Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bekas Pemain Kebangsaan Itali ranapkan impian JDT di ACL 2019

Bekas pemain kebangssan Itali, Graziano Pelle menghadirkan kisah duka pasukan JDT di Stadium Larkin sebentar tadi apabila menjaringkan gol tunggal pelawat.
Pelle yang mewakili pasukan Shandong Luneng FC dari China berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke 22 melalui satu rembatan yang berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Izham Tarmizi.
Meskipun skuad JDT cuba untuk melakukan serangan bagi mendapatkan jaringan namun ketangkasan barisan pertahanan Shandong Luneng FC menyaksikan pasukan JDT hampa.

Kekalahan tersebut menyaksikan peluang skuad JDT semakin tipis untuk melangkah ke peringkat seterusnya selepas mencatatkan tiga kekalahan dan satu seri dalam aksi peringkat kumpulan.
Tahniah kepada pasukan JDT. Meskipun tumpas namun ianya menjadi pengalaman pertama bersaing di peringkat tertinggi di kejohanan kelab bola sepak Asia ini.
Mungkin mereka boleh memperbaiki pada musim hadapan untuk lebih berdaya saing lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.