LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Belajar Cara Untuk Menimbang Bola

Hari ni boss memberikan tugasan kat Jamal untuk membuat artikel pasal menimbang (juggle) bola. Kalau nak ikutkan, Jamal bukan pandai sangat menimbang bola ni, tapi bolehlah sedikit sebanyak. Sebagai bekas pemain bola sepak, timbang bola ni salah satu perkara yang ditekankan oleh coach. Ia dapat membantu meningkatkan skill kawalan bola apabila kita dapat mengimbangkan bola dengan baik.

Terus kembali kepada tajuk untuk belajar menimbang bola.  Perkara paling utama adalah sentiasa melakukan latihan demi latihan. Tak semua orang boleh mahir menimbang dengan dua atau tiga kali percubaan.

Jamal akan memberikan beberapa poin untuk anda gunakan dalam latihan.

  • Ketika menimbang bola, gunakan semua badan anda (kepada, dada, bahu dan semestinya kaki anda). Gunakan kedua-dua belah kaki. Mula-mula memang susah terutama kaki yang bukan dominan, tapi apabila anda kerap gunakan kaki yang lemah ia akan menjadi biasa.
  • Fokus pada kawalan bola. Kebanyak pemain yang kurang mahir dalam timbang bola ini akan mempunyai sentuhan yang kureng. Kalau kita lihat ramai pemain yang selalunya sentuhan pertama jauh dari jangkauan. Ini kerana kurang latihan pada kawalan. Dengan melakukan latihan ‘juggle’ ni akan memberikan skill yang lebih kepada pemain.
  • Kemahiran juggle ini membantu pemain untuk mengawal bola dalam pelbagai situasi. Jika berlaku sentuhan yang tidak baik, kita akan mempunyai idea lain untuk mengawal semula.
  • Ketika juggle, dapatkan rhythm untuk mengekalkan keseimbangan bola tersebut. Lepas anda dapat rhythm, ia akan menjadi mudah. Anda tahu berapa kekuatan tendangan yang perlu dilakukan.
  • Lakukan latihan juggling 20 minit sehari Setiap minggu cuba naikkan sasaran anda untuk juggle. Selepas mahir, mungkin boleh buat trick yang baru.
  • Boleh lihat di Youtube tentang cara pemain atau freestyler mengawal bola tersebut. Jamal cadangkan korang tengok Sean Garnier ataupun Will John. Kat Malaysia ni boleh tengok Azri Trickster atau Qhouirunnisa

[ Freestyler Malaysia yang Korang Wajib Kenal ] .

Latihan Juggling

  1. Mula-mula pastikan timbang bola menggunakan kedua-dua belah kaki. Ingat, dua-dua belah kaki dan lakukan ini berkali-kali. Minggu pertama cuba dapatkan 10 kali, minggu kedua 20 kali dan seterusnya. Sentuhan itu sebaik-baiknya naik hingga menghampiri tangan anda.
  2. Selepas itu lakukan dua kali pada kaki kanan dan dua kali pula pada kaki kiri. Cuba untuk konsisten menendang bola pada arah yang sama.
  3. Cuba bertukar-tukar kaki ketika menimbang. Selepas mahir, cuba pula timbang sehingga bola melepasi bahu anda. Tapi tak perlu sampai lepas kepala pula sebab yang tu anda boleh lakukan selepas dah betul-betul mahir.
  4. Jangan lupa memakai kasut yang sesuai. Bagi yang belum mahir, elok pakai kasut futsal dan bola saiz 5.

Selain meminta Jamal buat entri ni, boss juga minta anda semua follow Instagram dia . Korang klik link ni https://www.instagram.com/zool78/ . Kasi tambah ramai-ramai kat Insta dia. Dia tengah nak belajar timbang bola tu.

Beberapa video tentang cara nak timbang bola

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)