Belajar Lipat Gulung dalam Sepak Takraw

Hari ni Jamal nak kongsi sikit pasal libasan gulung. Teknik libasan gulung ni memang Jamal cukup suka gunakan bila main jadi killer. Bukan nak cakap besar tapi memang Jamal lagi suka main lipat gulung dari guna lipat Pari tu.
Lagi feel bila landing lepas buat gulung. Tapi silap landing boleh patang tulang rusuk. Jangan main-main kalau takde skill dan keberanian yang tinggi. Sebelum Jamal kongsi teknik, kita tengok dulu sejarah sikit tentang lipat gulung ni.
Menurut pembacaan Jamal, teknik ni mula dipopularkan oleh Allahyarham Mohd. Nor Othman yang dikenali sebagai ‘Non Pekang’ pada awal tahun 1960-an dulu.

Kemahiran melakukan aksi gulung ini juga memerlukan lompatan yang tinggi sebab korang perlu melayangkan badan di udara sambil melibaskan kaki. Korang kena betul-betul aim bola takraw tu betul-betul sebab tujahan tepat kat kaki memang boleh menghasilkan rejaman yang laju.
Cuma kalau nasib tak baik bola tu menjunam kena net je. Dari saintifiknya, ukuran yang sesuai adalah 1.6m dari paras gelanggang. Gulungan yang baik dibuat dari arah belakang ke hadapan namun pemain perlu mempunyai tangan yang kuat. Untuk lagi baik, korang perlu meluruskan badan supaya tujahan itu lebih tepat dan dapat menyokong badan ketika mendarat.

Kalau korang baru nak belajar elok buat gulungan sisi dahulu dan lakukan latihan. Letak bola takraw tu dan ikat dimana-mana pokok dan korang boleh cuba praktiskannya.
Macam Jamal praktis kat pokok mangga belakang rumah. Buat sehari dalam 100 kali. Selain itu, Jamal juga buat skipping sehari 100 kali untuk menguatkan bahagian kaki sebab ia penting untuk kaki gulung ni.

Lakukan secara berperingkat dan jangan terjah je. Jamal masa mula-mula dulu pernah buat gila-gila sampai kaki cramp dan pernah masuk hospital. Berehat dekat 6 bulan dari main takraw.
Yang penting korang praktis sampai jadi dan terbiasa. Bila dah pandai, secara automatik korang dah boleh merasai bola tersebut berada dimana. Ketika itulah gulungan korang akan terhasil dan menghasilkan tolakan yang cukup laju.
Sekiranya rejaman tepat, bola tersebut pasti akan memberikan mata berharga kepada anda.

Gian pula Jamal nak main takraw hari ni. Selamat mencuba semua.

Ni Video Antara Pelipat Gulung Terbaik yang Jamal minat

Zabidi Sharif

Thaweesak Thongsai

Pornchai Kaokaew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.