LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Raih Kejuaraan Sulung 2019 selaku pemain Professional

Walaupun bergelar pemain professional , nampaknya pasangan beregu lelaki dan beregu campuran negara berjaya mengatasi tekanan dengan menjuarai Kejohanan Masters Thailand sebentar tadi.
Beregu campuan negara yang melalui gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang turun selaku pilihan pertama tidak menghadapi masalah besar untuk menumpaskan pasangan tuan rumah Tinn Isriyanet/Chasinee Korepap dengan keputusan 21-16,21-10.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit itu, pasangan no 1 negara itu tidak menghadapi banyak masalah walaupun tekanan dari penyokong tuan rumah dirasai.
Ini merupakan satu pencapaian baik biarpun Thailand Masters tidak disertai pemain-pemain terbaik dunia. Sekurang-kurangnya ia memberikan kekuatan moral kepada bekas pemenang pingat perak Olimpik 2016 yang sedang memburu tempat ke Olimpik 2020, Jepun nanti.

Bagi pasangan beregu lelaki yang agak goyah persembahan pada tahun 2018, sudah pasti kemenangan pertama mereka di arena antarabangsa boleh menjadi pemangkin untuk meneruskan kemaraan selepas ini.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung kita-kira 32 minit, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai beregu pilihan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan keputusan 21-13,21-17.

Bagi kategoi lain tiada wakil Malaysia yang layak ke peringkat akhir. Apapun ia merupakan satu pencapaian baik bagi pasangan beregu yang mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong BAM. Mungkin mereka mampu untuk berdikari dan semoga akan ada lagi kemenangan buat mereka dan atlet badminton negara.

Menariknya dalam kejohanan kali ini, pasangan ini bekerjasama menjadi pemerhati dalam acara masing-masing. Macam ketika pasangan beregu campuran beraksi, beregu lelaki akan melihat dan melakukan analisa dan begitu sebaliknya. Satu kerjasama yang cukup baik bagi pemain professional.

Keputusan Penuh Badminton Masters Thailand 2019

Kredit Gambar : Twitter Kota Goh

Please follow and like us:
error0

One thought on “Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Raih Kejuaraan Sulung 2019 selaku pemain Professional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)