Bazar Ramadhan Taman Cempaka, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bagi penduduk Melaka nama Bazar Ramadhan Taman Cempaka memang cukup dikenali pada bulan Ramadhan. Terletak di lokasi yang strategik iaitu berhadapan Melaka Sentral memang menjadi keistimewaan kepada para penjaja di negeri Melaka. Bazar Ramadan yang terbesar, terlaris dan paling popular di negeri ini sejak lima tahun lalu menyediakan kira-kira 400 peniaga kecil yang mampu menampung kehadiran antara 1,000 – 1,500 pengunjung sehari.
Photobucket
Lokasi Bazar Ramadhan Taman Cempaka

Terdapat 2 sesi untuk Bazar tersebut iaitu pada waktu siangnya juadah berbuka puasa seperti lauk pauk, ayam percik, roti John, murtabak, aneka kuih muih Melayu, kurma, tauhu sumbat, popia, air tebu, cendol, soya malah ada sebahagian makanan yang dijual juga agak asing dan hanya didapati pada musim berpuasa. Manakala pada waktu malamnya barangan keperluan untuk persediaan hari raya pula dijual seperti pakaian, peralatan hiasan rumah dan sebagainya. Bazar ini beroperasai seawal pukul 4.00 petang hingga pagi.. Tak pasti berapa paginya..

Saya pernah pergi ke Bazar Ramadhan ini ketika malam sebelum hari raya. Ini kerana barangan akan dijual pada harga yang murah. Almaklumlah penghabisan stok sebab pada hari raya sudah pasti tiada orang membelinya. Kalau sanggup tunggulah sana pada pukul 2-3 pagi masih terdapat lagi manusia yang membeli pada minit-minit terakhir.. Cuma tak bestnya bila datang waktu tu, size dah susah nak cari…

Okaylah cukup setakat ini..Layan tengok gambar air Katira ni jap..

Gambar dicilok dari Dari Papan Kekunci dan Jari Manusia

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3445
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

12 Responses to “Bazar Ramadhan Taman Cempaka, Melaka”

  1. luth textileNo Gravatar says:

    apa tu katira?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    rujuk blog ni..
    http://norzailina.blogspot.com/2008/08/air-katira.html
    air katira yang sedap

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    adeh sedapnya katira :p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang sedapkan.. lebih2 waktu panas

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    malam raya atau penhujung ramadhan selalu murah.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang murah tapi selalu tak jumpa saiz la

    Reply

  4. KNizamNo Gravatar says:

    aku pun dah dua kali beli air katira
    sedap wooooooo hehe :)

    Reply

  5. loqNo Gravatar says:

    next year kalau uncle aku dapat slot
    die nak bukak kat situ
    hoho

    Reply

  6. catzerNo Gravatar says:

    hohohoh..tak boleh baca post ni time tgh berpose.keh keh keh

    Reply

  7. kumb@ngNo Gravatar says:

    last week aku pegi lepas buka kat legacy…

    Reply

  8. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Katira? First time dengar.

    Reply

  9. samdaddycoolNo Gravatar says:

    … Aku hanya mampu dengar cerita pasal ‘syoknya’ berniaga kat Cempaka. Payah betul nak dapat tapak situ, otai-otai dah lama chup sebelum puasa.

    Reply

Leave a Reply