Belajar perkataan baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tahukah anda tentang bahasa ‘slanga’? Bahasa ‘slanga’ ialah bahasa tidak rasmi yang digunakan dalam komunikasi seharian. Perubahan zaman juga mengubah bahasa ‘slanga’ dari satu generasi ke generasi baru. Kebiasaannya bahasa slanga digunakan dalam komunikasi tidak formal samada dalam pertuturan harian mahupun komunikasi alaf baru ( sms, chating , lain-lain).

Perubahan ini turut dirasai oleh si Zool sendiri. Walaupun telah hampir 3 tahun berkecimpung dalam arena blog, tapi masih mengalami kejutan budaya bila melayan blog, laman sosial terutama bila berkawan dengan rakan virtual yang muda belia. Apa taknya, gaya tutur mereka agak berbeza sehingga kadangkala menyukarkan diri ini untuk berkomunikasi. Walaubagaimanapun agak bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi membantu. Sedikit sebanyak dapat juga mengetahui tentang beberapa perkataan baru.
Antara perkataan baru yang dipelajari ialah :-

1. ‘ Weng-weng a.k.a Weng2.. hahhaha..mungkin tak semua tau tentang perkataan ni.. Tak payah buka Kamus Dewan atau Dewan eja.. Tak perlu juga cari kamus Jawa.. Ia mempunyai maksud ‘ sewel /gila-gila’. Contoh ayat ‘Kepala kau ni memang weng-wenglah’ yang menunjukkan pernyataan bahawa rakannya dalam keadaan yang tidak stabil.. Hohohoho.
2. Bongek.. Tak silap ada tempat bernama ‘ Kg Bongek’ di Negeri Sembilan tapi perkataan yang dimaksudkan ini tiada kaitan dengan tempat terbabit. Lebih kepada perkataan untuk menghina iaitu adik beradik ‘Bongok’.. Er fahamkan…
3. Mencik.. Sebenarnya bukan perkataan baru tapi baru je diketahui beberapa minggu yang lalu.. Punyalah susah nak cari maknanya tapi bila bekas rakan sekuliah memberikan jawapan terasa diri ini seperti katak dalam tempurung.. Rasanya mungkin anda tahu maknanyakan.. Tak tau gak ke?? Okaylah ‘mencik’ adalah berasal dari perkataan ‘benci’ yang disampaikan dalam nada gedik sambil mengoyangkan pinggul.. Ha ha ahaha….
4. Emcip. Bunyinya macam cip komputer tapi sebenarnya bukan..Emcip tu adalah perubahan dari panggilan ‘encik’. Bunyi pelik je.. Apa taknya dari Encik ke Emcip.. Bayangkan kalau dalam Mesyuarat dengan YB-YB tetiba terpanggil Emcip Ahmad, Pengarah Perpustakaan .. Tak ke haru…
5. WTF, WTH.. Ini singkatan perkataan bahasa Inggeris berbentuk makian .. Tak berapa elok digunakan.. Dan jangan diamalkan.. Tapi ada gak yang tak faham maksud main tulis je..

Cukuplah setakat ini. Mungkin akan ada perkataan baru yang dapat dipelajari selepas ini. Anda ada perkataan baru untuk dikongsi bersama?? Silakan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2791
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Belajar perkataan baru”

  1. firusNo Gravatar says:

    emcip tu aku baru dengar… Lain lain ok jek..

    Tapi emcip tu mmg sampai weng2 kepala hotak aku mikirkan.. Heheh..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    maksudnya aku ni ketinggalan zaman le kan… :(

    Reply

  2. matjoeNo Gravatar says:

    so true bro. tp kene baca whole statement utk faham apa maksud nyer perkataan tue

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul2 .. kadang2 tak paham kan

    Reply

  3. biasalah tu. orang kita ni kreatif sangat..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oklah tu..

    Reply

  4. ahmadyusrieNo Gravatar says:

    huhh…budak2 muda kita memang kreatif..rasanya bahasa melayu tu dah cukup indah seadanya..
    tapi layan je la, jangan guna untuk urusan rasmi sudah..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    takpe.. ianya sekadar menambah perisa je…
    kita pun selalu gak layan..

    Reply

  5. miss lollyNo Gravatar says:

    wakakakakakkakakaka~

    hapekah semua nih ?

    apakah yg terjadi?

    fengsan ^________^

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aik.. kena fengsan cik lolly???
    jgn pengsan nanti susah nak kena cari cikgu baru plak.. :)

    Reply

  6. azwanNo Gravatar says:

    Zool

    Aku rasa, kalau kau layan forum, lagi byk perkataan yg pelik2 boleh kau jumpa.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. ni pun sebab aku layan forum gengblogger ngan facebook.. tu yg memacam ayat modifikasi yang terjumpa tu..

    Reply

Leave a Reply