Belajar perkataan kampung part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya dah lama nak buat satu topik khusus tentang perkataan kampung. Pernah juga terfikir untuk buat satu blog khas tetapi bila difikirkan dengan masa terhad ditambah dengan komitmen blog lain, rasanya elok di rojakkan sahaja di dalam blog ini. Untuk entri ini saya akan berkongsi 3 perkataan yang memang kampung dan digunakan dalam kehidupan seharian. Mungkin perkataan ini kurang didengari oleh sesetengah penduduk negeri lain. Saya tidak dapat meng’klasifikasi’kan perkataan ini asal dari mana. Tak berani nak mengatakan ianya datang dari Jasin ataupun Melaka. Mungkin juga ia digunakan oleh penduduk Muar atau kawasan sekitarnya. Tapi takpelah sama-sama kita kongsikan :-

1. Pencong – Pernahkah anda dengar perkataan ini? Agak lama tidak mendengar perkataan ini tetiba rakan disebelah mengeluarkan perkataan ini. Pencong adalah memotong kereta dihadapan. Bukan potong pakai gergaji ye tapi mendahului kenderaan di hadapan. Contoh ayat ‘ Zool, cepat pencong kereta di hadapan tu.. Terhegeh-hegeh je..’.
2. Jeran – Bukan jeram, air terjun tapi maksudnya ‘tidak mahu melakukan lagi’. Contoh ayat ‘ Biarkan dia kena denda. Biar jeran dia nak pergi mandi sungai lagi’.
3. Lopak - Ini agak kelakar. Kalau orang negeri lain pasti menyangkakan lubang air. Memang benar, ianya lopak air tetapi ada maksud lain yang digunakan iaitu ‘kotak pensel’ atau orang putihnya ‘pensil box’.

Okay cukuplah setakat ini pelajaran kita hari ini. Kalau ada salah silap sila betulkan. Mungkin akan bertemu lagi dengan perkataan kampung lain yang makin hari hilang ditelan modenisasi bahasa..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :5542
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Belajar perkataan kampung part 1”

  1. hemyNo Gravatar says:

    yg first je aku penah dengar..huhuhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    he hehe.. lain tpt lain perkataannya

    Reply

  2. en_meNo Gravatar says:

    atau orang putihnya ‘pencil box’.. typo teww bro.. ekeke

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye lah.. bukan typo tu.. sebenarnya memang BI lembab tu.. huhuhu

    Reply

Leave a Reply