Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi dan dirindui..
Semoga semuanya dalam keadaan sihat tanpa sebarang penyakit yang melanda…Seperti biasa sebelum mula topik ada sikit mukadimah .. Hari ni agak terkejut kerana terdapat member-member realiti yang telah terjumpa blog ini melalui search engine.. Bangganya.Tahniah kepada mereka yang menjumpai blog yang tak seberapanya ini…
![]()
Cukuplah tu mengangkat diri..
Hari ini saya membicarakan sebuah topik yang terlalu santai.. Almaklumlah setelah merajuk dan takut apakata kita rehat-rehatkan minda dengan berangan..
He he he.. Pernahkah anda berangan ingin jadi kaya?? Jadi kaya dengan memiliki wang berjuta, rumah banglo bersepah, kereta bertimbun dan lain-lain anggan-anggan kaya..
Mungkin ramai yang pernah berhadapan dengan situasi ini tetapi apakah ada tindakan yang dilakukan??? Hm.. Kadang-kadang kita berangan hendak jadi kaya sekaya Bill Gates tetapi adakah kita melakukan tindakan selanjutnya..
Hm.. secara jujurnya saya pun sering berangan untuk jadi kaya namun bila difikirkan apakah kekayaan yang dicari ??? Adakah cukup dengan harta yang tak mampu dihabiskan atau kekayaan dari aspek lain yang berbeza??
Sebenarnya berangan untuk jadi kaya tidak salah namun niat dan matlamat itu yang lebih penting.. Jika anda ingin menjadi kaya semata-mata untuk berbelanja sepuas hatinya maka barang-baranglah yang akan anda dapat..
Ianya bergantung kepada sejauh mana anda mengejar angan-angan tersebut.. Ada yang kuat berangan namun tidak menggunakan angan tersebut untuk mendapat sesuatu..
Apa pendapat anda semua?? Adakah anda sering berangan untuk jadi kaya?? Atau anda ingin memakan roti bercampur dengan kaya ketika ini?? Eh buat lawak bijaksana pula si Zool ni..
Saya rasa cukuplah setakat ini.. Tengah syok layan lagu Exist… Huhuhuhu
p/s :- Saya sedang merancang untuk buat satu blog wallpaper pemain bolasepak EPL, Kalau ada sesiapa yang memiliki wallpaper samada dibuat sendiri atau dicuri boleh emel ke zzarizi@yahoo.com dengan meletakkan subject :- eplwallpaper..
Itu pun jika ada yang sudi..
RSS Feed
Twitter



November 27th, 2007
zool
Posted in
Tags: 


ya zool, berangan2 saje memang tidak cukup. Perlu ada tindakan seterusnya.
Untuk menjadi kaya, perlu ada langkah pertama, kedua, ketiga dan sehinggalah ke penamatnya (berjaya). Namun, tidak ramai yang mampu untuk memulakan langkah pertama kerana takut (risiko, kutuk).
apabila sudah melangkah, kenalah teruskan dan tidak boleh berhenti. Bagaimana mahu menjadi kaya kalau berhenti di tengah jalan atau berpatah balik…
Just pendapat.
p/s : idea menarik wallpaper tu.. kalau ada nnt saya bagi..
Reply
zool, pekabar? Lama tak jenguk blog nih. Menarik topik nih, sapa tak nak kaya kan. Ada macam2 kaya, kaya anak, kaya budibahasa, kaya duit dan harta(itu yg semua org nk) kaya pahala (ni susah sikit nk dapat)
Reply
Salam zool.
Kaya ? Kaya ni ada pelbagai jenis . Ktom setuju dgn pendapat zaki tu. Kaya mana satu yang menjadi pilihan. Tentang berangan ni rasanya DikMal dan Shueqry boleh bagi pendapat yang bernas. Pada Ktom hidup ini biarlah bersederhana dalam segala hal. Kaya nak jugak. Sapa tak mahu kaya bukan? Namun kaya kasih sayang dan kaya senyuman tu yg Ktom ada…hahahhaha
Reply
Berangan adalah sesuatu yang indah dan rasanya tidak ada manusia yang berangankan perkara yg buruk..
Jika diambil contoh untuk diri saya sendiri…telah banyak apa yang saya angankan berjaya.
sejarah anganku…nak moto,nak kete,nak kahwin,nak anak 5,nak beli umah..Alhamdulillah,semua dah dimakbulkan. Cuma angan terbaru nak personal income 5 figure jer yang belum dikecapi
Reply