BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Bekas jaguh badminton, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin agak terlewat menulis mengenai berita ini namun sumbangan Datuk Punch Gunalan dalam arena sukan badminton bukanlah sedikit. Selain banyak berjasa sebagai jaguh badminton yang pernah memenangi kejohanan besar beliau juga terkenal sebagai salah seorang pemimpin bagi persatuan badminton sendiri. Malahan beliau pernah menjadi Setiausaha Kehormat BAM dan menjadi antara tonggak utama ketika pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas terakhir pada tahun 1992 yang lalu.Datuk Punch Gunalan meninggal dunia dalam usia 68 tahun di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya pada jam 6.20 pagi 15 Ogos 2012 akibat penyakit barah. Beliau telah terlantar di pusat perubatan sejak dua minggu yang lalu.

Image Hosting
Semoga sumbangan dan jasa bakti beliau untuk membangunkan badminton negara mendapat perhatian pihak berkaitan. Selain itu, kejayaan beliau juga perlu menjadi ikutan para pemain badminton negara agar tidak melupakan terus bidang ini sebaliknya menceburi bidang berkaitan terutama dalam kepimpinan persatuan badminton. Ini kerana para pemain mempunyai pengalaman yang lebih dalam bidang itu sendiri berbanding pengurusan yang dilantik tanpa mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang sukan ini.

Sekian.

p/s :- Setakat ini, beliau satu-satunya pemain negara berbangsa India yang berjaya dalam bidang badminton ni. Dalam tahun 2000an ada beberapa nama pemain bangsa India namun tidak mampu pergi jauh.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :623

5 thoughts on “Bekas jaguh badminton, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia

  1. sweetkurmaNo Gravatar says:

    perginya seorang jaguh…

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    bukan dia ke yang keluar kat astro hari tu??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau pula dia keluar ASTRO. baru je meninggal ni

    Reply

  3. DenaihatiNo Gravatar says:

    besar sumbangan Datuk Punch Gunalan pd negara yg takkan dilupa

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang besar betul sumbangan tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge