Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni agak gembira sikit.. Almaklumlah bonus pun telah berada dalam akaun Maybank malahan rakan-rakan pembeli prepaid pun telah membayar menambahkan sedikit ketebalan dalam dompet buruk saya.. Walaubagaimanapun wang tersebut tidak bertahan lama, separuh di gunakan kembali untuk top up modal prepaid, minyak kete dan juga belanja keluarga makan satay.. Dan nampaknya tuan Noorizam pun telah memberikan saya sedikit wang saku atas komisen ebooknya..Lagilah syok..
Okay cukup cerita pasal kegembiraan hari ni.. Saya ingin berbincang tentang perkara yang lebih kepada motivasi hari ni. Sebenarnya tajuk diatas tercetus setelah saya membaca satu artikel di mana terdapat tokei kambing ( lupa kat mana baca) sanggup mengambil risiko dengan melakukan R&D selama 5 tahun sebelum menjual kambing-kambingnya. Bayangkan dalam tempoh tersebut tiada seekor pun kambingnya dijual. Walaubagaimanapun ianya berbaloi kerana dengan berkat kesabarannya banyak ilmu yang dipelajari malahan dalam tempoh itu beliau berjaya mendapat formula untuk menjimatkan perbelanjaan penternakan beliau..
Selain dari kisah itu saya juga tertarik dengan tajuk artikel Mail mengenai realiti dalam mencari pendapatan sampingan.. Mungkin ramai kenal dengan mail, selebriti blogger yang makin mendapat tempat di hati pembaca blog seluruh Malaysia.. Beliau memberikan pendapat beliau untuk mendapat pendapatan sampingan dengan berniaga. Saya setuju dengan pendapat beliau namun kebanyakan dari kita terus membuta tuli menyertai sesuatu program tanpa mempelajari terlebih dahulu.. Kebiasaannya inginkan pendapatan yang cepat dan sebab itulah skim-skim cepat kaya banyak mencilok duit poket orang-orang kita..
Sebenarnya tiada istilah untuk jadi kaya dengan cara mudah.. Anda tanyalah 10 orang terkaya di Malaysia, bagaimana caranya menjadi seperti mereka. Sudah pasti bukan mudah untuk menjadi seperti mereka. Dan ianya mustahil jika sekadar mengharap pada sesuatu yang tidak pasti..
Saya percaya dengan konsep ‘ belajar dulu, duit kemudian’ di mana setiap apa yang ingin diceburi perlulah diketahui selok beloknya.. Jika nak belajar jual beli di internet hendaklah mendapatkan ilmu.. Ebook panduan ebay atau panduan perniagaan internet adalah salah satu caranya untuk belajar selok belok perniagaan internet.. Saya akui memang kaedah ini agak lambat berbanding untuk ‘gamble’ namun risiko dapat dikecilkan dan persediaan masa hadapan dapat dilakukan..
Jadi fikir-fikirkan lah sambil minum kopi Kapal APi ek… Eh tu yang sedang saya lakukan ni…
RSS Feed
Twitter



December 17th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Hello..cantiklah awak Zool,macam mengena je kail u sepanjang minggu ni..itulah REZEKI yang tak diduga kan?Harap-harap esok ada lagi rezeki mendekati u…
Reply
tapi jangan ambil masa terlalu lama sgt untuk belajar. kalau modal kecil, nanti susah jugak. bagi aku lebih baik, belajar, buat, belajar, buat dan lagi .. sambil belajar, pratikkannya.
Reply
AASSHH –> insyaallah.. tq beri perangsang..
azwan –> memang belajar dan buat .. tapi tak terlalu memikir duit dulu.. Dah betul2 yakin baru buat duit..
Reply
kalo takde ilmu, terus nak buat pun cam tak kena jugak..
Reply
[...] Read more from the original source: Belajar dulu, duit kemudian [...]
buat dan belajar..
cuba dan salah..
selalu aku gunakan…
kadang2 bila dah salah, betulkan.. timbul perasaan gembira.. hehe…
bak sket kopi api.. hehe
Reply