Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Belangsukawa Anuar Abu Bakar

Sebentar tadi, Ligakampung.com mendapat maklumat bahawa bekas penyerang bola sepak Malaysia dan juga pemain lagenda Johor dan Selangor, Anuar Abu Bakar telah kembali kepada penciptaNya.
Beliau yang baru berusia 47 tahun itu disahkan mengidap penyakit kanser hati tahap empat baru-baru ini. Arwah Anuar Abu Bakar ini terkenal dengan gelaran super sub dimana sering melakukan jaringan-jaringan pada saat akhir ketika dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dalam satu kenyataan oleh SelangorKini anak kelahiran Muar, Johor ini telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 9.30 malam di Hospital Shah Alam.
Selain membantu pasukan Selangor dan Johor, beliau juga pernah menyarung jersi Pulau Pinang dan Kelantan serta mewakili Malaysia ke Kejohnan Piala Kemerdekaan (1995), Sukan SEA di Thailand (1996) dan Kejohanan Piala Tiger di Singapura (1996).

Salam takziah buat keluar Anuar Abu Bakar dari kami di Ligakampung.com. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.