BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Belajar Perkataan Kampung part 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah telah 10 entri berkenaan belajar perkataan kampung ditulis. Diharap akan mampu meneruskan lagi pencarian perkataan-perkataan kampung. Untuk entri kali ini 3 perkataan dipilih iaitu :-

1. Lorat – sebenarnya teringat perkataan ini disebabkan seorang blogger tersilap tulis perkataan ‘loghat’. 2 perkataan yang hampir nak dekat bunyinya tapi membawa makna berbeza. Perkataan loghat merujuk kepada penggunakan bahasa bagi negeri/bangsa dan ianya adalah bahasa formal manakala lorat bahasa kampung biasa yang membawa makna ‘orang yang leceh/ suka menyibuk’. Contoh ayat ‘ Eh kau jangan suka-suka pergi keluar minum waktu kerja ni’ sapa Amira kepada rakan sekerja. ‘ Ah loratlah kau ni. Macam mak nenek. Kau pun baru tadi pergi minum dengan En Razali. Bukan kitorang tak tau’.
2. Peloseh – perkataan ini diberikan oleh Maisyara Biskut Sarkas. Terus terang memang tak pernah dengar perkataan ini. Melalui maklumat yang diberikan oleh beliau, peloseh ini bermakna pemalas dalam bahasa Negeri Sembilan. Nak buat ayat tak berani, takut salah.
3. Korek-korek – Kalau ikut bahasa ‘standard’ mungkin kita menyangka kerja-kerja mengorek lubang hidung. Tapi salah jangkaannya. Perkataan ini membawa makna, saki baki makanan. Contoh ‘ Apsal kau tak makan awal-awal tadi. Dah tinggal korek-korek je lauk tu’ kata ibu kepada Ana Raffali.

Okay cukuplah pelajaran kita hari ni. Arkib perkataan kampung yang pertama untuk tahun 2011. Harap-harap tahun ini akan bertambah arkib ni nanti.
Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :6792

4 thoughts on “Belajar Perkataan Kampung part 10

  1. deCrewzNo Gravatar says:

    jai duduk pahang.. Org kg pahang kalau ikutkan cakapnya langsung xleh nak faham..hu3

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la diorang ada loghat dan slang. cam melaka ni masih boleh difahami. cuma ada perkataan-perkataan yang mungkin asing..

    Reply

  2. Ali ridhaNo Gravatar says:

    ape nak pelik sangat…kekadang tu aku
    nak gelak juga la.haaa…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku plak pelik ngan komen ni.. mana tang pelik? dan mana yang kelakar??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge