Beras oh beras … Beras makin mahal
Written by zool on May 7, 2008 – 1:32 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Oh hari ni ntah kenapa perutku ini sedikit tidak sihat.. Agak kerap juga saya ke pejabat Dr. Tan untuk melepaskan sesuatu namun masih tidak memberi kelegaan..
Sakitnya… Kalau 5 hari cam ni sudah pastinya saya berjaya mengatasi cabaran memandang ibu jari kaki.. Huhuhuhuhu… Ntah apa silap makan…

![]()
Cukuplah intro kali ini, mulakan dengan topik utama.. Beras oh biras beras.. Kenapa kau naik harga?? Jika dulu sekeping duit merah dan hijau sudah mencukupi untuk di bayar tapi kali ni lebih dari 2 keping duit merah dan hijau perlu disediakan.
Aiyok.. “Susahlah ini macam ” luahan segelintir mamak-mamak warung .. Apa taknya dengan kenaikan harga beras sudah pastinya keuntungan sudah pasti akan mengecil dan risiko untuk rugi pastinya lebih tinggi.. Walaupun saya bukanlah pihak yang berkaitan dengan penjualan makanan berasaskan beras tetapi sebagai salah seorang individu yang membeli beras utnuk kegunaan harian sudah pastnya impak ini dirasai..Dan nampaknya sukarlah bagi mak saya untuk menjual nasi lemak dengan harga beras yang tak mampu memberi pulangan.. Sedihnya…
Sudahlah baru-baru ni tayar kereta naik RM5.00 dan desas desus beberapa harga barang lain akan meningkat, keadaan ini pastinya memberi kesan terhadap seluruh rakyat Malaysia.. Walaupun sebagai kakitangan kerajaan yang menerima kenaikan gaji pada tahun lepas namun situasi ini tetap menyukarkan saya untuk melakukan simpanan yang lebih .. Melalui Buletin Utama 7.5.08 dimaklumkan bahawa BERNAS hanya dapat membekalkan 9,000 tan metrik sebulan yang mana ianya tidak mencukupi untuk pasaran tempatan.. Dan kesannya tentulah kepada rakyat yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji…
Adakah kita perlu mencari alternatif lain?? Adakah selepas ini kita perlu menukar cara makan kita.. Mungkinkah selepas ini kita akan makan sayur tanpa nasi?? Atau makan lauk sahaja?? Sudah pastinya ianya sukar untuk dilakukan memandangkan kita telah mengenali nasi sejak dari kecil lagi…
Sebenarnya impak kenaikan harga ini akan menyukarkan orang yang miskin.. SUdahlah perlu bergantung harap dengan sumbangan jabatan berkaitan harga beras naik pula.. Memang perkara ini akan menyebabkan mereka merana.. Saya rasa kesemua rakyat memang berharap agar harga beras ini dapat dikawal bagi menjamin kesejahteraan rakyat..
p/s :- CUkup ke bajet nak masuk elektrik ngan Streamyx nie?? Semua naik je…Harap-harap adalah pendapatan lebih bulan ni..
Info terbaru klik
——————————————————————————–
Info terkini :-
Utusan 7 Mei 2008 - Padiberas Nasional Berhad ( BERNAS) akan meningkatkan pengeluaran beras tempatan dengan kandungan hancur 15 peratus ( Super 15 peratus ) daripada 11,000 tan metrik kepada 20,000 tan metrik sebulan bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini..
Bla.. bla … bla….bla… bla
Ketika ini kerajaan hanya mengawal harga beras Super 15 peratus iaitu antara RM 16.50 dan RM 17.50 bagi sekampit 10 kilogram manakala harga beras yang lebih berkualiti ditetapkan oleh pasaran.
bla.. bla .. bla
* bla.. bla..bla –> singkatan ayat.. kandungan selanjutnya boleh didapati di utusan online ( sori malas nak buat link)…
Mungkinkah tindakan ini dapat membantu pengurangan harga beras??? Kita tunggu kisah selanjutnya..
12 mei 2008 - Harga beras kekal - * RM1.65-RM1.80 sekilo * Padi dari RM650 ke RM750 setan..
Kuala Lumpur 12 Mei — Ketika kebanyakan negara dunia mengalami kenaikan harga makanan secara mendadak ekoran krisis bekalan, kerajaan hari ini sebaliknya membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Abdullah memberitahu, bagi beras SST lima peratus, harga siling yang ditetapkan ialah RM2.80 sekilogram manakala harga siling SST 10 peratus ialah RM2.70 sekilogram.
Petikan utusan.
Kedua-dua harga siling itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.
Adakah ianya membantu??? Kita tunggu lagi berita terbaru
Kuala Lumpur 13 - Mei 2008
Sesuap nasi disubsidi - Kerajaan belanja RM2.2 bilion setahun kawal harga beras
Setiap suap nasi yang dimakan oleh rakyat Malaysia disubsidi oleh kerajaan dan nilai subsidi itu kini melonjak sehingga RM2.2 bilion setahun.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM923 juta setahun untuk subsidi baja padi, subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif pengeluaran benih padi.
Ini bermakna setiap seorang daripada 140,000 pesawah di Malaysia menerima subsidi dan insentif sebanyak RM2,656 bagi sehektar tanah sawah yang mereka usahakan.
Baru-baru ini, apabila para pesawah merungut input pertanian telah semakin mahal, kerajaan memperuntukkan dana tambahan RM549 juta untuk subsidi infrastruktur, penyuburan tanah dan racun rumpai.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, subsidi untuk beras kini bukan setakat diberi kepada pesawah, tetapi turut dinikmati secara langsung oleh berjuta-juta pengguna di Malaysia.
bla.. bla .. bla
Berita selanjutnya di utusan
Wah banyaknya subsidi yang diberikan oleh Kerajaan tetapi kenapa harga beras murah masih sukar diperolehi???Wallahualam
…………………………….
ISIS - 14 Mei 2008
Rakyat disaran memakan keledek dan kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji kerana ia boleh mengurangkan penggunaan beras yang harga semakin naik.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berkata pengambilan ubi bagi menggantikan beras dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.
Berita penuh di Malaysiakini
Wah bestnya cadangan dari orang bijak pandai.. Adakah mereka akan melaksanakan apa yang dikata???
Tags: beras mahal, beras naik harga
Posted in kehidupan, pertanian |
5 Comments to “Beras oh beras … Beras makin mahal”










May 8th, 2008 at 7:36 am
btul2.cian org miskin.erm klu nk tuka cara mkn rasanya pyh la.dah makana ruji kite. klu nk makan roti,alik2 kene cari nasik jgk,msti nk nasik jgk pnya kn
May 8th, 2008 at 9:21 am
masa sesuai utk diet…
May 8th, 2008 at 6:02 pm
bajet nak masuk elektrik? rumah ko xde letrik lg ke Zool? he he
May 9th, 2008 at 12:08 am
nuur –> betul tu. kesian orang miskin dan berpendapatan rendah.. kita yang sederhana ni pun terasa gak impaknya..

kumb@ng –> diet oh diet… memang sesuai…
mohd ismail –> aa.. umah pakai lilin je.. huhuhuhu.. rumah aku yang dibeli … skg ni menumpang di rumah mak bapak aku lagi..
May 15th, 2008 at 8:56 am
bro..thanx sbb komen kt blog aku. harga beras makin naik. mcm mn? kau sanggup ke mkn ubi dan keledek setiap hari sebagai menggantikan beras? aku tak sanggup sbb aku hidup dgn nasi sbg mknn ruji. huhuhuhuhu