Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bekas Perenang wanita cerita kisah diganggu jurulatih

Bekas perenang wanita negara Cindy Ong memberitahu bahawa pernah menegima gangguan seksual terutama ketika bergelar perenang wanita negara.
Beliau menceritakan pengalaman pahitnya dengan jurulatihnya sendiri.

“Saya bukan nak mengheret jurulatih itu ke muka pengadilan sekarang ini tapi saya mahu pihak berwajib memikirkan solusi atau jalan penyelesaian terbaik sekiranya atlet seperti kami berdepan masalah seperti itu.

“Ramai yang mempersoalkan tindakan saya kenapa baru sekarang saya bercakap pasal perkara ini, gangguan seksual yang saya terima ketika zaman remaja saya. Adakah saya ingin mencari publisiti. Menimbulkan kembali perkara ini. Sebenarnya tidak. Dulu kita tidak mempunyai media sosial. Tak ada Facebook tak ada Instagram untuk saya suarakan.

“Malah rasa ‘taboo’ dan takut itu menghantui diri saya. Ke mana saya ingin suarakan. Sekarang ini dan hingga kini saya akui saya masih lagi diganggu. Saya juga ada anak, saya tak nak anak saya atau atlet muda lain berdepan masalah ini.

“Saya ingin suarakan perkara yang betul. Mahu pihak berwajib bersama-sama memikirkan jalan penyelesaian. Mungkin atlet sekarang ini takut kerana halangan dari persatuan atau ugutan yang mereka terima. Jadi sebagai seorang mangsa saya mahu menegakkan perkara ini,” katanya.

Juara dunia yang meraih lima emas dan dua perak dalam kategori Master di Kejohanan Dunia di Korea Selatan dua tahun lalu itu berkata, dia cuma ingin bangkitkan kesedaran umum terutama ketika ini jurulatih yang pernah mengganggu itu masih lagi bergiat aktif sebagai jurulatih kelab.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)