Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Saya merupakan pengguna Avira Antivirus dan hanya menggunakan yang percuma sahaja. Biasa PC online sering sahaja keluar pop up tentang iklan Avira Antivirus Premium 2013. Dengan sedikit duit lebih yang ada, saya terfikir untuk mencuba membeli Avira Antivirus Premium 2013. Lagipun harga tawaran promosi cuma RM 51.80 (harga biasa RM74.00) dan tak salah rasanya ingin mencubanya ditambah dengan virus-virus yang semakin bertambah. Pastinya edisi percuma memiliki fungsi terhad berbanding premium.
avira-premium3
Pembelian Antivirus Avira

Pembelian antivirus tersebut menggunakan ‘Visa’ kerana tiada pilihan untuk menggunakan transfer bank. Itupun saya menggunakan kad debit Maybank yang mempunyai Visa. Selepas selesai transaksi pembayaran saya mendapat no kod produk .Selepas itu saya dikehendaki ‘download’ antivirus Avira Premium 2013. Selepas je selesai proses download, terus ke proses ‘setup’ antivirus tersebut dan sampai disatu modul saya dikehendaki memasukkan kod.
avira-premium
Antivirus Avira Premium yang sah telah gah di dalam PC.

Alhamdulillah kod yang diberikan berjaya ditempuhi tanpa sebarang masalah dan seterusnya saya berjaya memiliki antivirus Avira Premium secara sah. Yelah, biasanya guna antivirus percuma je.. Kalau guna yang premium pun guna crack dan secara tidak sah. Harap-harap dengan penggunaan antivirus yang sah ini akan mengukuhkan lagi ‘sekuriti’ PC dari gangguan virus dan penceroboh.. Insyallah..
avira-premium2
Pengesahan yang pembelian telah diterima.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda menggunakan antivirus percuma, haram atau sah?

Sekian

p/s :- Ini merupakan kali pertama saya membeli kod bagi sebarang perisian sah (selain dari MS Windows 8 sebelum ni).