kena guna tanah aper yer kalau nak bagi die idup….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kena guna campuran tinja (najis) haiwan dan bahan mudah reput..
    Boleh tengok artikel-artikel mengenai cacing di sini

    Reply

  21. squarebaby08No Gravatar says:

    nak tanya sikit. buat projek cacing nie gune cacing jenis ape ye???
    cacing harimau or cacing merah???confuse la…mane lagi better antara banyak2 cacing yang boleh diternak untuk buat baja n else…kalau boleh cerita pasal nie pulak.saya tengah cari info pasal cacing untuk mulakan projek saya sendiri dalam sedikit masa lagi.
    abg zool dah ade pengalaman dalam semua projek cacing nie boleh la share ngan kami tentang ini pulak…mesti ramai yang nak tahu jugak.

    Reply

Leave a Reply