Belajar tentang Keluaran Dalam Negeri Kasar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mungkin ada diantara anda yang mengaru kepala walaupun tak gatal sebab tiba-tiba je si Zool nak bercerita tentan Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) sedangkan beliau ni bukan pandai sangat hal-hal ekonomi. Nak kira ibu jari kaki pun kena guna kalkulator, inikan pula nak berbicara mengenai ekonomi plak..

Sebenarnya pada hari ini saya telah pergi ke bengkel KDNK di Jabatan Perangkaan Malaysia , di Wisma Minlon..Memang agak sukar mencari kawasan terbabit.. Sesat dibuatnya.. Almaklumlah si Zool memang tak pandai jalan-jalan di Kolumpo ni.. Kalau Jasin tu handalla juga.. Namun atas bantuan dariNya dan usaha-usaha yang tidak berputus asa, akhirnya driver berjaya menjejaki wisma yang agak berhampiran dengan Universiti Putra Malaysia ni..

Okay, sebenarnya saya dan pegawai menghadiri bengkel ini kerana kami akan ditugaskan untuk membantu Perangkaan dalam menilai KDNK negeri Melaka bagi sektor perumahan. Memang pening, malahan selepas tamat bengkel yang hanya sekitar 1 jam setengah masih blur lagi.. Malahan hadirin pun kurang berpuas hati.. Almaklumlah input-input yang diterima belum membantu kami untuk melakukan penilaian.. Bukan senang tau..

Kiraan KDNK ini penting terutamanya bagi menilai kelayakan negeri Melaka untuk mencapai status Melaka Maju 2010. Dengan indikator yang telah ditetapkan, sesuatu pencapaian mesti mencapai sasaran indikator tersebut..

Tengok sikit info KDNK ni.. Mungkin saya dapat memahami lebih lepas baca info-info ni

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi negeri. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negeri pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negari pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):

KDNK = penggunaan (consumption atau “C”) + pelaburan kasar (gross investment atau “I”) + perbelanjaan awam (government spending atau “G”) + (eksport atau “X” ? import atau “M”), atau,
KDNK = C + I + G + (X-M)

Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.

KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):

KDNK = sewa + upah + bunga +keuntungan

Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.

Sumber dicopy paste :- Wikipedia.

Faham tak?? Huhuhuhuhu.. Saya masih tak faham lagi ni..Kena study lagi ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1708
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Belajar tentang Keluaran Dalam Negeri Kasar”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    x paham la. hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Memang tak paham pun..
    Tapi masa aku belajar tadi ada kaedah mudah..
    tapi tinggal kat opis. tak dapat nak tulis plak

    Reply

  2. uzairNo Gravatar says:

    Aku faham..heheh..ni dah belajar dulu kat u masa amik paper ekonomi.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    OO ko ada amik paper ekonomi ek.
    suruh Datuk Zainal ambil ko tolong kirakan KDNK untuk IAPG.. senang citer…

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    ni memang ilmu ekonomi ni.. erm..KDNK kan..negeri mlk ok ke?

    Reply

  4. haritzNo Gravatar says:

    poning pakcik zool … muahahahaha

    Reply

  5. zinoNo Gravatar says:

    ingat tadi nak bagi sharahan pasal KDNK..

    Reply

  6. yanNo Gravatar says:

    KDNK ni adalah nilai barang akhir dan perkhidmatan oleh sesbuah negara yang dihasilkan dalam sesebuah negara termasuklah yang dihasilkan oleh orang asing yang invest kat negara kita. ianya dikira samada melalui factor cost atau market price. ada formula nak kira. kalau ikut kaedah perbelanjaan, (C,I,G,X,M), akan dimasukkan dalam pengiraan ini. untuk dapat kan KNK at market price, KDNK at market price kena tolak dengan net income from abroad. pastu kena tolak indirect taxe and campur subsidies, pastu bla bla bla.. panjang nye nak citer.. hari ni ngajar masuk topik ni.. huhuhu…

    Reply

    Amin007No Gravatar Reply:

    kurang faham sikit pasal kdnk ni laa.
    tapi boleh ker keluarkan untuk setiap negeri???

    Reply

Leave a Reply