Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Beregu Utama Lelaki dan Wanita Bakal Dirombak ?

Kegagalan beregu utama lelaki dan wanita mempamerkan aksi memberangsangkan ketika Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2017 mengundang pelbagai reaksi.
Harapan untuk mendapatkan mata dalam perlawanan separuh akhir menentang Jepun melalui pasangan beregu terkubur apabila kedua-dua pasangan longlai ditumpaskan pasangan Jepun sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan Jepun.
Beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan beregu wanita Vivian Hoo/ Woon Khe Wei merosot pada tahun ini selepas aksi terbaik di Sukan Olimpik 2016 pada tahun lepas.


Ia juga menyebabkan terdapat ura-ura untuk merombak pasangan terbabit memandangkan kemerosotan mereka. Secara peribadi, Ligakampung.com tidak nampak ianya boleh mengubah prestasi pasangan beregu negara. Pada pendapat kami, selaku peminat sukan badminton mereka perlu :-

1) Mencari kembali prestasi sebenar mereka. Pasangan ini perlu mengubah strategi mereka. Agak sukar jika mereka masih di takuk lama. Mereka sendiri perlu mencari jalannya. Menukar mereka dalam keadaan sekarang tidak membantu kemajuan badminton negara.
2) BAM perlu memberi kata dua dan letakkan KPI yang perlu dilaksanakan. Kontrak mereka perlu berdasarkan prestasi. Sekiranya gagal mencapai KPI yang ditetapkan mereka perlu ditunjukkan jalan keluar. Mereka boleh beralih arah kepada kelab professional. Usia kedua-dua pasangan ini sekitar 27-28 tahun dimana sukar untuk mereka meningkat mendadak.
BAM perlu mencari pelapis baru sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas.
3) Kaji kelemahan mental dan fizikal mereka. Kalau diikutkan kedua-dua pasangan ini mengalami masalah fizikal apabila sering dilanda kecederaan. Ia sedikit sebanyak menganggu prestasi apabila mereka jarang dapat bermain bersama. Selain itu mental mereka juga perlu diperbaiki apabila menentang pemain yang mempunyai ranking lebih baik dari mereka.
4) Membuka ruang kepada para pelapis. Para pelapis muda berumur 19-20 tahun boleh diketengahkan di dalam kejohanan Super Series. Ini penting bagi memberikan pendedahan kepada mereka. Kita boleh tengok prestasi ketika usia mereka antara 21-25 tahun dan sekiranya mereka berada di bawah sebenar maka mereka sukar untuk maju lagi.

Pengurusan BAM juga perlu bekerjasama dengan kelab professional dalam melahirkan bakat-bakat baru. Jangan ego dengan kekuataan dan kuasa yang dimiliki. Tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak sukar untuk mencungkil pemain badminton berbakat.
Semoga akan ada jawapan bagi isu kedua-dua beregu ini

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Beregu Utama Lelaki dan Wanita Bakal Dirombak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)