Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini sedikit kepenatan kerana setelah bercerita dalam blog tentang cacing akhirnya saya telah pun mendapatkan bekalan cacing di IKS Paya Rumput.. Rasa gembira bercampur sedikit takut. Gembira kerana akhirnya projek telah bermula manakala takut jika ianya tidak berjaya.. Walau bagaimanapun kena berfikir positif untuk berjaya.. Jika saya masih dengan sikap lama yang layu sudah pastinya keadaan saya akan sama dan tiada perubahan.. Insyaallah walaupun penternakan cacing saya ini dalam skala yang kecil ( hanya sekilo) namun pelajaran yang akan saya timba pastinya akan dapat mematangkan diri terutama dari segi disiplin, keyakinan dan juga kualiti diri seperti tips dalam buku Enhacing Personal Quality yang bakal dijual..
Walaupun mungkin masih baru dalam bidang ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan mengenai projek ini.. Insyaallah akan berjaya.. Sedikit ilmu dari otai-otai cacing dari Zaws.Agro, Azam Agrotech, acai serta sumber dari internet dapat dijadikan panduan untuk lebih maju dalam bidang ini…
Tak lupa juga pada rakan sekerja yang memberikan sokongan moral.. Kepada syia, insyaallah kalau projek ni berjaya bolehlah buat rombongan ke kandang saya.. He he he.. Boleh saya belanja makan mee sambil melihat cacing..
.. Kepada CD PEG BELIA, bro gua bagi masa dalam 10 hari kalau kandang projek gua sesuai nanti lu boleh jadi pekongsi lelap.. Gua kena pastikan share partner tak rugi.. Kalau tak malu gua nanti…
Kepada rakan-rakan lain yang sentiasa memberi sokongan moral, saya amat berterima kasih.. Doakan saya supaya berada di landasan yang betul.. ” Pertanian adalah perniagaan”
p/s :- Insyaallah lepas ini saya akan menceritakan tentang teknik penjagaan dan penternakan cacing saya.. Buat masa ni nak rehat dulu dan berdoa agar projek ini berjaya… Tengoklah gambar-gambar saya bersama anak angkat saya..












zool Reply:
January 15th, 2009 at 6:49 pm
kena guna campuran tinja (najis) haiwan dan bahan mudah reput..
Boleh tengok artikel-artikel mengenai cacing di sini
[Reply]