Bebas Hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dalam kehidupan hutang memang merupakan sesuatu yang terpaksa dihadapi oleh kita. Tak kira tua, muda , berkahwin, bujang pastinya sedikit sebanyak hutang membelenggu kita. Hutang memang tak dapat dielakkan dalam dunia moden kini. Walaubagaimanapun sebagai manusia normal kita pasti sedaya upaya untuk membebaskan diri dari hutang. Betul tak? Walaupun diri ini sendiri masih banyak hutang namun perlu menguruskan kewangan untuk masa hadapan.

Berikut merupakan sedikit tips yang dijumpai yang mungkin sedikit sebanyak mampu membantu melepaskan diri dari hutang :-

1. Hutang perlu diselesaikan sebelum membuat sesuatu. Sebagai contoh, ramai dari kita yang me’renovate’ rumah melampau-lampau sedangkan aset tersebut belum menjadi milik kita. Ini bukan bermakna tak boleh ‘renovate’ tapi biar berpada-pada. Ada tu harga renovate rumah lebih tinggi dari harga rumah. Sekali rumah dah cantik tak mampu langsaikan.. Apa citer nanti ??
2. Bil utiliti mesti diselesaikan sebelum menggunakan pendapatan ke jalan lain. Takkan nak biarkan tak boleh guna kemudahan tu kan.. Ops.. Terkena ni.. Bil utiliti ada tak bayar lagi ni… :)
3. Janganlah hutang dengan ‘Along(ceti haram)’ nanti berganda-ganda bunganya. Sampai anak dah bersusun pun tak mampu bayar. Boleh je pinjam dengan Pak Long anda tapi jangan buat-buat lupa plak. Tak mengaku sedara nanti..
4. Jangan berhutang. Eh boleh ke? Kalau anda hebat boleh je tak berhutang . Tapi rasanya dalam dunia sekarang susahkan.. Eh jangan dengar cakap si ZOol ni.. Kalau anda berfikiran positif semua boleh kan..
5. Dapatkan pandangan dari pakar. Anda juga boleh membeli ebook panduan bebas hutang sebagai langkah terbaik untuk membebaskan diri dari belenggu hutang..

Okay rasanya cukup lah untuk entri kali ini. Semoga sedikit tips ini mampu membantu si Zool dan anda semua untuk bebas dari hutang..

Bestkan kalau hidup tak dibelenggu hutang ni… Bila gaji je boleh belanja semaksimum mungkin. Insyaallah saya sedang merangka strategi untuk melangsaikan hutang-hutang dalam tempoh yang realistik. Anda pula bagaimana? Ingin bebas hutang ??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2717
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Bebas Hutang”

  1. miss lollyNo Gravatar says:

    ada hutang ngan rumate 20 sen. ngeee.

    NAK BAYAR DAH NI ! hikhikhik.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala apsal tak beritau..
    boleh saya tolong bayarkan.. ;)

    Reply

  2. kalau tak cukup duit, kena kerja lebih. kalau gaji sekarang tak cukup, kena tukar kerja. hutang = mati!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenala pandai uruskan hutang. kalau tak sampai bila pun dibelenggu utang tu

    Reply

  3. eyriqazzNo Gravatar says:

    tips yg bagus…berhutang kalau mampu byr dan kena caranya elok saja…tapi kalau bebas hutang lagi tenteram jiwa

    Aura Hanis Zalikha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. ntah bila nak bebas hutang.. kena ada target kan

    Reply

  4. matjoeNo Gravatar says:

    dulu aku guna nama Azizul waktu komen kt sini

    Kita hidup dalam zaman moden kapitalis dimana hutang tidak dadat dielakkan. Hutang aku boleh umpamakan sebagai API, mmg useful tp kalau ialah tak dikawal, boleh ler menybabkab kebakaran.

    aku sendiri berhutang utk beli rumah dan kereta sebab ia keperluan dan tak boleh beli cash sebab aku xde duit. kalau aku ada duit sendiri pun aku takkan beli dgn cash. letak ASB dpt 7.5% divident, bayat utang bank tak sampai 4% dan daily rest pulak tu.

    yg paling penting buat budget btul2, jangan berhutang sampai tak boleh nak makan apa2 yang teringin, balik kampung setahun sekali.

    berhutang untuk beli aset seperti rumah untuk disewakan adalah tindakan bijak. dpt sewa bulan2 boleh cover bayar bank

    aku target nak langsai hutang by my age 50.

    Reply

  5. en_meNo Gravatar says:

    hutangg kannns.. uhuhu

    Reply

  6. AlamNo Gravatar says:

    skrg ni lps abis belajar je trus berhutang…ptptn lah tu..utk student cuba2lah elak amik ptptn, try carik biasiswa dulu.

    Reply

Leave a Reply