Berkawan di Internet

Assalamualaikum dan salam untuk semua..
Di harap semuanya dapat menyedut udara nyaman ciptaannya kini..

Agak lama saya tidak berkongsi cerita tentang ‘sahabat’ .. Hari ini saya ingin bersama-sama bercerita tentang rakan internet dari perspektif saya.. Memang berkawan secara online dan offline agak berbeza.. Untuk kawan di online anda tidak mengenali mereka dari segi paras rupa ( walaupun diberi gambar) dan sifatnya.. Namun berkawan dalam talian ini kadangkala tidak semudah dijangka.. Sukar untuk mendapatkan rakan yang akan terus bersama kita dalam talian.. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga kes-kes di mana terdapat pasangan di ijabkabulkan setelah berkawan di internet… Bersama-sama ini disertakan tips-tips dalam persahabatan di internet :-

1. Sentiasa memulakan perbualan maya dengan salam.. Selain dari ianya dituntut dalam agama sekurang-kurangnya ia menunjukkan kesopanan dan kesusilaan seorang pen’chating ‘ itu.
2. Jika rakan tersebut mempunyai blog, myspace, friendster perlulah sentiasa bertanya khabar di ruangan tersebut.. Tunjukkan keprihatinan anda tetapi awas jangan terlalu prihatin nanti mereka akan menyangka ada ‘udang di sebalik nasi goreng udang’… Huhuhuhu..
3. Jujur.. ianya penting samada persahabatan online atau offline.. Walau bagaimanapun tetap perlu berhati-hati kerana kadangkala dunia online juga ada berlaku penipuan..
4. Walaupun kawan online tidak pernah bersua muka namun bagi meneruskan persahabatan anda boleh mendapatkan nombor h/phone.. Rajin-rajin lah call atau sms.. Mana tau jika anda bermasalah rakan online boleh membantu..

Kenapa perlu berkawan di internet?
Perlukah kita mempunyai kawan di internet?? ” Alah aku ada kawan ramai kat seluruh negara ni.. Buat apa nak kawan dengan orang internet ni.. Bukan boleh caya sangat?” mungkin ada segelintir yang akan berkata seperti berikut.. Sebenarnya pada saya memiliki kawan internet ini banyak faedahnya.. Selain dapat menambah kenalan di tempat-tempat yang mungkin anda tak pernah jejak pengalaman dan pengetahuan tentang sebarang perkara boleh dipelajari.
Saya sendiri berkawan dengan ramai orang yang agak popular di ruang cyber bagi membantu saya untuk membina kejayaan dalam diri.. Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda menggunakan internet untuk membina rangkaian hidup anda atau sekadar untuk surfing??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :638
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Berkawan di Internet”

  1. t.a.t.aNo Gravatar says:

    saya gunakan internet atas urusan kerja di samping utk menyelam dan minum air. melalui internet dan blog saya jumpa ramai kawan baru, di samping mengeratkan lagi hubungan kawan dgn kawan lama.

    chewwah sungguh skema ayat saya itu.. heheh

    Reply

  2. syamNo Gravatar says:

    kita kawan kan?

    Reply

  3. zoolNo Gravatar says:

    t.a.t.a –> hm..mengeratkan kawan lama.. betul tapi saya boleh kata hanya 1% member lama saya yang dapat dieratkan kembali di internet.. yang lain dah berjaya mana nak ingat saya.. takpelah biarlah mereka.. Asalkan Zool ligakampung berjaya dengan matlamat asal.. takpe skema tu adalah satu benda yang ok..
    syam –> kawan.. kalau datang melaka boleh beritau.. nanti saya tunjukkan tempat2 menarik.. antaranya belakang rumah saya.. he he he..

    Reply

  4. amNo Gravatar says:

    kawan am 1st time main chatting dan wife dia pun sama. Masing-masing nak keluar dah.. tapi baru chat seminit dua..dan mintak no fon… sampai sekarang kekal dah kawin dan bulan 6 ni cukup setahun kawin.. rezeki dia..

    Reply

  5. t.a.t.aNo Gravatar says:

    Ye saya setuju dgn 1% itu. hanya beberapa kerat je kawan sy yg berhubung semula dgn internet, yg lain dah sibuk dgn kehidupan memasing. tak pe saya faham, dah lumrah dunia kan?

    Reply

  6. lavender_gurlzNo Gravatar says:

    Assalammualaikum….ermmm…xslah kn klu ktew nux brkwn,prptah melyu pon adew mngata kn,..brkwn biar srbu…..

    Reply

  7. kinaNo Gravatar says:

    best kan kwan kat internet…. tp saya baru nak buat mcm 2… sbb sebelum ni saya x de internet….hehehe… assalamualaikum….

    Reply

Leave a Reply