Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kembali lagi dengan perkataan kampung. Nampaknya telah masuk ke siri 13 ( perkataan ‘part’ terpaksa digunakan sebab dah sampai 13. Nak tukar ke perkataan ‘siri’ akan menganggu SEO). Banyak juga perkataan kampung yang telah dikongsikan di blog ni. Mungkin boleh dijadikan rujukan di masa hadapan. Untuk entri kali ini 2 perkataan dipilih iaitu :-
1. Berkutung-kutung . Hehehe.. tak tau la orang lain pernah dengar ke tak perkataan ni, tapi mak selalu sebut. Maksudnya berkerumpun atau ramai yang datang berkumpul. Contoh ayat ‘ Banyaknya lalat kat rumah ni, berkutung-kutung sampai nak makan pun susah.. ‘..
2. Honges – ejaan sebenar tak pasti. Honges ni bermaksud cam mengopek sesuatu benda yang keras. Contoh ayat ‘ Ko honges je tebu tu guna gigi. Tak payah nak pakai pisau lagi’.
Okay cukuplah setakat ini. Sebenarnya perkataan kali ini agak susah. Kalau salah dari segi maksudnya, silalah betulkan ye..
Sekian, terima kasih.
RSS Feed
Twitter



April 10th, 2011
zool
Posted in
Tags: 

