Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum.. Ketika saya menulis topik ini jam menunjukkan angka 10.57 pagi..
Dan masih ada banyak masa lagi perkara yang boleh dilakukan selain dari makan… Dan disebabkan kekurangan idea akibat dari ketumpulan idea jadi saya menulis idea biasa-biasa je iaitu berbuka. 

Seperti bersahur, berbuka puasa merupakan perkara yang perlu dituntut.. Walaubagaimanapun beberapa isu yang akan dibentangkan dalam post untuk kali ini iaitu :-
a) Berbuka puasa secara berlebihan.. Bila dilihat kebanyak dari kita berpusu-pusu ke Bazar Ramadhan membeli makanan sehingga tak cukup tangan sedangkan penghuni rumah hanya beberapa kerat sahaja.. Kenapa agaknya pembelian terlalu banyak ini?? Pembaziran mungkin boleh berlaku akibat dari sikap tamak ini..
b) Berbuka puasa di hotel… Memang diakui ramai antara orang kita yang memiliki kemampuan untuk berbuka di hotel.. Dengan bayaran sehingga RM20++ ianya mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka-mereka.. Jika sesekali mungkin tidak mengapa tetapi ada yang lebih berbuka di hotel berbanding di rumah.. Kalau kita lihat terdapat beberapa pandangan ulama dan mufti mengenai perkara ini.. Jika ianya digunakan untuk menjamu insan-insan yang tidak bernasib baik mungkin tidak menjadi masalah namun kebanyakan lebih kepada menunjuk-nunjuk… Wallahualam..
c) Berbuka puasa di masjid.. Berbanding dengan dua perkara di atas ianya lebih positif namun ada sedikit perkara yang tidak baik.. Ada juga insan-insan yang datang ke masjid semata-mata untuk makan sahaja.. Selepas makan terus ‘blah ‘ tanpa menunaikan sembahyang berjemaah.. Secara jujurnya saya sendiri tidak berbuka puasa di masjid . Teringat masa zaman-zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu sering ke masjid untuk berbuka bagi menyelamatkan sedikit wang poket dari ke Bazar Ramadhan…
Hm.. bagaimana anda semua?? Ada apa-apa cerita tentang berbuka ke?? Atau ada sesiapa sudi untuk membelanja saya berbuka puasa?? He he he..

5 Responses to “Berbuka puasa”

  1. dulu masa kecik2 selalu gak berbuka kat masjid, sebab ikut abah. tapi dah besar ni dah kurang dah..
    masa membeli kat bazar memang kdg leh tak ingat. padahal nak makan sikit jer. tapi membeli mcm2.ni yang dikatakan nafsu. puasa sepatutnya dapat kawal nafsu…

    [Reply]

  2. hehe, samelah dulu bro masa belajar..tapi dulu aku tahun satu je..pastu dah tak pernah buka kat masjid lagi..tapi kalau ada student2 mmc biasa camtu..kalau kat kampung2 aku buka kekadang ada karipap, kuih lapis ngan air teh o panas je..pastu buka ngan org2 masjid 4-5 orang je..hihi

    [Reply]

  3. aku kalo ikut tahun2 sudah berbuka dengan juadah dari pasar ramadhan… tahun ni isi rumah pun dah agak ramai.. kena masak sendiri la.. ermm.. sib baik kul 4.30 dah boleh balik.. hehehehhe :)

    [Reply]

  4. Dalam bnyak2 tempat berbuka, paling tak best kat hotel. Nape?? makanan sedap tapi masa tak mengizinkan. Udah bayar mahal2..lepas makn sat..solat..sambung balik sat..nak balik terawih…

    Moral of The Story..jgn makan kat hotel, membazir jer duit ngko orang nanti :)

    [Reply]

  5. dulu-dulu mmg rajin makan kat hotel ni coz anak2 x ramai lagi senang nak handle … now dah ada 4 ni susah lar sikit … lagipun pada pendapat saya makan kat hotel x kenyang coz xleh makan byk2 bagi org pompuan malu lar kalu org nampak kan expecially yg still bujang … tapi kalu dah kahwin pun malu gak … apa2 pun makan kat umah gak best … sambil tgk tv pun boleh ..

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>