Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Adakah anda telah membayar zakat fitrah? Nak bayar zakat fitrah tapi tak terjumpa pula amil-amil yang ditugaskan untuk menjadi pemungut zakat fitrah. Atau asyik bertangguh sampai bulan Ramadhan hampir nak ke penghujung tapi tak terbayar-bayar lagi. Si Zool juga mengalami masalah baru-baru ini, cuba mencari amil di masjid tapi tak terjumpa pula (mungkin masa tu belum azan lagi..). Memandangkan takut terlupa, si Zool cari di laman web Pusat Zakat Melaka dan terjumpa kaedah yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan sms. Sebelum ini pernah dengar rakan, Acai membayar zakat fitrah melalui sms. Dan rasanya kaedah ini lebih mudah dan boleh dipercayai. Memang pada mulanya agak was-was dengan kaedah ini, tapi bila dinyatakan sendiri dalam website Pusat Zakat Melaka maka dipercayai tentang cara ini. Lagipun terdapat fatwa bahawa pembayaran zakat fitrah melalui SMS adalah harus.
Bagi zakat fitrah di negeri Melaka, kadar yang dikenakan adalah sebanyak RM6.50. Si Zool berhajat untuk membayar zakat fitrah untuk 2 orang (termasuk abang sulung saya). Memandangkan hanya Celcom dan Maxis sahaja yang mempunyai kaedah pembayaran untuk zakat fitrah, maka saya menggunakan handphone bagi Telco Maxis.
Cara menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah di Melaka dengan Maxis SMS adalah seperti berikut :-
1. Dial *222*3# dan hantar ke 22032
2. Anda akan diberikan menu, pilih negeri yang sepatutnya anda bayar zakat.. Dalam kes si ZOol, negeri Melaka.
3. Anda akan mendapat sms arahan untuk menghantar arahan. Arahan nya adalah :- ,, .. Contoh 788888888888,ZOOL,2 . Hantarkan ke no 22032
4. Selepas itu anda akan mendapat sms yang memaklumkan seolah-olah akad .. Ayatnya berbunyi begini ‘Ini wang yg menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diri/t’jwp/wakil sbyk RM13.00 od thn ini krn Allah Ta’ala. Bls YA untuk teruskan @ TIDAK utk tamatkn.
5. Jawab ‘YA’ kalau anda ingin meneruskan transaksi.
6. Sekiranya anda menjawab ‘YA’ anda akan mendapat sms pengesahan serta no resit. Untuk mendapatkan no resit anda perlu ke laman web maxis di alamat http://maxis.com.my/mzakat/ . Anda perlu masukkan no telefon dan no kad pengenalan. Tapi jangan terburu-buru, ia mengambil masa dan dalam kes si Zool, keesokan harinya baru berjaya mengeluarkan resit.

Resit Zakat yang dibayar melalui SMS Maxis.
Memang senang dengan teknologi sekarang ni kan? Jadi takde sebab untuk kita tak membayar zakat fitrah kalau mampu kan?
Sekian.



aku bayar kat masjid ajelah..
Reply
zool
Reply:
August 11th, 2012 at 05:13
lagi bagus bayar kat masjid.. cuma risau takut terlupa je.. tu bayar sms je.
Reply
Sabah tak dapat nak bayar guna Maxis. Celcom je. Kena bayar kat masjid je lah jawabnya.
Reply
zool
Reply:
August 11th, 2012 at 05:14
ye la.. ada negeri yg tak gunakan telco tertentu.
Reply
bertambah senang dh sekarang
maklumat dihujung jari
nak x nak je, ats kita utk guna ke tidak
Reply
zool
Reply:
August 11th, 2012 at 22:02
tu le.. kalau ada yang tak bayar tu memang saja2 je la
Reply
mmg mudah la..bila2 masa je leh byar..tp jgn byr pas raya lak..hehe
Reply
zool
Reply:
August 12th, 2012 at 17:17
bayar lepas raya dah jadi sedekah… tak kira zakat fitrah tu
Reply