Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kembali semula dengan entri belajar perkataan kampung. Sedar tak sedar dah edisi ke 6. Kali ini si Zool berkongsi dengan beberapa perkataan lagi iaitu :-
1. Loq tang (ejaan tak tau betul ke salah). Ini biasa digunakan untuk budak-budak kecil. Tak pasti samada tempat lain ada guna atau tidak. Ianya bermaksud mudah marah atau panas baran. Contoh ayat ‘ Ana tu tak boleh susah sikit. Asyik loq tang je sampai semua barang disepahkan’.
2. Memupus. Ini perkataan yang agak baru bagi si Zool. Diceduk dari boss. Perkataan ini membawa makna terlalu susah/sukar. Contoh ayat ‘ Banyak gile boss bagi aku keje. Lepas tu nak siap besok plak tu. Memupus nyawa cam ni”.
3. Rewang. Biasanya perkataan ini digunakan dalam majlis orang kahwin yang membawa maksud aktiviti tolong menolong di rumah orang kahwin. Biasanya ia dilakukan pada malam sebelum majlis. Tapi ada juga penggunaan lain iaitu merayau tak tentu arah. Contoh ‘ Si Jamil tu tak boleh duduk rumah. Entah mana dia pegi merewang ntah’.
Okay cukuplah untuk entri kali ini. Dah blur nak cari perkataan lain ni.. Insyaallah kalau ada kesempatan akan dikongsikan perkataan lain..
Sekian.
RSS Feed
Twitter



July 13th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


zaazz…waa..perkataan baru ne..rewang je yg penah dgr..thanx 4 dat info..
Reply
emm..rewang tu bukan org jawanya word ker?
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2010 at 01:12
tak pasti le plak.. tapi org kampung sini pun ada guna gak.. tak kisah le kan
Reply
aku dah lama tak update blog..bnyk gile benda nak kena buat ni..memupus le nyawa aku cam ni..haha
betul ke?
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2010 at 18:18
pergh pandai la ko.. ko budak melaka ke??
Reply
yg no 3 tu selalu dgr, yg no 1 dan 2, tak pernah dgr hehe
Reply
zool
Reply:
July 14th, 2010 at 22:58
yang no 3 tu memang selalu. tu pun sebab aku dah tak jumpa lain2 perkataan lagi.. huhuhuhuhu
Reply
jamil mana plak yg ko bagi contoh tu?? hahah
Reply