Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Seperti biasa, entri perkataan kampung akan dikongsikan bersama bagi menambahkan lagi ilmu sesama kita. Untuk hari ini berkongsi 3 lagi perkataan kampung iaitu :-
1. Pengkau –> perkataan ini merujuk kepada ketidakbolehan seseorang pada sesuatu aktiviti. Lebih kurang maksud ‘kaki bangku’ tapi ianya lebih merujuk kepada melakukan sesuatu kerja. Contoh ayat ‘ Tangan si Zool tu pengkau la. Suruh buat ketupat pun tak reti-reti lagi’. Boleh faham tak?
2. Tak menuras –> bunyinya cam kertas turas la plak. Tapi ianya mempunyai maksud lebih kurang seperti ‘pengkau’. Contoh ayat ‘ Si Zool ni buat kerja tak siap-siap gak. ‘Tak menuras’ betul’
3. Longkah –> bagi penggemar rambutan mungkin biasa menyebut perkataan ini. Ianya biasa merujuk kepada buah rambutan ( tak pasti kalau ada buah lain guna perkataan ni). Ia merujuk kepada mudahnya isi rambutan untuk berpisah dari bijinya..
Okay, cukuplah pelajaran ringkas kita hari ini. Sekiranya anda mempunyai perkataan kampung yang ingin dikongsikan bersama boleh je beritahu di ruangan hubungi Zool. Insyaallah akan dikongsikan bersama.
RSS Feed
Twitter



June 24th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


versi klate xde ke bro
Reply
zool
Reply:
June 25th, 2010 at 00:44
versi kelate mana la aku tau…
lainle kalau awek org kelate…
Reply