Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Lama tertangguh nak tulis pasal belajar perkataan kampung dan hari ni bersambung lagi. Sedar tak sedar dah 7 entri berkenaan perkataan kampung telah ditulis. Boleh dijadikan rujukan di masa hadapan nanti. Untuk entri kali ini 4 perkataan dipilih iaitu :-
1. Kahau (ejaan tak tau betul atau salah) .. Ini bahasa yang digunakan bagi merujuk individu atau kelompok manusia yang agak kasar bahasanya. Biasalah, orang Melaka banyak yang mempunyai percakapan yang agak kasar (kecuali si ZOol..
). Contoh ayat ‘ Pakcik tu kahau betul. Bila bercakap mesti jerit-jerit macam nak bergaduh je’.
2. Selet (pun tak pasti ejaannya).. Ini merupakan aktiviti menyentuh ke tempat yang lain. SUsah nak terangkan dengan ayat.. Contoh ayat ‘ Pengotor betul Sam tu, dah lepas korek hidung dia selet kat baju dia.. ‘.. Nampak kan kegunaannya??
3. Leweh. Ini merujuk kepada perbuatan cam yang menunjukkan individu yang tak berapa semangat. Contoh ayat ‘ Kau biar betul ?Si Zool tu ke?. Budak tu dah le selekeh. Cakap pun tak berapa nak dengar. Lelaki leweh camtu sanggup kau terima sebagai menantu? ‘
* Perkataan leweh ni mungkin juga merujuk dengan cara berpakaian dan cakap. Bergantung kepada situasi.
4. Babap.. Perkataan ini baru sahaja diingati semula di facebook setelah membaca wall rakan-rakan. Almaklumlah kat rumah ni takde budak kecil. Jadi perkataan sebegitu memang jarang digunakan. Eh apa kena mengena dengan budak kecil?? Okay, perkataan ini biasa digunakan bagi mengacah untuk memukul budak kecil. Contoh ayat ‘Iman, kenapa makan kuih karipap tadi. Tak puasa ek?? Abah babap kang’.
Okay cukup untuk pelajaran hari ni. Kalau salah dalam maksudnya, mungkin anda boleh perbetulkan. Sekian..



