LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Belajar Berenang : Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

Berenang, satu aktiviti riadah yang cukup sihat. Dengan berenang kita dapat mengawal emosi, stress dan sebagainya. Ianya juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
Tapi kalau masuk dalam air tak tau berenang pun tak cukup seronok. Jadi bagi yang tak tau belajar berenang seeloknya boleh mencari pakar ataupun belajar sendiri.

Untuk artikel kali ini admin ingin berkongsi serba sedikit perkara asas bagi mereka yang ingin belajar berenang. Antaranya ialah :-

1) Pakaian asas. Bagi yang baru nak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang bersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai pakaian sesuai memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang.

Contoh pakaian renang untuk lelaki
Contoh pakaian renang untuk lelaki

Selain itu dapatkan google untuk berenang dimana ianya memudahkan pemandangan kita di dalam air.

2) Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat. Seeloknya berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian anda. Jika anda rendah, masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam. Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam.
Sekarang ni banyak kawasan kolam untuk orang awam dimana anda perlu membayar beberapa RM untuk masuk ke kolam tersebut.

3) Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan oleh pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur dan yang lainnya adalah kanak-kanak. Nak belajar kena buang perasan malu tu jauh-jauh. Dari segi bayaran ia bergantung kepada tenaga pengajar tu.
Anda boleh merujuk laman web atau mereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut.

4) Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi orang baru. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasannya, ramai yang bernafas menggunakan mulut tapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan anda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata selama 3 kali.
Untuk kali ke 4 lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Ini kerana dengan bubble tersebut membantu anda untuk terapung di air.

sister-and-brother

5) Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan berada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk terapung ni, kita perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut dengan air dan kawal ‘bubble’ tersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan lurus. Insha allah dengan latihan yang kerap, ia boleh dilaksanakan.

6) Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Ia bagi memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada juga orang yang boleh berenang tapi tak mampu terapung namun sukar bagi mereka untuk berenang dalam jarak yang jauh.

7) Kayuhan kaki dan tangan.Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau sebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.

8) Pastikan anda sihat ketika berada dalam air. Elakkan masuk dalam air ketika dalam keadaan tidak sihat kerana ia boleh menganggu pernafasan anda.

9) Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar walaupun anda baru je beberapa saat berada dalam kolam. Nyawa lebih penting dari berenang.

10) Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan yang banyak tidak elok ketika beriadah.

Okay itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Belajar Berenang : Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)