Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mesti ramai pembaca semua telah mengetahui tentang penternakan cacing yang kini makin giat dipromosikan di media masa. Hari ini saya melawat satu lagi tempat penternakan cacing di Melaka.. Jika sebelum ini saya telah melawat di Tehel kepunyaan Zaws.Agro kali ini saya ke Paya Rumput pula untuk mendapatkan sedikit ilmu dari Azam Agrotech mengenai persediaan asas yang diperlukan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini.
Nampaknya melalui lawatan saya ke sini nampaknya banyak perkara baru yang dipelajari.. Jika sebelum ini saya hanya menjangkakan bahawa penternakan ini hanya dilaksanakan dalam rak-rak kayu tapi penguasaha memaklumkan bahawa ianya juga boleh dilakukan dalam bekas plastik. Ala bekas plastik nak basuh baju tu pun boleh.. Memang agak terkejut lebih-lebih lagi beliau memaklumkan ada pengusaha kecil-kecilan yang menggunakan laci sebagai medium untuk penternakan.. Selain itu pertanyaan-pertanyaan saya yang lain ialah :-
1. Berapa lama untuk dibiakkan ? –> Dalam jangkawaktu 6 bulan dia akan meningkat hingga 6-10 kali ganda.. Sebagai contoh jika anda menternak 1 kg cacing dalam tempoh 6 bulan jumlah akan meningkat sehingga mencecah 6-10 kg..( di tambah dengan berat cacing dan penambahan anak-anak)
2. Pemakanan?–> Makanan yang biasa digunakan ialah adunan tinja kambing dan habuk papan.. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa pengusaha yang menggunakan makanan seperti sisa organik yang lain.. Malahan saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan bahawa sisa makanan seperti nasi juga boleh digunakan (perlu di’blender’ terlebih dahulu).. Dan cacing ni kuat makan iaitu bagi 1 kg cacing akan makan 1 kg dalam sehari.. Pergh gila kuat melantak
3.Kadar kematian –> kadar kematian agak kurang.. Hanya 1 % sahaja.. Tetapi perlu berjaga-jaga dengan musuh cacing iaitu semut, tikus, burung , hama..
4. Potensi –> Potensi bukanlah setakat pada penjualan cacing tetapi berkait rapat dengan penghasilan baja kompos. Baja kompos atau organik merupakan baja yang terhindar dari kimia dan lebih baik untuk tanaman.. Jadi prospek baja ini memang luas di pasaran.
5. Medium dan Tempat –> Seperti yang dimaklumkan sebelum ini cacing tidak terlalu ditekankan dari segi bekas sebaliknya kelembapan kawasan pembiakan terbabit. Keadaan medium perlu sentiasa dijaga bagi memastikan ianya tidak kering ..
6. Produk –> Telah banyak produk dihasilkan ( mungkin saya akan cari di internet) antaranya makanan ayam (dalam bentuk palet), perubatan, kosmetik, minyak rambut.. He he he.. mesti ada yang akan terfikir dua tiga kali nak pakai kosmetik selepas nie..
Okay rasanya cukup setakat ini… Mungkin jika ilmu bertambah akan saya kongsikan lagi..
Di bawah ini gambar saya di kawasan penternakan (minta maaf gambar teruk sebab pencahayaan kamera rosak.. Tak tau kenapa.. Nak diganti agaknya.. Tapi belum mampu lagi.. Mungkin cari sponsor kot..He he he)


Untuk keterangan lanjut :-
Azam Agrotech Sdn Bhd
Shamsul Anuar bin Munap
H/P :- 013-6316933
No. 6 Lot 20 Jalan Paya Rumput
Ind. Kecil Sederhana
Paya Rumput
76450 Melaka
Emel :- syaam_ins@yahoo.com
p/s : Mesti ada yang bertanya-tanya asik melawat je si Zool ni bila nak buat?? Hm kita tengoklah camne.. APahal pun ‘usaha tangga kejayaan.. Tanpa usaha tak kemana’
Tags: cacing, Melaka, ternak cacing









May 24th, 2008 at 4:33 pm
bila kau nak start projek cacing kau sendiri zool?
[Reply]
May 24th, 2008 at 9:22 pm
Assalamualiakum w.b.t bro.Ha’ah bila nak start projek cacing ni.Tak sabar aku jadi pekongsi lelap sik sign bg lulus tabung ekonomi belia kpd para belia je peg belia cam aku pun nak jugak rase hasil side income titik peluh sendiri.Barule bleh criter ngan belia kat tompek aku mane tau bleh bantu belia pontian bukak ladang cacing pertama di Johor.Modal?Jgn sesegan,bagitu beraper?Aku support dulu takper.Ape gune sahabat kalu tak dibantu.Mudah-mudahan berjaye.Amin.
[Reply]
May 25th, 2008 at 12:54 am
hehe awk2 cam best je.. awk bile nk start ternak ni? nanti syia boleh tgk ladang ternak awk je
[Reply]
May 25th, 2008 at 2:00 am
azwan, CD PEG BELIA, syia–> insyaallah minggu depan start. . tapi sikit2 dulu.. dlm sekilo.. buat kat umah dulu.. kalau sukses satu bilik akan dijadikan reban..
syia, jgn terperanjat nanti tgk ladang saya.. buat kat taman perumahan je nanti..
CD PEG Belia –> nanti aku sukses baru leh jadi rakan kongsi.. aku bukan apa.. kang tak berapa untung bergaduh plak sesama kita.. kita kawan sikit punya lama… risau woo… duit punya pasal.. biar aku buat dulu..
[Reply]
May 25th, 2008 at 2:00 am
saya nak tanya harga cacing berapa 1 kg. kalau kita menternak cacing sebanyak 10 kg dlm masa 6 bulan barapa banyak baja yang kita dapat? saya baca dlm semua artikel asyaik jual cacing je, tak de ke yang nak beli cacing selepas itu orang itu menternak
[Reply]
May 25th, 2008 at 2:05 am
jebat –> sehingga hari ni 25.5.08 harganya di Melaka sekitar RM450 ( bergantung kepada kawasan ).. Saya dimaklumkan ada sesetengah tempat lebih dari RM500.. anda boleh jual kembali cacing tersebut kepada penternak asal tetapi harganya tidak akan mencapai harga pasaran.. kemungkinan penternak asal akan mengambil cacing anda dalam harga yang lebih murah dari itu.. Anda boleh berbincang dengan mereka..
[Reply]
May 26th, 2008 at 3:31 am
waaa, bagus bro,makin cari maklumat sbnrnya makin byk ilmu kita dapat..:) smoga projek ko ni dapat mula berjalan kejab lagi..amin..
[Reply]
May 26th, 2008 at 3:40 am
salam…
sy pn agak berminat dengan penternakan cacing nih… lg2 mse muda nie la nak try…
tp ilmu xpenuh kat dada lg…
ingat2 kne research lg ler…
ade x kawasan penternakan cacing di kwsn lembah klang nie???
[Reply]
May 26th, 2008 at 6:03 am
acai —> insyaallah acai.. aku mungkin cuba minggu ni… sebab tokei dah try dalam bekas plastik aku pun akan cuba.. Er acai ko juallah cacing murah2 kat aku.. He he he..
bootuck –> tahniah bootuck kerana berminat.. saya tak tau di lembah kelang tapi cadangan saya anda boleh ke banting.. ramai yang buat penternakan cacing kat sana..
[Reply]
May 26th, 2008 at 9:06 am
Err rasanya jiran saya dah mulakan projek ni. sy panggil ia projek gelap sbb rumah cacing tu dia letak jaring kaler hitam. tak tau la betul ke tak.. hahaha
anyway cecepat buat projek ni. kalau lelama nanti ramai yg dah buat nanti rege jatuh, tak besh.. heheh
[Reply]
May 26th, 2008 at 11:48 am
t.a.t.a –> insyaallah minggu nie akan start.. buat kecil-kecilan dulu……
betul tu kalau lambat nanti harga jatuh…
[Reply]
May 26th, 2008 at 1:56 pm
saya berminat untuk membuat perusahaan penternakan cacing,sy ingin mengetahui dimanakah sy blh memasarkan cacing berkenaan??brpakah hrga jualan per kg yg biasa ditawarkan??brpkh harga belian benih (anak cacing)??
[Reply]
cacingman Reply:
December 19th, 2008 at 9:15 am
kepada badaruddin adam, saya sedia membekalkan dengan harga yang rendah. sila dail no 013 9948445.
[Reply]
May 26th, 2008 at 3:18 pm
badaruddin –>berkenaan pemasaran cacing sebenarnya bagi memudahkan anda.. anda boleh memasarkan kembali cacing di tempat anda membeli induk.. harganya akan menjadi murah sekita RM100++.. harga belian benih cacing setakat bulan Mei di Melaka adalah dlm lingkungan RM450++.. Mungkin anda akan terkejut dan rasa cam tak berbaloi.. yelah beli RM450 lepas tu jual RM100.. Jangan terperanjat.. sebenarnya kadar pembiakan cacing ni memang tinggi (rujuk artikel di atas)..
Lagi satu, penternakan cacing bukanlah tertumpu pada penjualan cacing semata2.. sebenarnya yang lebih perlu diberi perhatian ialah penghasilan baja kompos..
Insyaallah saya akan berkongsi ilmu lagi lepas ini,..
tengok clip dari majalah 3
[Reply]
May 27th, 2008 at 9:11 am
siape ade proposal untuk ternak cacing?
[Reply]
May 27th, 2008 at 11:31 am
oo nak proposal untuk ternak cacing ye?? Nanti saya cuba surveykan.. Tapi rasanya elok kalau awak cuba tgk2 kat Pertanian ..
Mesti diorang ada idea.. Lagi satu proposal untuk dapat pinjaman ker??
[Reply]
May 27th, 2008 at 5:19 pm
nak cacing! wat umpan mancing huhu (free la ek.nati sy bagi ikan tu
)
[Reply]
May 28th, 2008 at 3:57 am
ko dah nak menternak cacing ke…nak jadi mcm acai? hehhe
[Reply]
May 30th, 2008 at 12:31 pm
eBook Panduan Asas Ternakan Cacing Tanah
Bagi yang baru hendak menceburi bidang ternakan cacing, anda haruslah mendalami ilmu sedalam-dalamnya. Anda perlu mengetahui karenah dan ragam kehidupan cacing serta lain-lain lagi. Saya menawarkan nota panduan ternakan cacing yang mungkin amat berguna untuk anda. Nota ini hanya berharga RM10 sahaja. bagi yang berminat, bolehlah emel kepada istanactawan@yahoo.com atau SMS ke 013-6108551
Untuk Lanjut, layari :
http://jutawancacinglintah.mul.....nal/item/3
http://jutawancacinglintah.multiply.com
http://jutawancacinglintah.mul.....nal/item/3
http://jutawancacinglintah.multiply.com
[Reply]
May 31st, 2008 at 12:25 pm
Salam, jika dari melaka atau sempadan boleh lah berhubung dengan saya jika ingin menceburkan diri dalam bidang vermiculture. Saya ada menjual induk sehingga 100kg ke atas dan boleh memberi khidmat nasihat, insyaAllah. Shamsul 0136316933 / bob 0126773768 ~Azam Agrotech Sdn bhd
[Reply]
May 31st, 2008 at 1:47 pm
ika –> boleh datang jasin, melaka beritau saya..
chot –> ye nak lawan acai ..
mustafa –> tq kerana singgah..
AZAM Agrotech –> tahniah kerana akhirnya singgah di blog saya..
[Reply]
June 7th, 2008 at 7:51 am
assalamualaikum..tumpang tanye sikit la yer..bpe lame pulak mase yang diambil untuk terjadinye baje kompos 2..?
[Reply]
June 23rd, 2008 at 2:27 pm
1stly kau abang salah tulis media massa….abang gi tulis media masa….ader double s laaa
cacing nih sesuai letak kat bekas camner??tanah aper??
hantar kat emel saya plzzz
[Reply]
June 23rd, 2008 at 3:04 pm
bob palong –> kalau nak ikut 100% memang susah tapi kita buat teori di mana 1 kg cacing akan makan 0.5kg ( dalam topik ni saya tulis 1 kg cacing - 1 kg makanan ).. tapi berdasarkan pengetahuan baru lebih elok target camni..
f2k92 –> wah cukup teliti sungguh.. bagus2 untuk post ni saya tak ubah.. akan datang baru ubah.. bekas dia sesuai dalam kayu tingkat.. tapi alternatif lain pun boleh .. saya guna besen je.. idup je.. makan pun syok je cacing ni.. cacing ni sesuai duduk dalam media2 dan bukan dalam tanah sebab jika bercampur tanah kualiti baja akan terganggu..selalu melawat blog ini untuk maklumat terbaru
[Reply]
June 26th, 2008 at 5:22 pm
kat kuantan klu nak jual cacing kat supplyer kat ne erk?
[Reply]
June 27th, 2008 at 6:21 am
iwan –> Alamak tak tahu plak saya kat mana.. takpe nanti saya cuba carikkan
[Reply]
July 1st, 2008 at 3:31 am
asalamualaikum bro..
kalo kawan nak bele, nak wat byak2 ke nak wat kecik2 je? pastu nk jual kt ne? kwn nk duk kampung ni..
[Reply]
July 1st, 2008 at 1:36 pm
kt area temerloh phg ada ke pasaran cacing
[Reply]
July 8th, 2008 at 3:07 pm
Saya tinggal kat Nilai, N.Sembilan. Saya ada jual makanan cacing. Boleh contact saya, iman - 0132931973
[Reply]
July 11th, 2008 at 6:40 am
saya berminat utk menternak cacing… boleh bagi tau bagaimana cara2nye…
[Reply]
amirul Reply:
December 19th, 2008 at 10:55 am
saya sedia membekalkan induk cacing.
hubungi saya 0139948445
lumbricus- 230/kg
night crawler- 330/kg
[Reply]
July 12th, 2008 at 1:47 am
hyrul –> buat kecil2 dulu sebagai permulaan.. seeloknya buat ia sebagai part time sebab cacing ni tak perlu dikawal selalu.. ada banyak cara nak jual cacing, jual pada orang baru, guna contract farming concept, jual pada kilang-kilang.. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi jabatan pertanian berhampiran.. Insyaallah mereka akan membantu..
nazrul –> saya tak pasti pula.. tapi kalau pasaran baja memang ada kat mana2 pun..
iman –> wah ramai promote letak iklan nampak.. nie nak kena bayar nanti…
ajira –> saya cadangkan anda berjumpa Jabatan Pertanian.. Mereka boleh memberi khidmat nasihat…. Untung2 boleh dapat sikit cacing.. :0
[Reply]
July 12th, 2008 at 3:44 pm
hmm…baru terdedah ngan penternakan cacing ni..2 pon sbb ayah mcm berminat..anak2 pon ditariknya skali…uwa…bile baca2 ttg penternkn ni, mcm byknye benda yg nk kne buat/blajar…first2, ape yg nk kne buat ek?(byk sgt benda kne buat smpi x tau nk buat ape dl…)
[Reply]
July 17th, 2008 at 9:31 am
Assalammualaikum… disni ade x sesiapa yg berminat untuk membli baja cacing? boleh cal sy di 0122636280
[Reply]
July 25th, 2008 at 9:54 am
assslamulaikum…kepada yg berminat menternak cacing di rumah boleh mnghubungi saya..saya kaedah tuk mnternak di dlm rumah,dn kursus akn di beri percuma,saya juga mmbeli baja rm2.50 1 kilo..dn say mmbuat makan cacing(medium)rm1.50 sekilo… hubungi syed-0176691867
[Reply]
July 27th, 2008 at 1:23 pm
Hallo zul.
Bagaimana dengan pasaran cacing ne. Adakah sekarang terdapat syarikat2 besar yang inginkan produk cacing ini untuk dikomersial kan. Boleh tolong jelaskan.
terima kasih.
[Reply]
August 5th, 2008 at 4:40 am
hallo bro,
Kalau dah simpan cacing nak jual kat peraih mana , banyak survey market tapi tak banyak orang nak beli baja dan cacing kerana harga mahal,ada supplier cacing yang nak beli ke cacing - cacing yang sudah dibela.?
[Reply]
September 8th, 2008 at 12:03 pm
Hi, Assalamualaikum,
Kami di Active Agro Enterprise ada menjual Cacing Merah (Lumbricus Rubellus), Cacing Harimau (Eisenia Fetida) dan baja organik.
Harga tawaran kami untuk cacing adalah RM300/kg. Kami bersedia untuk berunding tentang harga dan kos penghantaran ke tempat anda.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di activeagroenterprise@gmail.com. Kami akan menghubungi anda.
Terima Kasih.
[Reply]
September 11th, 2008 at 9:12 am
saya tinggal di nilai. saya ada jual makanan cacing pada kadar harga yang amat berpatutan. saya juga menjual baja cacing yang murah. call saya 013-2931973
[Reply]
September 11th, 2008 at 9:15 am
zenoid agro, awak nak beli baja cacing ke?
[Reply]
September 25th, 2008 at 8:34 am
saya berminat untuk memulakan perniagaan ternakan cacing tanah? adakah ia perlu tempat yg besar? kos untuk permulaan lebih kurang berapa ya?
[Reply]
October 9th, 2008 at 12:53 pm
Assalamualaikum…
saya berminat untuk join ternak cacing.. tapi x tau nak mula camna.. kalau boleh tlg bgi panduan @ garis panduan cara untuk mulakan ternak cacing…tq
[Reply]
November 5th, 2008 at 8:39 am
saya nak menternak cacing.dimana nak dapat benih dan berapa harga dalam pasaran.siapa nak beli
[Reply]