Berakhir era Kodak

Kodak bankrupt

Adakah anda pernah menggunakan Kodak? Kalau anda pengguna kamera era sebelum wujudnya kamera digital pasti akan kenal dengan kotak filem yang digunakan sedikit masa dahulu. Ia sering dibeli untuk dipasang pada kamera era tersebut bagi merakam kenangan terindah. Bila sebut nak beli filem untuk kamera je, kita akan menyebut Kodak walaupun jenamanya adalah dari FujiFilm atau sebagainya. Tapi nampaknya era syarikat Kodak dalam industri pembikinan kamera dan juga filem akan berakhir apabila syarikat tersebut telah memfailkan bangkrup di US.
Kodak bankrupt

Di artikel ini saya ingin mengimbas kembali kenangan ketika zaman era kamera menggunakan kotak filem tersebut. Antaranya ialah :-

Antara kamera terawal yang saya beli adalah jenama ‘Yashica’ (mungkin dah mati juga syarikat ni) dengan harga sekitar RM100 lebih (dah tak ingat berapa lebihnya). Duit tu saya kumpul hasil dari terimaan duit raya dan juga guna sikit duit biasiswa. Memang agak gembira bila ada kamera tu. Tapi tak selalu guna, almaklumlah masa dulu kena beli kodak jenama Fuji yang berharga sekitar RM10.00 untuk 24 filem. Itu belum lagi kira kos cuci yang mencecah RM0.20 sekeping gambar. Memang kos agak tinggi dan perlu berhati-hati bila nak ambil gambar..
** Kos yang dinyatakan adalah agak-agak. Mungkin betul mungkin salah **

Gambar yang diambil pula tu kena letak elok-elok dalam buku album. Kalau gambar tu lama dalam buku album ia boleh melekat dan merosakkannya. Memang kena selalu tengok bagi memastikan gambar tak rosak.

Ingat lagi masa gambar-gambar dirakan. Dari 24 filem tu kebarangkalian untuk jadi adalah sekitar 16-18 sahaja. Yang selebihnya tu banyak tak jadi.

Selain kejadian itu, kaedah memasukkan filem merupakan sesuatu yang sukar. Ini kerana ia agak sensitif pada cahaya. Ada beberapa kali juga berlaku kesilapan terbuka ketika filem belum digulung dan akibatnya memang takdelah gambar untuk disaksikan.

Ada juga kes yang lebih teruk apabila bawa kamera tapi filem tak masukkan. Ambil gambar bukan main lagi tapi bila tengok, lah takde filem rupanya. Memang buat penat terutama bila ikut rombongan.

Sekarang ni dengan era kamera digital , filem kamera semakin dilupakan. Dengan hilangnya Kodak pasti filem kamera akan pupus. Sekarang ni pelbagai teknologi yang memudahkan pengguna. Bukan hanya bergantung kepada kamera biasa, handphone, tablet dan pelbagai gajet boleh digunakan untuk mengambil gambar yang baik.

Bagaimana pula dengan anda? Ada pengalaman menggunakan kamera filem di masa dulu? Ceritalah sikit kenangan kalau ada.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

12 thoughts on “Berakhir era Kodak

  1. dulu-dulu tak boleh elak guna filem kodak atau fuji. memang kosnya mahal terutamanya bila nak cuci…kelebihannya kalau ambil gambar majlis ke, boleh cuci semula dan jual…

  2. Actually bankrupt kat US berbeza dgn kat Malaysia. Ia lebih kpd protection dan banyak company yg bangkit selepas bankrupt ini. As for filem kodak, sapa yg tak rindu dgn filem warna oren tu. Popular giler zaman dulu. Tapi kalau silap tembak gambo, sure ada yg berleter sbb rugi sekeping. Zaman digital ni main balun jer. Kalau tak suka tekan ‘del’ jer.

    1. yup.. ada yang bangkit dan ada juga yang tak bangkit2..
      kodak cuba bangkit tapi dalam bidang yang tidak melibatkan kamera….

  3. Saya memang tak pernah guna camera yg pakai filem ni. Gambar dulu-dulu zaman sekolah pun ehsan kengkawan.

    Dah ada digital camera, tapi bila ambik gambar biasanya gambar tu tak kekal. Simpan dalam PC lepas tu terdelete. Sesia je. Ada baiknya juga pakai filem ni. Lepas ambik gambar terus cuci. Digital ni malas sikit nak cuci.

Leave a Reply