LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Bekas pemain hoki THT meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT), Syamiru Aiman Bidin, 27, meninggal dunia pada jam 11.48 pagi tadi selepas mengalami jangkitan kuman dalam otak.

Timbalan Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun berkata, Allahyarham yang juga pernah menyarung jersi pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu menghembuskan nafas terakhir di Hosptal Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Saya begitu terkejut mendengar berita itu, saya dimaklumkan kematian arwah yang masih bujang itu disebabkan masalah jangkitan kuman dalam otak.

“Saya sifatkan kematiannya sebagai satu kehilangan yang besar buat sukan hoki khususnya di Terengganu kerana arwah begitu komited dan rajin bukan saja dalam padang malah di luar padang.

“Arwah juga dilabel sebagai pemain yang `gila hoki’, malah ketika arwah dilanda kemurungan pada tahun lalu selepas ibunya meninggal dunia, arwah masih bermain hoki bersama pasukan Piala Razak dan muncul tempat ketiga.

“Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kua, Kuala Berang iaitu tempat lahirnya.

“Saya mengharapkan peminat setia skuad THT dan seluruh peminat hoki tanah air mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman,” ujar Mohd Fikri.

Berdasarkan rekod, pemain tengah lincah itu pernah bersama dengan pasukan pasukan SUKMA Terengganu pada 2014 selain THT bermula pada 2013 hingga 2016, arwah pernah beraksi bersama pemain import dari Korea Selatan, Seo Jong Ho yang kini menjadi penolong jurulatih THT.

Arwah juga pernah beraksi bersama pemain adik-beradik, Fitri dan Faizal Saari, Shahrun Nabil, Muhammad Firhan Ashaari, Ismail Abu dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil bawah kendalian jurulatih Sarjit Sing.

Arwah pernah membantu THT mencipta sejarah muncul juara Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) pada 2014 buat pertama selepas mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Sapura pada aksi akhir liga berkenaan di Stadium Hoki batu Buruk Kuala Terengganu.

Sumber :-Bharian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)